Bismilah,
Sakit itu ada hikmah tersendiri. Sudah masuk tiga minggu saya diuji dengan batuk yang agak lama dan berpanjangan. Ada pelbagai cara dicuba namun lambat reda. Baik rawatan alternatif dan juga rawatan biasa saya cuba. Dek kerana beberapa kali hujan dan panas, maka batuk yang semakin baik bertambah menjadi makin buruk. Ada pelbagai saranan dari sahabat yang prihatin dengan batuk yang saya alami.
Realtinya apabila batuk saya mengamalkan minum air garam. Ubat batuk yang memberi kesan mengantuk saya tidak ambil, Alhamdulillah ia cepat baik. Namun adalagi petua lain yang boleh diamalkan apabila diserang batuk yang kronik. Walaubagaimanapun disamping petua ini anda perlu juga berjumpa doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat.
Petua menghilangkan petua batu, boleh cuba salahsatu darinya:

- Campurkan segelas air suam dengan sesudu kecil garam. Minum pagi dan petang.
- Campurkan sedikit air garam dan perahkan asam limau, diminum airnya.
- Campurkan garam, sedikit air, dan lemon minum airnya.
- Campurkan kicap dan perah sebiji asam limau. diminum bersama.
- Minum sesudu campuran madu dan minyak habbatus sauda.
- Sapukan minyak habbatusauda pada dada yang mengalami batuk.
- Tidur diatas tilam yang panas. Atau bersauna bagi mengelakkan kesejukan dan menambah batuk.
- Minum air asam jawa.
- Elakkan minum ais atau buah-buahan yang sejuk.
No comments:
Post a Comment