Bismillah,
Hari minggu yang lepas kami sekeluarga mengambil peluang membawa anak-anak ke program perkelahan Sahabat Yayasan Peramah. Sehari masa berlalu terasa amat singkat. Dalam perjalanan pulang saya berkongsi kisah anak-anak yang menerima impak dari kesan perceraian ibu bapa. Tiba-tiba si kakak mencelah:
" Ummi, 2 orang roomate kakak ayah mereka berpoligami". Lalu saya bertanya, " Bagaimana dengan keperluan mereka, cukupkah?"
" Mereka tinggal di rumah flat, tepi bapanya akan pastikan keperluan pelajarannya".
Lalu tiba-tiba Iman menjawab: " Tak paya la ummi, faraid nanti".
Kak Ngah lalu bertanya sekadar menduga si adik: " Faraid tu apa Man?"
Iman senyum sahaja.
Saya lalu menjawab: "Boleh je jika Baba nak poligami tiada masalah bab faraid, nanti kita declare la dulu harta sepencarian. Suami saya yang dari tadi diam lalu menjawab secara berseloroh: " Ok tu Iman dah dapat basikal, kucing tu semua jadi bahagian Iman".
Kak Ngah " Okey juga tu K.Ngah dapat rumah" Laju Si Ain menjawab.
Secara spontan kami semua ketawa dengan riang ria.
Moral of the story
Anak-anak sudah faham tentang poligmi, bahkan mereka juga amat arif tentang terpaksa berkongsi dan konsep pembahagian harta.
Jika ia difahami poligami menjadi mudah.
No comments:
Post a Comment