Lama rasanya tak mencoret di sini... cuti yang panjang sempena Aidil Adha.. ditambah batuk dan selsema selepas naik bercuti memang menyeksakan. Apapun hari ini ingin berkongsi sedikit tentang anak-anak. Ramai dikalangan kita sering mempersoalkan kenapa anak-anak tidak mahu mendengar kata. Bila dilarang makin dibuat. Hingga menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran.
Jika anda berdepan masalah sebegini, cuba tanya diri sendiri terlebih dahulu, bagaimana bahasa anda bila berkomnuikasi dengan anak-anak. Intonasi suara yang bagaimana anda guankan bila bercakap dengan anak-anak? Isu apa yang anda sering kemukakan? dan lebih penting lagi adakah anda menggunakan gaya leteran atau (dengan kata lain menunjukkan kuasa VETO yang ada sekalu ibu bapa) atau anda lebih suka menggunakan cara yang lebih persuasif iaitu lebih memberi peluang unutk anak-anak berkongsi dengan santai dan tidak dipaksa mendengar leteran ibu bapa.
Sebagai ibu bapa kita perlu menjadi pendengar yang bai kepada anak-anak, bukan sahaja kita mahu anak-anak mendengar kita. Masalahnya kita suka menggunakan oneway communication, sebab itu anak-anak tidak mahu mendengar, bahkan suka melawan cakap. Selain itu telek juga cara kita bercakap, adakah kita ibu bapa yang bersikap authoritarian? Jika kita bersikap begini memenag confirm anak-anak akan menjauh dan lebih suka menyimpan perasaan dari berkongsi....
Jika anda mahu anak-anak mudah dilentur, pastikan kita juga mahu berubah. Belum terlambat, kerana apabila kita mula berubah, orang sekeliling kita juga akan berubah... Alangkah bagus jika kita ibu bapa cuba memahami anak-anak bukan semata mahu anak-anak mendengari segala pesanan kita. Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment