Kejujuran Adalah Kemenangan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada seorang CEO yang hampir bersara. Sebelum bersara beliau mahu menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yang terbaik.
Beliau memikirkan bagaimana mahu memilih CEO yang terbaik bagi menggantikan tugasannya. Untuk itu beliau memanggil semua eksekutif yang ada di syarikat tersebut.
Lalu setiap mereka diberikan satu tugasan. Beliau memberikan setisp mereka sebiji benih. Lalu berpesan kepada setiap seorang, kata beliau :
" Tanam, jaga dan siramlah dengan baik benih yang saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari benih ini.."
" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di syarikat ini."
Salah seorang eksekutif, bernama Muhammad yang juga mendapat benih tersebut. Ahmad gembira menerima benih tersebut lalu terus pulang ke rumah dan menanam benih tanaman itu. Setiap hari benih itu dia siram dengan air dan diberinya baja.
Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling berkongsi kehebatan tanaman mereka yang tumbuh dari benih yang diberikan kepada mereka.
Hanya benih Ahmad sahaja yang membawa pasu yang tidak tumbuh sama sekali. Ahmad merasa satu kegagalan dan susah hati.
Setelah 3 bulan, semua eksekutif dipanggil menghadap CEO dan memperlihatkan hasil benih yang diberi sebelum ini.
Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pasu yang kosong, Namun isterinya mendorong untuk tetap membawa pot kosong tersebut utk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.
" Bawa sahaja abang, walaupun abang gagal utk menumbuhkan benih tu, paling tidak abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha semampu mungkin menjaganya sesuai dengan permintaan CEO abang...", demikian kata isterinya.
"Baiklah sayang..", jawab Ahmad dengan hati yang berat kerana tidak dapat menunaikan permintaan CEOnya.
Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pot kosong. Semua mata memandangnya kasihan.
Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononnya hasil dari benih-benih yang diberinya dulu, hingga akhirnya berhenti di depan Ahmad yang tertunduk malu.
CEO tersebut meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yang mati.
Ketika Ahmad selesai bercerita, CEO berkata,
"Beri tepukan untuk Ahmad, CEO kita yang baru..!"
Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.
CEO itu kemudian berkata,"Semua benih yang saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong pada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yang paling layak menyandang jawatan tertinggi ini..!"
Moral:
Nilai KEJUJURAN amat mahal sama juga dengan KEPERCAYAAN.
Harga kejujuran mungkin tidak dibayar oleh insan namun Allah berjanji ganjarannya lumayan.
Disebalik kejayaan juga ada insan di belakang yang sering mendorong dan memberi galakan.
Firman Allah dalam surah Al Ahzab ayat 72 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."