Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Monday, October 24, 2011

Membina Keyakinan Diri

 

Bismillah,

Seseorang yang tidak mempunyai motivasi seringkali berhadapan dengan perasaan rendah diri dan merasakan duri serba kekurangan. Pembinaan keyakinan diri adalah penting bagi seseorang indiviu meningkatkan motivasi diri. 

Keyakinan diri akan terbina sekeranya individu mengenal potensi yang ada pada dirinya. Bagi mengenal potensi diri individu perlu sedar "Siapa" dirinya, perlu mengetahui asal usul serta menerima segala yang ada pada diri dengan seadanya dari segenap aspek seperti rupa paras, keluarga, kisah silam yang mungkin tidak menarik atau apa-apa sahaja. 

Jika individu tidak dapat menerima keadaan yang dikatdirkan Allah pada dirinya maka secara tidak langsung dia akan hilang keyakinan diri dan secara tidak langsung perasaan tidak yakin pada diri sendiri membawa kepada perasaan rendah diri, berfikiran negatif, susah mempercayai orang lain dan pelbagai lagi sifat negatif terhasil dari tidak yakin diri. 

Seseorang yang ingin membina keyakinan diri perlu percaya bahawa setiap kekurangan yang ada pada diri perlu di muhasabah dan ditingkatkan dengan mengilap kelebihan yang ada pada diri. Kita perlu menerima takdir yang ditentukan Allah. 

Ingatlah! Segala kelemahan dan kekeurangan  itu mampu dijana kelebihan dengan mencari kekuatan dan hikmah disebaliknya. Potensi diri perlu digilap dan perbaiki dari semasa ke semasa. Lama kelamaan, penambahbaikan tu akan membuat kita menemui keyakinan diri. 

Untuk menyokong diri supaya mendapat tenaga yang positif, maka kita perlu memilih kawan yang dapat memberikan kata-kata atau rangsangan yang positif. Ini membantu ke arah membina nilai positif yang ada pada diri. Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif dari orang sekeliling. 

Individu perlu bijak mana yang baik dan mana yang buruk. Menggunakan perhatian  atau 'observation' boleh digunakan dalam menilai sesuatu. Walaupn begitu, jangan tertipu dengan penglihatan kita, kadang-kadang apa yang kita lihat bagus itu adalah sebaliknya berlaku,lihat lah menerusi kaca hati dalam membuat penilaian. Bila yakin diri dapat dimilik maka sudah pasti ia mampu memberi kesan kepada kehidupan yang lebih positif.


Kenali Diri Bina Identiti


Sunday, October 23, 2011

Apa dan Mengapa Dalam Piramid Makanan


Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa makanan bukan sahaja perlu kelihatan menarik ketika dihidangkan untuk membuka selera tetapi mestilah berkhasiat.
Namun, jika kita mengambil makanan semata-mata melayani kehendak selera, ia membawa mudarat kepada kesihatan terutama jika pengambilannya berlebihan.
Selain faktor umur, jenis makanan dan kuantitinya yang perlu diambil perlu juga mengambil kira sama ada anda seorang yang aktif atau sering melakukan kerja-kerja berat.
Justeru, sebagai garis panduan, piramid makanan dapat membantu anda untuk menentukan sajian makanan yang pelu diambil dan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan dalam sehari.
Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan lengkap yang menyatakan zat dan keperluan pengambilan yang sesuai untuk menjaga kesihatan.
Ia disusun berdasarkan kumpulan makanan dan kuantiti yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.
Piramid makanan terbahagi kepada lima peringkat atau kumpulan makanan yang diletakkan para paras berbeza berdasarkan keperluan pengambilannya.
Sumber: Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kumpulan Paras 1
Nasi, ubi-ubian, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin
Pengambilan: Antara lapan dan 12 sajian sehari
Kumpulan Paras 2
Sayur-sayuran dan buah-buahan segar
Pengambilan: Antara tiga dan lima sajian sehari
Kumpulan/Paras 3
Terdiri daripada ayam, ikan, itik, daging dan kekacang serta susu dan produk tenusu
Pengambilan: Antara dua dan tiga sajian sehari
Kumpulan/Paras 4
Lemak, minyak, garam dan gula
Pengambilan : antara satu dan dua sajian sehari
Apakah maksud
satu sajian makanan
Kumpulan 1
Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian:
½ cawan nasi putih
½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
1 keping roti bijirin penuh
½ keping capati (saiz kecil)
1 cawan bubur nasi
½ cawan bijiran sarapan
1 biji ubi kentang saiz sederhana
3 keping biskut tawar/krim

Kumpulan 2
Sayur-sayuran
½ cawan sayuran berdaun hijau tua
½ cawan sayuran buah atau ubian
½ cawan lain-lain sayuran

Kumpulan 3
Buah-buahan
½ biji jambu batu saiz sederhana
Sepotong potong betik / tembikai / nanas
Sebiji pisang / oren / pir / epal
½ cawan jus buah (tanpa gula)

Susu dan produk tenusu
Secawan susu
½ cawan dadih
Sekeping keju
l Tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Kumpulan 4
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
Seketul paha ayam saiz sederhana
Seekor ikan kembung
Dua ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
Lima sudu makan ikan bilis tanpa kepala
½ cawan kekacang kering
Empat sudu sudu makan udang kecil dengan kulit
Sekeping tauhu
Sekeping tempe
Sebiji telur saiz sederhana (gred C)

Wednesday, October 19, 2011

SAHABAT DAN PERSAHABATAN


Hubungan persahabatan bukan terjalin secara spontan atau dibentuk dengan mudah. Ia berlaku bila ada kesesuaian antara dua individu yang bertemu dan terjalin hubungan yang penuh mesra dan kasih sayang. Hubungan yang baik boleh memecahkan dinding yang selama memisahkan diri kita dari dunia luar dan tidak mahu memulakan hubungan dengan orang lain.
Bermula dari individu yang begitu asing kepada kita kemudiannya dengan usaha dua individu itu, lalu antara satu sama merasa tertarik atau masing-masing ada daya tarikan yang tersendiri. Daya tarikan itu yang membuat individu lain mahukan hubungan lebih serius perlu dijalinkan. Ini berlaku apabila kita mula hendak berkongsi pengalaman hidup dengan individu yang baru kita temui itu.
Individu yang pemalu sering mencari alasan untuk tidak bertemu dengan orang lain. Sekiranya boleh, individu pemalu kalau keluar dari rumahnya tidak mahu bertembung dengan orang ramai yang berada di jalan raya, pasar raya, kedai, dan sebagainya. Individu pemalu ini mengambil masa untuk berkenalan dan beramah mesra dengan individu lain apatah lagi hendak berkongsi pengalaman. Tetapi mereka memilih individu yang boleh menarik perhatiannya dan memahami perangainya. Mereka ini walaupun pemalu tetapi masih perlu bersahabat!
Sesetengah individu pula menghadapi masalah hendak bercampur gaul dengan orang lain. Benarkah individu yang bermasalah sukar bergaul dengan individu lain sebagai sahabat? Oleh itu, kita harus menjalinkan hubungan dengan secara rasional dan bukan dipaksa-paksa. Biarlah apa yang ada dalam diri kita menjadi daya tarikan kepada individu lain yang boleh dijadikan satu titik permulaan. Mungkinkah cara bertegur, senyuman, bercakap, pakaian, imej diri atau lain-lain yang boleh dijadikan daya tarikan kepada individu lain sebagai satu permulaan jalinan persahabatan. Gunakan kaedah psikologi yang berkesan. Oleh itu, kita kenalah belajar ilmu psikologi yang asas supaya segalanya berjalan dengan lancar.
Siapa yang perlu memulakannya?
Sesiapa sahaja boleh memulakan perkenalan dan suai kenal antara dua individu yang berlainan. Salah seorang hendaklah berusaha membina dan membentuk hubungan dengan selesa dan mudah. Namun begitu, dalam menjalinkan hubungan di peringkat awal perlu berhadapan dengan risiko sementara. Risiko tidak dilayan, diejek, di pandang sepi atau di pandang pelik. Situasi ini mungkin dihadapi pada peringkat awal dan anggaplah itu sebagai mengajar kita supaya lebih matang dan berhati-hati. Sakit hati sekiranya kita sahaja yang bersungguh-sungguh hendak berkawan sedangkan individu yang lain buat tidak endah sahaja.
Adakalanya kita tidak boleh menjangka apakah pandangan orang lain terhadap diri kita yang ikhlas hendak menjalin hubungan. Kita mesti menanggung risiko dengan menunjukkan keyakinan kepada individu itu yang kita hendak bersahabat dengannya secara akrab dan ikhlas. Sebenarnya, memulakan persahabatan itu ada risikonya dan tidak semudah yang dibayangkan.
Adakah kita memerlukan sahabat?
 Malu Bersahabat?

“Saya tidak pandai hendak berkawan. Kamu itu lainlah.”
“Apa yang lainnya?'
“Kamu peramah dan tidak malu. Saya ini hendak menegur orang pun mengambil masa.”
“Mengapa begitu? Mereka juga seperti kita, manusia biasa. Tiada yang beza.”
“Saya tidak yakin. Lagipun bukannya pandai bercakap.”
“Hendak tegur orang lain pun kena pandai bercakap? Sekarang ini kamu sedang bercakap dengan saya, tidak ada cacat langsung.”

Mungkin kita pernah dengar dialog sedemikian yang diberikan oleh individu yang mencari alasan dirinya tidak sempurna dan tidak pandai memulakan hubungan persahabatan dengan orang lain. Ini menyebabkan mereka tidak berminat hendak bergaul dengan orang lain apatah lagi hendak pergi ke majlis-majlis yang dihadiri oleh orang ramai. Mereka seboleh-bolehnya hendak mengelakkan diri dari mengunjungi tempat sebegitu. Mengelakkan diri dari bertemu dengan orang ramai.

