Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Monday, June 2, 2014

Dilemma Poligami


Bismillah,

Percintaan yang berakhir dengan perkahwinan adalah sati kegembiraan. Namun adakala kegembiraan itu tidak lama bagi segelintir wanita bila suami mula ada misi untuk kahwin lagi. Ada yang sedih merana hati, ada yang silih berganti rasa tidak puas hati, ada yang marahnya pada suami berapi-api dan ada juga yang memberi restu dan memberi seikhlas hati.



Dilemma wanita bila mahu berpoligami bukan satu perkara mudah untuk dirungkai. Biarpun ada yang sedar suami mereka dari sudut kewangan mampu untuk menambah isteri tetapi ada keraguan pada hati si isteri kerana risau suami akan berubah, suami tidak mampu berlaku adil. Wanita juga merasa bimbang terabai kasih sayang pada anak-anak.

Disebalik gundah hati si isteri kerana bimbang kemasalahatan anak-anak bila suami berkahwin lain, ada juga yang tidak dikurniakan zuriat maka suami memberi alasan untuk buka cawangan. Bagi yang tidak ada zuriat setelah lama berkahwin maka sudah pasti tidak adil bagi si isteri untuk menolak poligami bila syarat untuk suami sudah lengkap. Mungkin hati akan merasa cukup kecewa kerana merasakan kasih suami sudah berbahagi. Namun realiti perlu dihadapi.

Lalu bila berdepan dilemma poligami apa yang harus dibuat? Jika menghalang lambat atau cepat ia tetap akan berlaku bagi suami yang memang sudah bulat kemahuannya. Cara terbaik bukan semata mengadu dan berkongsi rasa dengan insan terdekat, kerana cara terbaik adalah mengadu dan mendekatkan diri kepada Allah. Jawapan terbaik menenangkan jiwa dan meleraikan perasaan kesedihan adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Hanya yang melalui akan merasai kepahitannya. Namun percayalah pahit yang pergi akan datang rasa manis.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment