Setiap kali kita mempunyai agenda dan misi yang besar dalam kehidupan, pasti akan ada cabarannya. Seperti saya sendiri tidak terlepas juga dengan cabaran, contoh terdekat adalah cabaran untuk menyiapkan buku terbaru saya iaitu Tips 10 Tokoh Usahawan Muslimah. Buku ini menjadi misi penting kerana ingin mengenegahkan kehidupan Muslimah yang bergelar ahli perniagaan dan dalam masa yang sama menjaga syariat Islam serta pelaksanaannya. Perjalanan ini memang bukan mudah kerana ia melibatkan individu yang berjaya serta sibuk dengan urusan perniagaan mereka.
Biar berapa banyak halangan, namun kita tidak boleh mengalah padanya. Pelbagai cara dan kreativiti perlu difikirkan supaya misi dan visi dapat disempurnakan. Jika mahu mengalah memang boleh mengalah, tetapi sesoerang yang mahhu berjaya perlu lebih kuat dan perlu positif dengan apa jua halangan dan cabaran yang ada. Cara saya mempositifkan minda adalah dengan meletakkan setiap perkara itu pasti ada hikmah. Contoh apabila seseorang tokoh itu menarik diri dengan alasan tersendiri, membatalkan temu janji, serta apa -apa sahaja yang melibatkan mereka, maka saya katakan.. "Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya meneruskan misi dakwah ini"
Kehidupan kita juga sering dikelilingi dengan segala macam ragam dan sikap manusia. Seseorang yang mahu berjaya perlu tahan sabar dengan cabaran seperti ini. Ini sama juga keadaannya di mana-mana, sikap manusai sekeliling kita adalah untuk melatih diri kita sendiri bagaimana bertingkahlaku dengan sitausi dan keadaan sekeliling kita. Adakah kita bersikap positif atau negatif? Jika mahu berjaya maka kita perlu kekal positif, memang adakala kita tersasar, tapi perlu ingatkan diri, banyakkan beristhgfar maka laluan kita akan dipermudahkan oleh Allah.
sssss
No comments:
Post a Comment