Bismillah,
Quran adalah seperti lampu picit. Al Quran menyuluh jalan
terbaik untuk kita lalui. Bagi yang terkandas dalam hidup ia masanya untuk dekati al Quran. Membaca, memahami, menghafal, menghayati serta mengamalkan dapat membantu individu untuk membina matlamat kehidupan.
Kegagalan adalah apabila kita berhenti berusaha. Jika tidak berusaha untuk perbaiki diri maka kita akan berada pada keadaan yang sama. Al Quran adalah penyejuk hati yang resah dan gelisah. Apabila kita fokus pada result kita akan stress. Kerana itu bila berbuat sesuatu kita perlu yakin janji Allah, setiap perkara baik pasti ada ganjarannya.
Allah sebenarnya melihat pada perbuatan bukan
pencapaian. Achievement tidak boleh dicontrol
Kita hanya boleh harap pada Allah dan berusaha atau 'make effort'. Kurniaan Allah pada akal dan fizikal bagi dipergunakan untuk mancapai maksud hidup. Ia semuanya ada pada kita, selebihnya yang menentukan setiap perancangan adalah Allah.
Al Quran mengajak manusia untuk tidak putus asa serta melalui ujian dengan sabar. Dengan kesabaran manusia akan redha dengan cabaran yang dihadapi bahkan bagi yang menjadikan Al Quran sebagai sumber kekuatan, mereka ini akan lebih tersuluh kepada solusi masalah.
Al Quran yang diamal bakal memberi ketenangan pada jiwa. Insan yang menerima kegagalan seringkali panik dan tidak mampu berfikir secara waras, maka al Quran bakal menenangkan dan membawa kepada timbulnya semangat dan idea-idea baru bagi memulakan chapter kehidupan yang baru.
Oleh itu ia masa untuk menjadikan al Quran sebagai panduan. Al Quran bukan setakat untuk dibaca malah intipatinya perlu dijadikan iktibar dalam hidup. Ia juga bukan hiasan di dinding, malah perlu dilaksana segala perintah yang ada dari Nya.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment