Bismillah
Perniagaan
adalah satu pekerjaan yang ramai diceburi oleh ramai insan. Baik muda atau tua
ramai yang menjadikan perniagaan bukan setakat mata pencarian, bahkan
perniagaan menjadi satu cara menambah kekayaan yang ada.
Dewasa
ini ramai yang tercari bagaimana menambahkan kekayaan dari perniagaan. Tahukah anda
perniagaan yang sebenar di sisi Allah? Surah As saff ayat 10 Allah berfirman?
“Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh
menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”. {As
saff:10}
Dalam ayat
ini kita ditanya tentang perniagaan yang hakiki, maka ayat selepas itu
menjelaskan bahawa perniagaan sebenar adalah: Berjuang membela dan menegakkan
agama Allah dengan harta benda dan diri sendiri. Firman Allah “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela
dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian
itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).{ As Saff: 11}
Ayat ini jelas
menunjukkan bahawa harta yang bermanfaat bakal menjadi penyelamat diri. Maka
berusahalah mencari rezeki yang halam di muka bumi ini. Adanya kekayaan yang
dimanfaatkan untuk zakat, sedekah dan dilaburkan untuk syiar Islam ia memberi
kebaikan buat diri. Selain itu perjuangan agama juga perlu dari diri sendiri
dengan menyampaikan ilmu dan berdakwah demi mengukuhkan dan memperkuatkan lagi
Islam seantero alam.
Segala amalan dijanjikan pahala yang
amat besar dari Allah sebagaimana firmanNya:
“Dengan itu) Allah akan mengampunkan
dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang
baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.” {As Saff :
12}
Moga kita tergolong dalam orang-orang
yang sentiasa berusaha untuk berjihad di jalan Allah dengan ikhlas.
Ameen
No comments:
Post a Comment