Sekadar berkongsi rasa dengan para pembaca... adakalanya bagus juga apabila kita dihina atau diperlekehkan oleh yang bergelar manusia. Jika kita boleh mengambilnya sebagai satu insiatif untuk kita bergerak ke depan. Kata-kata tersebut walaupun adakalanya melukakan, namun ia memberi semangat buat diri untuk terus melangkah dan membuktikan bahawa kita juga mampu untuk bangkit semula dan meneruskan kejayaan. Namun ramai yang apabila di hina mereka memilih untuk bersedih dan berduka serta tidak berbuat apa-apa. Padahal bila diri kita merasa terhina kita harus ingat, bahawa terhina di sisi manusia tidak mengapa, jangan kita hina di sisi Allah.
Saya juga seringkali merasa terhina, apabila mendapat sindiran atau kata-kata yang sinis dari orang sekeliling yang pada saya ada nada cemburu pada diri mereka. Apabila ini berlaku seringkali saya muhasah diri, beristighfar serta memohon agar diberi kekuatan Ayat yang sering saya lafazkan saat diri merasa dianiaya adalah doa Nabi Yunus sewaktu dalam perut ikan Nun serta doa Nabi Ibrahim ketika dicampak kedalam api oleh Namrud. Jika hina itu memberi keinsafan buat diri maka ambilah ia secara positif. Ingatlah... hidup hanya sementara..masa yang ada kita mencari bahagia untuk bekal di sana tempat yang abadi.
No comments:
Post a Comment