Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, June 24, 2012

Tentang Hati


Hati adalah bertempatnya iman dan nafsu. Ketika hati beriman, nafsu tercampak. Ketika nafsu bertakhta, iman tertekan. Hati yang beriman mampu membuat keputusan yang bijaksana, mempunyai gerak hati yang tajam, celik mata hati dan sentiasa redha serta syukur. Sebaliknya hati yang bernafsu kotor adalah hati yang sakit. Ia sentiasa mencari kurang, mengkaji buruk, mencari salah, merasa marah dan resah serta gundah. Oleh itu, untuk didik insan, mulalah dari hatinya. Untuk wujudkan kerja berpasukan, satukanlah hatinya. Untuk capai kecemerlangan suluhlah apa isihatinya. Untuk mencari kebahagiaan, jernihkanlah hatinya. ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi ~

Friday, June 22, 2012

Jutawan Muslimah




Selesai sudah misi yang lalu, sekarang ini misi yang baru akan memulakan penulisan tentang jutawan Muslimah. Ada yang bertanya saya, apa yang mendorong saya menulis tentang jutawan? Apa signifikan tulisan kali ini? Sementelah pilihan saya berkisar kepada Muslimah. 
Saya katakan bahawa ini sebelum ini Allah telah menunjukkan dalam sejarah bahawa salah seorang tokoh hebat yang menjadi isteri pertama Rasulullah adalah Saidatina Khadijah. Ada banyak hikmah, salah satunya ia menunjukkan bahawa tidak salah bekerjaya sebagai ahli bisnes. Khadijah sendiri telah melakar kejayaan dengan menggunakan ast beliau unutk syiar Islam.
Buku terbaru saya akan memaparkan tokoh-tokoh bukan kerana mereka itu bergelar Islam tetapi lebih penting Islam bukan hanyap ada jenama tetapi pada pengamalan. Moga Allah mempermudahkan laluan perjalanan menyiapkan buku ini.
Wallahuaalam.

Friday, June 15, 2012


Lamanya tidak bertemu
hati menjadi rindu
ingatkah lagi dikau pada diriku
bersama menongkah arus kedewasaan
berjalan mengutip sisa-sisa pengalaman
memburu kematangan

sudah sedekad masa berlalu
menjengah aku si sini
melihat bumi tempat tercipta kenangan
meraih semula nostalgia silam

hari ini aku di sini
mengutip kembali segala kenangan
disimpulkan menjadi anyaman silaturrahim
moga ia akan terjalin kukuh
memberi nafas baru
buat gedung ini

saat ini kembara hati telah kembali
memberi semula kepada yang berjasa
moga AMM
teguh dipersada
kerana mu sahabat-sahabat FILLAH



Tuesday, June 12, 2012

Apa Yang Kita Suka

Setiap orang ada kegemaran dan kesukaan tersendiri, namun perlu diingat tidak semua perkara yang kita suka orang akan suka. Manakala apa yang kita suka juga belum tentu mendatangkan kebaikan terhadap diri dan orang lain. Contoh, suka tengok perkara hiburan, maka masa kita akan terbuang secara sia-sia. Suka membeli belah tanpa ada keperluan, maka kita membazirkan wang dan mensia-siakan wang ringgt yang ada.

Ada banyak perkara suka akhirnya memberi manfaat dan kebaikan jika perkara yang kita suka disalurkan dengan cara yang betul. Perkara yang kita suka adakala boleh menghasilkan dan menjana kewangan. Namun ada juga perkara yang kita suka membazirkan wang ringgit, masa dan tenaga. Begitu juga jika diri cenderung melakukan semata-mata apa yang orang lain suka hingga menyebabkan kita sengsara, maka dalah hal ini perlu ada pertimbangan dan ada balance antaranya. Apa yang orang suka kita tidak suka akan menjerat diri kita.


Kesimpulannya,  hati-hati dalam berbuat apa yang kita suka dibimbangi boleh mendatangkan duka. 

Friday, June 8, 2012

Hidup Tidak Selalunya Indah


Bismillah,

Biasa kita dengar ungkapan ini... " Hidup Tidak Selalunya Indah ". Realtinya memang begitu bila kita menerima musibah atau mendapat mudarat. Namun disebalik itu jika kita memahami yang tersirat kita akan merasa kehidupan amat indah walau ia seringkali diselang seli dengan kesedihan. 