Mengapakah ini berlaku? Apakah perlu ada kemahiran apabila menjalin hubungan dengan orang lain? Tidak dinafikan setiap dari kita ini mempunyai sifat yang pelbagai. Ada yang peramah, pendiam, kurang mesra, terlalu mesra, mudah senyum, sensitif, pemalu, penakut, tidak yakin pada diri dan sebagainya. Kita ini tergolong dalam kumpulan mana?

Tetapi itu bukanlah alasan untuk mengasingkan diri dari bertemu dengan orang lain. Kita tidak mahu jadi seperti katak di bawah tempurung. Apabila bila kita faham erti sahabat dan persahabatan, sudah tentu kita akan merasa rugi jika tidak mempunyai sahabat. Renungkan kata-kata hikmah ini,

“Persahabatan boleh memberikan kegembiraan yang tidak ada nilainya dan boleh mengurangkan kesedihan yang dialami.”

Hendak mencari sahabat yang sejati dalam dunia moden hari ini agak sukar. Tetapi sekiranya kita ada kemahuan di situ ada jalannya. Sahabat adalah suatu keperluan dalam hidup kita. Bayangkan, kita hidup di dunia ini hanya seorang diri. Meskipun segala kemudahan dan kesenangan sudah kita miliki, tetapi kita keseorangan. Apakah perasaan dan jiwa kita?

Bagi orang normal, hidup perlu bermasyarakat. Oleh itu, dalam mencari sahabat bukanlah sukar . Membina persahabatan dengan ikhlas dan jujur boleh membuat hubungan itu bertahan lama. Semuanya itu bergantung kepada diri sendiri. Apa tanggapan kita terhadap diri sendiri? Sudahkah kita mengenali diri kita sendiri?

Kenali dan cintai diri sendiri
Adakah kita sudah memahami diri sendiri dan sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan diri sendiri? Kenalilah diri sendiri dan hargailah apa yang kita miliki. Cintailah diri kita supaya kita bersyukur dengan kelebihan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita. Kita masih lagi sempurna fizikal dan diberikan akal yang waras. Adakah kita sedar semua itu? Oleh itu, tidak boleh dijadikan alasan yang kita ini tidak mempunyai kelebihan seperti orang lain. Sekiranya kita menyayangi diri sendiri, orang lain juga akan menyayangi diri kita.

Kita dijadikan sama seperti orang lain, cuma yang membezakan kita dengan orang lain adalah dari segi fizikal. Bentuk muka, warna kulit, tinggi, rendah, kurus atau gemuk, dan lain-lain tidak sama. Itulah keindahan ciptaan Allah terhadap makhluk. Kalau semua makhluk ini serupa, hilanglah keindahan dan keunikan itu. Dan yang lebih unik, kita sebagai manusia dianugerahkan akal fikiran yang waras dan bijak. Akal dikerah supaya berfikir. Dan adakah kita sudah berfikir?

Sikap memandang rendah pada diri sendiri hendaklah dijauhkan. Mengapakah mesti kita merasa rendah diri. Adakah disebabkan masalah fizikal yang disebutkan tadi? Sekiranya itulah masalah utama, buanglah dengan segera dari minda kita. Apabila kita sudah mula memandang rendah pada diri sendiri, mungkin kita juga memandang rendah pada orang lain. Oleh itu, keyakinan diri hendaklah dibina supaya kita lebih selesa apabila hendak membentuk persahabatan dengan orang lain. Binalah keyakinan diri dengan banyak menambahkan ilmu. Dan kita perlulah pula rajin mencari ilmu dan bukan hanya menadah atau meminta ilmu itu datang bergolek ke pangkuan.

Usah sekali-kali membenci diri sendiri
Kita benci pada diri sendiri! Mengapa benci? Sikap benci hendaklah dihindarkan dari dalam diri kita. Hargai diri kita. Hanya kita yang boleh hargai diri sendiri. Sikap benci ini boleh mempengaruhi orang lain. Sekiranya kita masih tidak menghargai diri sendiri seperti kita tidak menghargai diri sahabat kita. Fikiran negatif hendaklah dijadikan positif.

Orang lain harus dijatuhkan
Apabila nilai dan sikap negatif sudah bersarang dalam diri, kita sering berusaha hendak bersaing dengan orang lain. Meskipun bersaing itu adalah satu cara yang sihat, tetapi kita tidak. Kita bersaing kerana hendak menjatuhkan orang lain supaya mereka tidak boleh menyaingi atau lebih daripada kita. Kita suka melihat orang lain jatuh atau dimalukan. Dan kita pula cuba menaikkan status kita di mata orang lain dengan cara yang tidak elok.

