Bismillah,
Pelajar yang sedang menanti keputusan peperiksaan atau juga menunggu jawapan perkerjaan selalunya apa yang mereka isikan masa yang ada. Mungkin ada yang mengambil lesen kereta, kerja sementara di kedai-kedai, menolong keluarga, bercuti atau pelbagai lagi aktiviti boleh dibuat. Paling kesian bila ada yang membuang masa melepak dengan rakan-rakan tanpa ada rasa kerugian.
Lalu apa yang boleh di buat, rencana dan strategi apa boleh dirangka bagi memastikan masa terisi? Mudah sahaja fikirkan matlamat untuk buat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan mengisi masa. Contoh jika menunggu untuk jawapan kemasukan ke universiti, jika tiada kerja part time yang boleh dibuat maka fikirkan projek bisnes. Apa kemahiran yang ada milik maka gunakan sebaiknya. Contoh pandai menjahit, memasak, bertukang, membaiki motosikal dan lain-lain?
Gunakan kemahiran ini terjemahkan ia dalam bentuk duit. Bagaimana caranya? Ketahui apa kemahiran, lakukannya, iklankan, dapatkan upah atau nilai darinya.
No comments:
Post a Comment