Saya terbaca iklan yang dipost oleh rakan dalam FB closed group yang mahu berkongsi tentang pendapat kami semua tentang iklan tersebut. Apabila membaca iklan itu dan melihat gambarnya memang saya rasa adalah tidak wajar iklan yang berbau lucah dipamerkan didada akhbar. Betul ia untuk melariskan produk tapi perlukah menggunakan ayat-ayat yang berbau lucah dan mengambarkan bahawa seks itu menjadi satu matlamat utama dalam hidup kita. bayangkan jika yang melihatnya anak-amak kita..
Kita perhatikan dalam sesebuah masyarakat apabila kita meletakkan keinginan atau matlamat lebih kepada nafsu maka sudah pasti akan hancurlah masyarakat tersebut. Sama juga dengan rumahtangga,memang seks itu penting, tetapi bukan perkara yang paling penting hingga jika tiada maka boleh musnah sebuah rumahtangga. Ada ramai orang yang berkahwin namun tiba-tiba pasangan mereka jatuh sakit. lumpuh namun mereka boleh hidup bersama hingga kahir usia.
Kehidupan bukan kepada memenuhi kehendak nafsu, namun kehidupan adalah melihat lompong yang ada pada diri kita dan sekeliling kita uttuk diperbaiki dan ditambah nilai, contohnya ilmu pengetahuan, amalan-amalan yang kita sendiri perlu pertingkatkan.
Kehidupan bukan sekadar memenuhi keperluan Fizikal tetapi memenuhi keperluan Spritual... Nilailah diri kita ditahap mana.. tepuk dada, jangan tanya selera..tapi tanyalah Iman kita..
No comments:
Post a Comment