Sekiranya sikap negatif ini diamalkan, sudah tentu kita tidak boleh membina malahan menjalin persahabatan yang berpanjangan dengan sahabat kita. Malahan sikap negatif kita itu dibenci oleh sahabat kita. Ubah dan buanglah sikap ini bagi memastikan kita mempunyai harapan bersama dengan sahabat kita. Jika kita masih berdegil, tidak mustahil kita keseorangan sepanjang hayat.

Siapalah diri saya ini?
Mungkin kita sering mengajukan soalan ini dalam hati. Kita merasa diri tidak layak bersahabat dengan individu yang bijak, cantik, kaya, berkulit putih, dan sebagainya. Itu pandangan kita yang berfikir, lebih baik kita mengundur diri sebelum dimalukan atau dipandang rendah. Itu kata hati kita. Kita mengambil keputusan sendiri bagi melindungi diri sendiri. Melindungi dari menerima cemuhan dari orang lain yang belum pasti terjadi atau tidak.

Apabila adanya perasaan atau tanggapan sendiri, kita mengongkong atau memperkecilkan kelebihan diri sendiri. Kita yang menentukan diri kita negatif, sedangkan orang lain tidak beranggapan begitu. Kita tidak bebas dan malu hendak ke mana-mana. Dan apabila kita melihat orang lain yang mesra atau aktif dengan sikap mereka, kita mula merasa cemburu dan membenci mereka secara membabi buta tanpa alasan. Pandangan ini hendaklah disingkirkan dari minda dan hati kita. Yakinlah bahawa kita mempunyai keistimewaan tersendiri. Hanya kita sahaja yang tahu.

Mereka itu teruk!
Kita hendaklah menghindarkan dari memikirkan orang lain adalah mempunyai sikap yang teruk. Elakkan dari selalu mencaci atau menghina individu lain yang kita rasa tidak sesuai dibuat sahabat. Adakah dengan mengumpat atau memandang rendah orang lain, boleh meletakkan diri kita ke status yang tinggi? Mungkin kita ego dengan sikap yang ada. Tapi, ketahuilah, dengan sikap ego yang tidak bertempat itu yang boleh merosakkan hubungan kita dengan orang lain.

Sifat ego yang tidak terkawal sering kali menganggap orang lain tidak bagus, tidak betul, tidak pandai. Kita pula selalu kritik orang lain, meskipun orang itu sudah mencapai kejayaan. Kita seperti tidak suka dengan orang lain dan suka menyampaikan cerita-cerita yang tidak benar.

Kita haruslah hindarkan sifat ini yang akhirnya boleh merosakkan diri sendiri. Sekiranya sifat ini berterusan, tiada siapa yang sudi bersahabat dengan kita.

Banyak bercakap!

Wanita terkenal dengan banyak bercakap. Kita sering dikaitkan dengan tabiat 'suka membebel' atau 'suka berleter dan juga 'suka mengkritik' bagi sesuatu keadaan atau isu semasa. Tanpa disedari, apa yang kita bual atau tuturkan itu tidak langsung memberi faedah pada diri dan juga orang lain.

Kita adakalanya banyak bercakap tetapi kita tidak tahu apakah butir-butir percakapan itu. Suka bercakap banyak semata-mata hendak menarik minat individu lain supaya memberi perhatian kepada diri kita. Pertahankan apa yang dibicarakan oleh kita dengan bersemangat bagi membuktikan yang pandangan kita adalah benar. Tidak peduli dengan pandangan sahabat lain. Sekiranya sikap ini berterusan, tiada siapa yang suka mendekatkan diri atau menjalin hubungan dengan kita. Bercakap banyak adakalanya membayangkan diri kita yang lemah. Banyak berbicara, banyak pula kesalahannya.
Dipetik daripada blog penulis buku Young Aisyah, Saridah Hamid di http://saridahamid-kuinginbicara.blogspot.com/

PERNIAGAAN ADALAH SATU KEUTAMAAN DAN SUNNAH

Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan rezeki masing-masing. Jadi, melalui rezeki itulah pula kita sebagai manusia berusaha untuk mendapatkan rezeki. Rezeki wajib dicari dan diusahakan. Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan dapadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang lain. Sebab itulah kita digalakkan berniaga. Contohnya pekerjaan dari sudut perniagaan. Tidak kira jenis perniagaan yang diceburi, sama ada besar atau kecil ia merupakan salah satu sumber pendapatan. Melalui perniagaan seseorang mampu mengubah kehidupan mereka. Jatuh bangun serta berjaya dan gagal dalam berniaga adalah adat orang perniagaan.  Agama Islam sendiri, amat menggalakkan umatnya supaya mencari rezeki melalui cara berniaga. Ini telah pun diperjelaskan dalam Hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan.Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk uruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat )( Surah al-Jumaat, ayat 10).

