Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Thursday, January 28, 2016

Kaunseling Kepimpinan

KAUNSELING KEPIMPINAN
Oleh : Asmawati Baharudin

 PERGERTIAN KAUNSELING

          Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua 
orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas,
 sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, 
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat 
dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Wednesday, January 27, 2016

Akademi Jualan

Ketika gawat,ada satu division yang perlu diberi perhatian iaitu Tim Jualan.
Tim Jualan sangat penting sebab mereka ini yang akan bawa masuk tunai ke dalam syarikat.
Tanpa tim Jualan,kemungkinan jualan statik atau kurang memberangsangkan.
Takkan nak pakai orang admin atau yang bukan bidangnya buat jualan.
.
.
Daftar ke sesi Preview dengan link ini

Wednesday, January 20, 2016

Konsep Law of Attraction


Bismillah,
Law Of Attraction adalah hukum alam. Apa yang kita fikir, ituah yang akan hadir dalam hidup kita. Oleh itu fikiran kita perlu dipandu ke arah yang baik-baik supaya kita dapat perkara yang baik-baik, benda yang baik-baik, situasi yang baik-baik, perkara yang baik-baik, orang yang baik-baik.Bagi membina semangat diri, konsep ‘Law Of Attraction’ boleh diamalkan. Bagi menarik sesuatu yang positif kita perlu bayangkan apa sahaja yang positif. Law Of Attraction selalunya akan memberi respon pada emosi kita. Emosi pula cepat dipengaruhi oleh perkataan-perkataan kita iaitu perkataan yang ada di minda, di hati, di fikiran dan di jiwa. Perkataan yang banyak kita ulang-ulangkan akan membangkitkan bayangan minda yang tertentu, membuat kita membayangkan sesuatu. Ia secara tidak langsung akan mempengaruhi fikiran bawah sedar kita. 


Tuesday, January 19, 2016

Layang-layang


kita dan pasangan
adakala seperti bermain layang-layang

saat di lepas talinya
jangan dibiar terlalu jauh,
bimbang ia hilang di awan

waktu ditarik
jangan pula terlalu kuat
bimbang terputus talinya nanti

maka
saat bermain layang-layang
semuanya perlu seimbang
sedang-sedang sahaja

begitu jua adat berumah tangga
seperti bermain layang-layang
bijaklah mengendalikan

Nukilan :
Ummu Iman Ihsan

Bina Impian





Mulakan impian dengan angan-angan...
Tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan.

Thursday, January 14, 2016

Ashabul Ukhdud


Kisah Pemuda Ukhdud


......Setelah itu si pemuda dibawa masuk lalu dikatakan padanya ole Rahamat : ‘Tinggalkan agamamu.’ Pemuda itu tidak mahu. Lalu si raja menyerahkannya ke sekelompok tenteranya, raja berkata: ‘Bawalah dia ke gunung ini dan ini, bawalah dia naik, bila dia mahu meninggalkan agamanya (biarkanlah dia) dan bila tidak mahu, lemparkan dari atas gunung.’

Mereka membawanya ke puncak gunung lalu pemuda itu berdoa: ‘Ya Allah, selamatkanlah aku dari mereka sekehendak-Mu.’ Ternyata gunung menggoncang mereka dan mereka semua jatuh. Pemuda itu kembali pulang hingga tiba di hadapan raja. Raja bertanya: ‘Bagaimana keadaan tentera-tenteraku?’ Pemuda itu menjawab: ‘Allah menyelamatkanku dari mereka.’

Lalu si raja menyerahkannya ke sekelompok tenteranya, raja berkata: ‘Bawalah dia ke sebuah perahu lalu hantar ke tengah laut, bila dia mahu meninggalkan agamanya (bawalah dia pulang) dan bila dia tidak mahu meninggalkannya, lemparkan dia.’ 

Mereka membawanya ke tengah laut lalu pemuda itu berdoa: ‘Ya Allah, selamatkanlah aku dari mereka sekehendak-Mu.’ Ternyata perahunya terbalik dan mereka semua tenggelam. Pemuda itu pulang hingga tiba di hadapan raja, raja bertanya: Bagaimana keadaan tentera-tenteraku?’ Pemuda itu menjawab: ‘Allah menyelamatkanku dari mereka.’
Setelah itu dia berkata kepada raja: ‘Kau tidak akan dapat membunuhku sebelum melakukan perintahku.’ Raja bertanya: ‘Apa itu?’ Pemuda itu berkata: ‘Kumpulkan seluruh rakyat di suatu lapangan. Lalu salib aku di situ pada sebatang pohon. Kemudian ambil anak panah dari tempat panahku dan letakkan di busur dengan membaca: Bismillahi rabbil ghulam (Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini). Sesudah itu panahlah aku. Bila kau lakukan seperti itu maka kau akan berhasil membunuhku.”
Maka dikumpulkannya seluruh rakyat di suatu lapangan. Lalu disalibnya si pemuda pada sebatang pohon. Kemudian diambilnya panah lalu dipasangnya pada busur dengan membaca: Bismillahi rabbil ghulam. Maka dipanahnya si pemuda, kena pelipisnya. Pemuda meletakkan tangannya ditempat yang terkena panah kemudian mati. Orang-orang berkata: ‘Kami beriman dengan Rabb pemuda itu! Kami beriman dengan Rabb pemuda itu! Kami beriman dengan Rabb pemuda itu!’ Kemudian didatangkan kepada raja dan dikatakan padanya: ‘Tahukah kamu akan sesuatu yang kau khuatirkan kini telah menimpamu. Orang-orang beriman seluruhnya.’

