Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Thursday, August 1, 2013

Bagaimana Meraih Lailatulqadar

Bismillah...

Semakin Ramadhan beransur ke penghujung, semakin itu juga perasaan terasa sedih. Walau ada yang sudah sibuk dengan keperluan hari raya bahkan seperti tidak sabar untuk menikmati suasana itu. Bagi yang menghayati erti Ramadhan dan yang mencari serta mahu meraih malam lailatulqadar, hari raya tidak menjengah dikepala, bahkan yang terfikir adakah layak kita memperoleh ganjaran seribu bulan ini? 

Bayangkan jika solat dua rakaat, gandaan yang besar dijanjikan Allah maka sudah pasti amat rugi jika kita tidak mengejarnya. Lalu bagaimana cara paling mudah untuk kita bertemu malam yang hebat ini? Caranya kita beribadat sepanjang bulan Ramadhan tanpa tertinggal walau sehari. Di sebut oleh ramai para ulama bahawa Lailatulqadar adalah pada penghujung Ramadhan dan ada yang mengatakan ia berlaku pada hari yang ganji. 

Maka perlu diingat jika di Malaysia malam ke 23, maka malam di Europe malam ke 22, jadi bagaimana memilih malam yang ganjil. Lalu bagi memastikan kita tidak terlepas malam ini maka kita beribadatlah sepanjang malam di penhujung Ramadhan tanpa mengira hari-hari ganjil. Sesungguhnya bagi yang berserah diri kepada Allah setiap saat dan ketika malam idaman ini pati akan dilalui. Maka beruntung mereka yang memperbanyakkan amalan pada bulan yang mulia ini. Moga Allah mensucikan dosa dan kita bebas dari api neraka.
Ameen. Wallahuaalam. 

No comments:

Post a Comment