Bismillah,
Isu semasa, Mesir sedang bergolak, ramai yang syahid. Lalu dimana kita? Melihat mereka yang terkorban syahid terasa kerdil diri. Mereka sanggup berjuang demi Islam, terfikir adakah kita sanggup dan mampu sehebat mereka dalam memperjuangkan Islam. Maka sudah pasti jawapan ada dalam diri masing-masing.
Jika kita membuat perbandingan mudah mereka sanggup meninggalkan keselesaan demi berjuang namun kita bila keselesaan itu tertarik sekejap kita sudah merungut. Bila tidak dapat apa yang dicita kita mudah sentap. Walhal diluar sana, saudara seIslam kita di Mesir, Syiria dan Palestine ditindas, hak mereka dirampas, mereka semua dizalimi oleh pemerintah. Bahkan ada yang mahu mengamalkan Islam namun disekat contohnya apa yang berlaku pada saudara kita di Rohingya.
Persoalan buuat diri kita, adakah kita sama seperti mereka? Adakah kita disekat untuk beramal? Adakah kehidupan kita tertindas sebagaimana mereka? Sudah pasti kita mempunyai lebih ruang untuk beramal dan melakukan apa yang kita suka. Soalnya adakah Allah suka dan redha dengan kita. Adakah apa yang kita buat itu mematuhi syariat. Adakah amalan wajib telah terlaksana dan amalan sunat yang cukup mudah kita lakukan? Ternyata kita banyak memberikan alasan yang pelbagai.
Masa itu ibarat pedang. Jika tidak diguna ia akan membunuh kita. Ingat kepada hadis 5 perkara sebelum 5 perkara. Maka mari kita sama-sama perbetulkan diri serta menggunakan detik waktu yang ada untuk meraih redha Allah. Sungguh kita sering lalai dan leka terutama diri ini, moga saling ingat mengingat dan tegur menegur kita mampu memperbaiki dna mempertingkat diri menjadi lebih baik. Amen.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment