Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, February 17, 2015

TGNA Murabbi yang ulung

Bismillah,

APA HEBATNYA DIA DI MATA KITA?
Hebatnya dia bukan kerana harta atau pangkat
Hebatnya dia kerana sentiasa menyampaikan amanat
Nasihatnya seperti mangnet yang melekat
Karisma kepimpinannya sukar digugat
Kezuhudannya mempamerkan berkat
Seluruh kehidupannya bekalan untuk negeri akhirat
Kini ruhnya sudah diangkat
Perginya tiada ganti dan pasti dingat....
Tanggal 12. Feb. 2015 merupakan hari bersejarah yang mencatat kisah duka pada warga seluruh negara bila berita kematian arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz diwartakan. Sudah pasti saya antara individu yang sangat hiba dan sedih dengan pemergian seorang ulama unggul di bumi Kelantan.

TGNA merupakan simbol kepada tokoh agama yang banyak mendidik dan mentarbiyyah rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. Dakwah TGNA sangat memberi impak. Ketokohan Tuan Guru dan karismanya sebagai ulama ulung memang tiada ganti.

Tawadduk, zuhud, faqih serta segala sifat mahmudah yang terserlah dari beliau menyebabkan dakwah yang sampaikan melekat kepada setiap individu yang menjadikan beliau sebagai ikon serta contoh terbaik. Bagi mengingati TGNA ada beberapa puisi yang saya nukilkan.

MURAABI

Aku anak Kelantan sejati
didikan para asatizah MAAHAD MUHAMMADI
Aku berhak meratap hari ini
dengan pemergian seorang muraabi
ia sangat menginsafkan diri
menyedari tanggungjawab dan kelemahan diri
banyak lagi yang perlu dilunasi
bagi menyambung perjuangan murrabi
Yayasan Peramah platform terkini
Moga dapat menyemai budi dan bakti
Allah terimalah segala amal kami
Berkati dan rahmati cita cita murni
Golongkan kami dalam syurgaMu yang hakiki
Ameen.

No comments:

Post a Comment