Bismillah,
Hari ini hari pertama pelajar tahun 6 menduduki UPSR. Selamat menduduki UPSR kepada semua anak-anak tahun 6. Apabila melihat posting di FB ramai ibubapa yang meluahkan kegusaran dan kebimbangan mereka terhadap keadaan anak-anak dan sudah mula membayangkan keputusan yang akan tiba serta meluahkan harapan mereka.
Bahkan ada ramai juga yang memberikan komen secara tak rasmi dan menulis sesuatu yang bermanfata di wall FB masing-masing. Ada seorang sahabat saya menulis iaitu Dr Ramizah, AIKOL IIUM :
"Zaman saya dulu, dikenali dengan Penilaian Darjah 5. Seingat saya, keputusan peperiksaan tersebut ialah 1A 4B. Sangat malas belajar semasa di sekolah rendah, hanya tahu bermain dan melompat saja.
Apa pun yang berlaku dalam hidup kita yang lepas, usah ditangisi dan dikesali. Yang penting siapa kita hari ini. Apa yang dipelajari pada kenangan lalu dan apa perancangan kita agar tidak diulang lagi kesilapan lepas. "
Bagi ibu bapa sudah pasti mengharapkak kejayaan anak-anak. Namun perlu diingatkan kejayaan sebenar bukan hanya akademik tetapi kejayaan aqidah dan syaksiah yang perlu diutama. Kecemerlangan akademik sekadar lesen unutk mencari kerja dan menruskan survival hidfup, namun ada juga yang gagal. Maka lebih elok anak-anak menjadikan pengalaman sebagai unversiti terbaik mereka bagi mencapai kejayaan. Semoga berjaya dunia akhirat untuk semua.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment