Menjadi penulis adalah cita-cita ramai orrang, namun tidak semuanya menjadi kenyataan dek kerana ada pelbagai kekangan. Antaranya ada beberapa orang sahabat saya yang mahu menyiapkan buku mereka tetapi tidak berkesudahan kerana merasa susah membuat olahan dari segi bahasa. Ada juga yang mempunyai fakta dan mesej yang mahu disampaikan namun masa pula tidak mengizinkan. Ada juga yang sudah menyiapkan beberapa naskah tetapi ia tidak pula mendapat kelulusan dari pihak penerbitan. Pendek kata menjadi penulis bukanlah satu perkara mudah walau dilihat seperti mudah.
Pada saya, nergelar penulis tidak perlu mendabik dada merasakan diri hebat, kerana menulis adalah satu tanggungjawab. Ia sekadar satu medium menyampaikan segala misi. Menjadi penulis juga bukan bermakna kita tahu segala, ia sebenarnya banyak memberi kesedaran bila menulis ada banyak lagi perkara yang kita tidak tahu kerana untuk menulis perlu banyak membaca. Bagi yang mahu bergelar penulis jangan serik mencuba, kerana saya juga banyak melakukan percubaan... Percubaan sekali bukan bererti gagal..tapi ia sekadar permulaan untuk langkah kejayaan...
Good luck.
No comments:
Post a Comment