Hari ini ini merupakan detik bersejarah dalam kalendar Islam. Bersempena tarikh 10 Muharram maka umat Islam di sunatkan berpuasa. Selain hari ini disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram, ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Daripada Ibnu Abbas berkata; " Rasulullah datang ke Madinah maka Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram lalu Baginda bersabda; kenapa begini? Mereka menjawab; "Ini adalah hari yang baik, Allah telah menyelamatkan pada hari ini Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka (Fira’un) maka Musa berpuasa. Lalu Nabi bersabda; "Aku lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa, maka Nabi berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa". Dalam riwayat yang lain, "Maka kami berpuasa pada hari tersebut sebagai menghormatinya". Hadis riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130)."
Hikmah disunatkan puasa 9 Muharam;
Imam An-Nawawi berkata:" Para ulama dikalangan Sahabat kami (Syafieyyah) dan selain mereka menyatakan tentang hikmah berpuasa Tasua' (9 muharam) dengan beberapa wajah;
1) Ianya adalah bertujuan menyalahi Yahudi (tidak sama dengan mereka) ketika hanya berpuasa Asyura sahaja.
2) Adalah bertujuan menyambung puasa Asyura dengan puasa seperti larangan Nabi berpuasa pada hari Jumaat semata-mata. Ini disebutkan oleh Al-Khattobi dan ulama-ulama lain.
3) Sebagai langkah berjaga-jaga ketika kita berpuasa Asyura, yang mungkin ditakuti kurang sehari anak bulan. Maka akan berlaku kesilapan hari ketika berpuasa. Maka boleh jadi puasa 9 Muharram itu adalah yang sebenarnya 10 Muharram".
Akan tetapi wajah yang paling kuat adalah yang pertama. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan; "Nabi Muhammad Alaihi Solatu Wassalam telah melarang daripada menyerupai Ahli Kitab dalam hadis-hadis Baginda yang banyak seperti dalam sabda Baginda tentang Asyura; "Jika aku hidup pada tahun hadapan maka aku pasti berpuasa Tasua' (9 Muharram).
(Dipetik dari : http://yeopmadiny.blogspot.com/2009/12/mari-berpuasa-asyura-tasua.html
No comments:
Post a Comment