Tuesday, October 18, 2011

Wanita & Kerjaya


Faktor yang menyebabkan wanita bekerja ialah pendidikan yang mereka miliki dan keinginan untuk mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara total. Tidak dapat disangkal lagi wanita yang bekerja dapat mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dan dalam masa yang sama mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Perubahan sosial dan keperluan ekonomi yang tinggi juga merupakan antara faktor wanita keluar bekerja kerana tuntutan ini memerlukan mereka membantu suami untuk membentuk keluarga yang bahagia dan selesa serta meringankan beban suami. Walau apa sekalipun faktor yang menjuruskan wanita, isteri dan ibu keluar bekerja, tanggungjawab dan pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya perlulah seiringan agar tidak mengabaikan mana-mana pihak.Wanita yang bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka. Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada diluar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia. 

Thursday, October 13, 2011

LIFE that I learnt from it.........


Dear brothers and sister....

Assalam all...

A piece of self retrospection...for me and you! Enjoy it!

I've learned.......that it really doesn't matter if the glass is half full or half empty, 

I am going to have to wash it anyway.
I've learned that life is a series of choices and decisions, 

but we must be prepared for what comes from the results.
It is sometimes better to be nice than right...
I've learned that no matter when, 

what goes around eventually comes around, 
so be damn sure what you're putting out there are only good things.
I have learned to speak soft and smile a lot. No one likes to see a sour face. 

Smiling makes others smile. Kindness is rewarded in lots of ways. 
Everyone has a bad day. Its OK. We are human and humans are allowed too. 
Our children are of our making. They learn from us. They copy us. So be careful.


Life is what we make it. Everyone is given an equal chance. 

No one is better or worst than the other person. 
We are what we choose to be. 
No use blaming the other guy for our mistakes. 
We made them. Through mistakes we learn. 
I am thankful for what I have and most for my family. 
It is good to have friends but wonderful to know you have family who love you.

If a task is once begun, never leave it until it's done. 

Be the labor great or small, do it well!.
I've learned that at no time should I presume anyone else will think the way I do.

Wednesday, October 12, 2011

Sayang, Izinkan Abang Kahwin Lagi

SEMOGA CERPEN INI MENJADI IKTIBAR DAN PANDUAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,"sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,"Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham."
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...hmmm.. Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abang...
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai...air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
~ Hasil nukilan, Nur Fitrah ~
Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari mawar putih di Forum Tentang Cinta.

Wanita Perlu Menjaga maruah Diri

Imej seksi, menawan dan mengoda sebenarnya terletak pada diri sendiri. Tidak semsetinya dia bergelar anak dara atau janda, tua atau muda. Apa yangp penting jika individu seperti wanita memahami konsep mejaga maruah, menjaga kesopanan maka tidak akan timbul tanggapan itu. Jika ditanggapi perkara yang negatif seklaipun ia tidak akan kekal lama, memang ada mulut yang akan mengata, tetapi sebagai manusia kita tidak mampu menahan kata-kata orang, maka apa yang boleh kita lakukan adalah mempersiapkan diri dengan sufat-sifat mahmudah. Melalui sifat-sifat sebegini, kita mampu menarik orang lain untuk menerima kita dengan iklhas. Berusahalah untuk senantiasa mendekatkan diri kepada Allah, supaya kehidupan kita akan dirahmati, bahagia yang kita cari akan ditemui. Masa yang lepas itu jadikan sekadar kenangan, yang akan datang perlu direnungi dengan lembaran tinta yang baru.

Isu Jodoh dan Perkahwianan

Isu jodoh tidak pernah selesai baik bagi yang muda atau yang tua, baik yang sudah berkahwin mahupun mereka yang baru mengenal erti kehidupan. Ini kerana masing-masing berhasrat menentukan perjalanan jodohnya yang bersesuaian dan mendambakan jodoh memberi kebahagiaan. Perlu kita fahami dan akui bahawa jodoh merupakan takdir sebagaimana kata-kata "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk" Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan sudah menjadi pegangan kepada entiti dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini di letakkan ditempat yang salah adakalanya.Ini kerana jodoh sememangnya di tangan tuhan dan takdir dariNya maka ada kebenarannya.Tetapi biarpun kita harus redha menerima kelebihan dan kekurangan seseorang namun begitu kita tetap mempunyai pilihan ke atas pilihan kita. Kita boleh dan berhak memilih pasangan kita. Oleh itu kita tidak boleh menyalahkan takdir semata-mata jika pilihan kita adakalanya tidak tepat. Kita seringkali menyatakan : "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang."
Hakikatnya jodoh merupakan takdir dan perlu dicari dan diplih berdasarkan kriteria yang tepat dan mengikut saranan agama. Seperti sedia maklum jodoh adalah takdir ketentuan dan pilihan dari Tuhan, namun begitu sebagai insan, kita harus berikhtiar mencari dan memilihnya. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. Disamping itu kita wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan".Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Seperti peraturan mencari jodoh, Islam telah menetapkan supaya mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Dengan memilih kepada agama. Hadis Rasulululah mengingatkan : "Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik”. Peranan setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting dimana seseorang itu perlu memahami dan melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah mengaturnya dengan lengkap dan terperinci baik suami, isteri, ibu bapa serta anak-anak, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembahagian tanggungjawab ini diatur sedemikian rupa supaya wujud suatu disiplin hidup berkeluarga yang selaras dengan syariat Islam. Bagi menjamin hidup aman, tenteram, tenang, bahagia dan harmoni. Kesyumulan perundangan yang ada dapat mengawal  dan menjamin keamanan dan keharmonian keluarga. Kesedaran keagamaan amat penting apabila seseorang itu ingin berkahwin. Kesedaran ini mampu membentuk individu untuk menyediakan diri bagi menghadapi realti alam perkahwinan serta bersdia berhadapan dengan pelbagai isu dan persoalan jodoh.