Kenapa demikian? Mudah saja, saat kita dirundung kesedihan kita akan terasa sepinya hidup, sengsaranya kehidupan lantas ingatan kita kepada Tuhan yang menjadikan makhluk bersarang di jiwa dan minda. Sebaliknya bila kita gembira, dihujani dengan keindahan dan kebahagiaan di samping manusia atau dianugerah dengan apa saja bentuk material yang menarik maka kita cepat lupa kepada DIA. 

Kita lalai dalam melaksanakan suruhannya. Sebab itulah kita diingatkan " Izkurni uzkurkum/ Ingatlah AKU dan AKU akan mengingatimu ".


Manisnya ujian dalam hidup akan memberikan keindahan pada kehidupan bila kita boleh melihat dari sisi yang lain. Ada inidividu merasa dirinya cukup gembira dan indah kehidupannya, namun saat dia sendirian dia merasa sedih, hati tidak tenang, jiwa merasa gelisah, kehidupan dirasakan tidak aman walhal dikelilingi dengan pagar besi, tembok mewah yang tidak samapi pada jangkauan manusia. 

Ada pula inidividu yang bahagia biarpun derita dan kesusahan tidak putus-putus mendatang, namun hatinya tenang, jiwanya tenteram, perasaanya bahagia dan dia tidak merasa terasing atau sunyi kerana dia percaya Allah, yakni DIA sering menjadi peneman buatnya. Dia yakin derita itu sekadar peringatan supaya hatinya sentiasa mengingati penciptanya.



Dalam keadaan ini ternyata... "Hidup ini amat indah" kerana Allah memilih kita untuk berdamping dengannya disaat susah dan senang kita....  Oleh itu ingatlah wahai diri.. indah hidup di dunia ini perlu diawasi agar indah juga hidup di alam sana nanti... AMEEN.

Wallahuaalam

Ilmu Perubatan Islam

Monday, June 4, 2012

Percutian Di Tok Aman Bali Beach Resort




Menghabiskan masa bersama keluarga bersempena hari keluarga Alumni Maahad Muhammadi.
Indah dan nyaman, seronok bersama keluarga dan rakan taulan
Moga ada masa dan ketika di hari kemudian 
Boleh kita meraikan kegembiraan dan kenangan silam
Indahnya negeriku diabadikan dalam lipatan kenangan
Detik ini pastinya tidakkan berulang
Namun harap ada peluang masa akan datang
Moga ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan

Sunday, June 3, 2012

Jauhi Sifat Malas


Seronokkah menjadi orang yang pemalas? Orang yang malas tidak punya cita-cita besar. Orang malas sering melihat masalah dan tidak melihat peluang. Orang yang malas seringkali susah melakukan banyak perkara. Orang malas meremehkan dan menagguhkan banyak perkara.

Tanya diri sejauh mana kita dihinggap rasa malas? Rasa malas akan menguasai diri bila...
lebih banyak tidur dari berbuat sesuatu perkara manfaat
mengingatkan hiburan dari beribadat
suka menghabiskan waktu secara sia-sia dari bekerja
memenuhi kehendak nafsu makan dari menahan diri dan belapar seketika
seronok menonoton TV dari membaca Al-Quran
berat dan lenguh segala fizikal kerana tiada kekuatan mental unutk bangkit
tidak mahu bercita-cita tinggi serta tiada azam yang jelas
mudah meminta tolong dari melaksanakan usaha sendiri
banyak menyalahkan orang lain dari diri sendiri
tidak bahagia dan banyak berkeluh kesah

Jika anda rasa malas.. ingatkan pada diri anda sedang mengulit syaitan yang ada dalam diri. Luatkan minda dan perasaan, malas itu perlu dilawan, dengan cara mendekati orang yang rajin, bermotivasi dan bercita-cita murni. Malas boleh diatasi jika diri ada kemahuan, serta ada hasrat yang inigin dilaksanakan. Maka bila terdetik rasa malas, ingatlah kerugian yang bakal menanti. Berusahalah hari ini untuk nikmat hari esok.