Si raja kemudian memerintahkan membuat parit (ukhdud) di jalanan kemudian dinyalakan api. Raja berkata: ‘Siapa pun yang tidak meninggalkan agamanya, pangganglah di dalamnya.’ Mereka melakukannya hingga datanglah seorang wanita bersama bayinya, sepertinya dia hendak mundur agar tidak terjatuh dalam paritan api lalu si bayi itu berkata: ‘Ibuku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran.”
(Sahih Muslim, no. 5327, Musnad Ahmad, no. 22805

Firman Allah:
Sesungguhnya Allah telah mmbeli dari orang-orang Mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al- Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah ? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (at-Taubah : 111)

Dipetik dari mukabuku

Tip Keibubapaan

Tip Keibubapaan
Pesanan untuk (diri sendiri)
Tanamkan dalam hati bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.
2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita bagaimana?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.
Berlapang dadalah. Ilmu itu bukan bilangan A. Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Tepuk dada, tanya diri kita.
Ikhlas dari hati,
Ustaz Amir Berau
SMS Banting

Muhasabah Diri


Bismillah,

Hakikat kehidupan, tiada satu yang akan kekal. Apa yang kekal hanya Dia, Allah yang Maha Kuasa.
Setiap kali menerima perkhabaran kematian, setiap kali itu ia seperti jam loceng yang menjadi siren peringatan buat diri untuk sentiasa muhasabah apakah sebenarnya tujuan hidup ini.

Hidup tiada lain, untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dalam berkata, dalam tunduk dan sujud. Ada ketika insan leka dengan dunia. Sibuk dengannya hingga terabai kadangkalanya perkara wajib yang dituntut yang menjadi bekalan untuk dibawa.

Bila nyawa diambil Izrail, ia kadang tiada sebarang petanda. Sampai masa tidak telrambat atau tercepat walau sesaaat. Pun insan tetap hidup seolah dunia ini adalah miliknya. Walhal ia sementara sahaja. Sekelip mata bila Allah ambil maka tiada berguna lagi segala isi dunia. 

Waktu itu, penyesalan tiada guna. Oleh itu, masa yang ada kini, penuhi ia dengan amal ibadat. Jadikan setiap detik yang dilalui tiada lain untuk mencari redha Allah. Mahu memperbanyakkan amal agar bila masa tiba untuk diri berangkat pergi kita di sambut malaikat dengan seruan.... 
" Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Semoga kita tergolong dalam golongan yang menjadi kekasih Allah. Amin

Tuesday, January 5, 2016

Bekalan menuju abadi ; Target harian


Bismillah,

Pejam celik, pejam celik dah masuk 6 Januari 2016. Betapa cepat masa berlalu. Apapun syukur kerana Allah masih memberikan kita semua anugerah menghirup udaranya, masih berpeluang untuk beribadat kepadaNya.

Hari berlalu memang tidak terasa, namun bagaimana dengan target harian kita, adakah sudah tercapai misi? Saya percaya pembaca mesti ada target harian, bulanan dan tahunan apa yang mahu dicapai, dan apa yang mahu direalisasikan.

Ramai yang pastinya dihujung tahun lalu atau diawal tahun sudah menyenaraikan azam untuk tahun ini, dan pastinya pada peta perjalanan itu adanya target harian yang mahu dicapai.

Sekadar ingatan bersama, adakah tersenarai dalam senarai 2016 tersebut mahu khatam al Quran setiap bulan? Mungkin ini target bulanan. Atau adakah tersenarai mahu membaca al Quran satu juzuk satu hari? Atau mungkin mahu menghafal satu ayat satu hari?

Inilah yang dikatakan target harian. Jangan kita hanya meletakkan target kejayaan mencari duit ringgit, berapa untunh harian, bulanan dan tahunan. Target utama perlu dicapai juga adalah pencapaian diri menuju ke alam sana.

Perlu diingat, kita tidak lama di sini, hanya singgahan sementara sahaja. Lalu bagaimana dengan bekalan untuk ke sana? Kita biasa kehabisan minyak kereta sewaktu perjalanan? Apakah rasanya? Bagaimana jika tiada RnR? Pasti kita kelaparan, dahaga, perlu istirehat dan sebagainya.

Maka bayangkan kita menuju satu perjalanan yang amat jauh, tiada kepastian berapa tahunkah perlu menunggu di alam barzakh, kemudian perlu menuju ke padang mahsyar, menanti pula untuk dihisab. Maka bagaimana jika tiada bekalan amal?

Oleh itu mari kita membina azam, agar kita semua dapat memastikan target harian ini boleh dicapai. Membaca al Quran, banyakkan solat sunat, bangun malam, puasa sunat, sedekah dan sebagainya adalah satu perkara yang perlu ada dalam senarai, jika belum masukkan ia sebagai perkara yang mesti kita lakukan.

Letakkan rasa takut mati, pasti jadi! Ameen.
Wallahuaalam.