Wednesday, October 5, 2011

Kerana begitu takdir Ilahi..

Kerana begitu takdir Ilahi..
Dia mengujiku bertalu-talu..
Dari setiap arah dan penjuru..
Hingga aku keliru, kelu dan terpaku,
Ternyata tanpa ku tahu
Dia menyimpan sesuatu untuk ku..
Pasrah aku menunggu..
Akhirnya ku tahu..
Ia adalah untuk mengenal siapa diriku..
Akulah hamba..mahkhluk-Nya yang punya serba kekurangan..
Yang sentiasa perlu melihat ke dalam jendela diri
Untuk aku lebih mengerti dan memahami..
Bahawa sesungguhnya aku ini kerdil disisiNYa
Biar punya seribu cita-cita..
 tapi Allah, Dia  jua yang memberi,melaksana dan menyempurna segala.. 

Membina Empayar Diri

Membina Empayar Diri

Oleh: Sakinah Salleh

Muqaddimah

Segala permasalahan atau kerumitan, kejadian dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita merupakan suatu manifestasi kegagalan manusia untuk memahami kesimbangan yang diperlukan dalam kehidupan. Kita gagal pada hari ini untuk memahami tujuan kehidupan, tujuan kita sebagai insan ini hidup, matlamat kehidupan dan pengertian kehidupan itu sendiri. Justeru, berlakulah kebejatan sosial atau permasalahan semasa yang melanda umat manusia pembinaan sahsiah bermula dari pembinaan jiwa dan rohani yang utuh. Proses ‘mencanai’ mereka menjadi insan kamil yang berketrampilan tinggi merupakan proses yang berterusan dan berpanjangan. Ini disokong oleh segala macam faktor luaran dan dalaman di rumah dan di sekolah.   Segala faktor luaran dan dalaman ini saling berkaitan, lengkap melengkapi dan perlu ditangani secara seimbang.

Memahami Konsep Khalifah

Khalifah merupakan wakil Allah SWT dan penguasa di muka bumi. Khalifah merupakan penguasa di muka bumi sebagai penggerak, pemelihara dan pemulihara. Insan yang  memainkan tugasnya sebagai hamba dan khalifah menurut al-Quran adalah insane yang meletakkan jiwa kehambaan kepada dirinya melalui rukuk dan sujud dengan penuh rasa kepatuhan, ketaatan, ketundukan dan keakuran kepada Allah(Sidek Baba). Ia adalah prinsip yang dibawa oleh Rasulullah saw dan terkandung didalamnya beberapa proses yang perlu dilalui bagi membolehkan jiwa itu tunduk dan tawadhuk serta mengiktiraf Allah sebagai Sang Pencipta. Allah menegaskan perkara ini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (As-Syams : 9 – 10). 

Apakah itu Khalifah Jiwa?

Khalifah jiwa ialah konsep merajai dan menguasai jiwa dengan nilai-nilai insaniah dan ilahiah. Ia adalah keupayaan untuk membentuk karakter kepemimpinan dalam diri setiap individu, agar mampu memimpin diri endiri dan orang lain) sesamanya. Khalifah jiwa juga mampu membentuk proses secara berterusan bagi seseorang individu dan ummah itu untuk merajai jiwa berbanding nafsu yang merajai jiwa dalam konteks kehidupan pada hari ini. Dalam konteks pendidikan manusia, khalifah jiwa ialah proses pendidikan yang mengutamakan pembentukan jiwa yang berkembang, selaras dengan segala aspek kehidupan mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Ia mesti bermula berlandaskan fitrah insan dari semasa individu itu masih dalam kandungan lagi hingga riwayatnya tamat.  Ia akan melahirkan individu dalam keluarga dan ummah tanpa mengenal batas usia, bangsa, tahap social dan pendidikan yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang “SIAPA DIA” dan “SIAPA AKU” dalam kehidupan ini. Lantas kesedaran “awareness’ itu akan membolehkan seseorang itu untuk mengenali penciptanya, dan memahami dengan sebenarnya “OBJEKTIF” atau ‘MATLAMAT’ apa dia diciptakan. Iniakan menghasilkan suatu gerakan dalaman yang kuat untuk seseorang itu memahami dan mengertia ‘PERANAN’ yang perlu dimainkan dalam kehidupan ini lalu membentuk sikap dan nilai universal serta membentuk ‘pandanganhidup’. Semuanya terangkum dalam nilai-nilai jiwa, kehidupan, dan membentuk suatu ‘perisai diri’ terhadap nilai-nilai duniawi yang sangat material sifatnya serta sementara. Khalifah Jiwa membolehkan seorang individu itu untuk melihat lebih jauh dari sekadar tuntutan-tuntutan dunia, nafsu dan melihat pengertian kehidupan dalam konteks ukhrawi.

