Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, November 18, 2012

Kahwin Masa Belajar


Bila bercinta dalam rindu ada benci, dalam marah ada suka... bila-bila masa teringat dia..itulah agaknya ragam bercinta hingga adakala waktu belajar juga masih teringat dia.. 
Kata-kata ini saya rakam bila teringat kisah pelajar saya yang sudah bertunang dan menunggu masa untuk disatukan. Dalam kelas dia jarang memberi perhatian bahkan asyik dengan telefon bimbitnya. Ada masa bila ditanya teraba=raba mahu menjawba. Keletahnya adakala melucukan. Masih belajar namun bila jodoh sudah sampai itu yang terbaik. Sebentar tadi saya mendapat jemputan dari beliau ke majlis perkahwianannya... Alhamdulillah akhirnya sampai ke gerbang perkahwinan. Moga bahagia hingga memawa ke syurga.... 

Sewaktu di kelas ada beberapa kali isu berkahwin sambil belajar dibangkitkan. Ada yang setuju dan ada yang tidak.. Semua itu sangat subjektif dan bergantung kepada inidividu dan faktor sekeliling. saya sering berkata pada naka perempuan saya, jika dia ada calon dan perhubungan itu boleh membawa kepada perkara yang tidak baik maka saya kata beliau perlu kahwin walaupun masih belajar. Sudah pasti anak saya membangkang dan mengatakan belajar adalah misi utama sekrang ini. Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang saya merisik-risik siapa buah hatinya. Biasa la, sebagai ibu kita perlu lebih arif tentang dunia remaja.. jawab anak saya.. "Ummi jangan risau, nanti Ummi pilih je siapa calon yang sesuai untuk kakak..." Amboi.. biar betul anak saya yang sorang ini... Harap-harap dia tidak ditimpa perasaan, dan boleh belajar dengan tenang tanpa ada cabaran percintaan.

No comments:

Post a Comment