Khalifah Jiwa Dan Kesinambungannya Dengan Kehidupan

Kehidupan manusia amat berhubung rapat dengan jiwa, ini dapat difahami bahwa segala perlakuan dan perbuatan seringkali  terarah kepada usaha “ amar makruf nahi mungkar” bagi memenuhi matlamat hidup sebenar dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.  Oleh itu setiap individu perlu sentiasa membersih dan menyucikan jiwa bagi memastikan diri sentiasa berada pada  landasan dan syariat Islam serta mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang boleh mencemarkan jiwa. Rasulullah bersabda: “Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Prinsip yang terkandung dalam Khalifah jiwa membentuk system nilai yang jitu dalam diri individu. Melaluinya, individu akan berkembang ke arah menghasilakan natijah kehidupan yang seimbang fizikal, spiritual, rohani. Secara tidak langsung ini memberikan kestabilan kepada  pemikiran dan emosi. Keseimbangan ini tercapai dengan memastikan bahawa pembentukan jiwa itu sering dilaksanakan dan diutamakan pada setiap saat dan ketika.

Khalifah Jiwa Dan Kesinambungannya Dengan Pembersihan Jiwa

Sesungguhnya manusia biasa seperti kita, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Apatah lagi di sekeliling kita wujud musuh-musuh Allah yang terdiri daripada syaitan dan iblis serta hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan maksiat. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa bertaubat daripada kesalahan dan maksiat yang dilakukan dengan kadar segera. Taubat yang kita lakukan hendaklah secara sungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi atau taubat yang dikenali dengan taubat nasuha. Pembersihan jiwa daripada melakukan segala dosa dan maksiat atau kegiatan tidak berfaedah perlu dilakukan secara berterusan. Ia berhubung rapat dengan badan (jism),  jiwa (ruh) dan hati (qalb)  berpaksikan dengan akidah, iman dan takwa. Ia tidak ditentukan oleh masa atau keadaan kerana hidayah Allah itu bergantung kepada kehendakNya.  Pembersihan jiwa hanya dapat terjadi melalui amalan yang  berterusan , berusaha memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara benar. Selain itu faktor rohaniah yang membangun diri insan berkait rapat dengan faktor akhlak dan amal inidividu. Mereka yang mempunyai kekuatan rohaniah atau kekuatan dalaman melakukan sesuatu berpandukan nilai-nilai yang baik mengikut  fitrah yang dianjurkan oleh al-Quran antaranya:
1.      Mengesakan dan mentauhidkan Allah
Tauhid ialah meng-Esakan Allah dengan melakakukan peribadatan dan penyembahan hanya kepadaNya saja. Segala peribadatan yang berbentuk permohonan, cinta, takut, tawakal, taat, malu dan lain-lain dari gerakan-gerakan hati, lidah maupun anggauta badan, hanya dipersembahkan kepada Allah saja, dengan mengikuti ketentuan syari’at Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam saja. Tauhid yang intinya adalah penyembahan hanya kepada Allah saja ini merupakan penyucian jiwa yang paling besar dan paling penting. Sebab, itulah  tujuan pokok diciptakannya manusia dan jin. Orang yang bersih tauhidnya adalah orang yang bersih jiwa dan hatinya. Lawan dari tauhid adalah syirik. Jika tauhid merupakan kebersihan jiwa yang paling besar, maka kemusyrikan merupakan kotoran jiwa yang paling besar. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: Sesungguhnya orang-orang musyrik adalah orang-orang yang najis. ( At-Taubah/9 : 28) .
2.      Taubat
Sesungguhnya manusia biasa seperti kita, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Apatah lagi di sekeliling kita wujud musuh-musuh Allah yang terdiri daripada syaitan dan iblis serta hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan maksiat. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa bertaubat daripada kesalahan dan maksiat yang dilakukan dengan kadar segera. Istighfar adalah penawar yang paling mujarab kepada penyakit dan musibah yang menimpa manusia, di samping menjadi pengerat hubungan dan cinta kita dengan Allah. Sabda Rasulullah pula: “Sesiapa membanyakkan istighfar, nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, setiap kesempitan ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang datangnya tanpa diduga.” (Hadis riwayat Ahmad). Taubat yang kita lakukan hendaklah secara sungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi atau taubat yang dikenali dengan taubat nasuha. Taubat bermaksud menyesali perbuatan mungkar dan kembali mengikut segala tuntutan syarak. Sesudah hati bersih, tentulah mendapat sinar keimanan dari Allah. Dengan bertaubat, ia dapat membersihkan diri daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat. Jiwa akan tenang, bersih dan tidak gusar mengenangkan kesalahan lalu. Apabila bertaubat dengan sebenar-benarnya, Allah akan mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman dan berserah kepada-Nya. Jika taubat itu dilakukan selepas saja terasa diri bersalah dan kemudian mengulanginya, ia mendorong seseorang untuk mengulangi perbuatan maksiat dan kejahatan yang lain.
3.      Zikirullah (mengingati Allah)
Akal yang sempurna adalah akal yang sentiasa mencari dan menambahkan pengetahuan yang membawanya menyedari hakikat ketuhanan dan hakikat kehidupan. Ada banyak kisah orang yang berjaya, apabila sampai tahap kemuncak kejayaan dalam hidup, memiliki kekayaan, harta benda, keluarga sahabat dan pelbagai lagi yang berbetuk material akhirnya merasakan kelompongan di atas semua pemilikan kerana yang kurang adalah sesuatu iaitu keberadaan Pencipta yakni Allah atas segala yang di miliki semuaya dari rezeki Allah. Manusia menyedari hakikat ketuhanan apabila di uji dengan kehilangan, kesakitan, dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yang biasa kita dengari kerana sifat manusia itu lupa atau lalai. Maka apabila di uji baru lah dia merasa bahawa apa yang dimilki bila-bila masa Allah boleh mengambilnya kembali, oleh itu zikrullah adalah ubat kepada pembersihan jiwa sesuai dengan firman Allah:
Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini ( setengahnya kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) – Az-Zukhruf:32 
4.      Muraqabah
Muraqabah bererti sentiasa merasakan diri kita ini diawasi oleh Tuhan pada setiap detik dan ketika, dan berasa yakin bahawa hanya Allah s.w.t. yang berhak ditaati, Dialah yang Maha Mengetahui setiap rahsia dan perbuatan kita. Bilamana seseorang Muslim ini sentiasa menerapkan perasaan yang sedemikian dalam dirinya, maka ia akan sentiasa mengingati Allah s.w.t., berasa lapang dada kerana keyakinannya itu dan sentiasa gemar ingin berdampingan dengan Allah dengan beribadah kepada-Nya. Malah ia akan sentiasa ingat dan waspada, andai kejahatan yang dilakukan pasti Allah mengetahuinya, walaupun orang lain tidak. Zikir mampu menenangkan hati dan jiwa yang resah gelisah.Mengucapkan keagugan dan kebesaran Allah mampu memadamkan jiwa yang lara, mampu menyembuhkan luka dendan serta dapat melenyapkan nafsu amarah yang meluap. Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah.
5.      Muhasabah.
Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya berkilau umpama permata yang bergemerlapan. Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Muhasab mampu membersih jiwa. Muhasabah bererti menghitung dan mengimbas kembali perlakuan kita seharian, sama ada amalan yang kita lakukan lebih cenderung ke arah ketakwaan atau lebih cenderung ke arah maksiat. Sekiranya amalan kehidupan kita berada di tahap yang dimurkai Allah s.w.t., maka segeralah memohon keampunan kepada-Nya dan bertaubat serta menyesal dan seterusnya melakukan amal kebajikan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr : 18)
6.      Melakukan Kebaikan Menjauhi Larangan
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Luqman : 22). Berdasarkan ayat ini, amat jelas bahawa prinsip Islam ini merupakan manisfestasi kepada benarnya agama Islam itu sendiri. Tanda aras yang sebenar ialah kepatuhan sepenuhnya, tunduk sepenuhnya kepada Allah swt. Justeru beribadah kepada Allah itu bukan hanya semata mata sujud dan rukuk lima waktu sehari semalam sahaja, bahkan perintah serta larangan Allah swt hendaklah jua dilaksanakan pada setiap ketika dan saatnya. Bukanlah mengikuti sesuatu perintah itu dan meninggalkan yang dilarang berdasarkan tafsiran sendiri; pemikiran atau logik akal dan nafsu tetapi merupakan perintah yang terkandung didalam wahyunya yang agung iaitu Al-Quran Al Karim serta diperincikan melalui ajaran Rasulullah saw. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Beribadahlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.”Sufyan as-Sauri berkata: “Hendaklah kamu bermuraqabah kepada Allah yang tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun, dan hendaklah kamu berharap kepada-Nya yang memiliki perjanjian, dan hendaklah kamu sentiasa berwaspada kepada-Nya yang memiliki seksaan.”
7.      Ibadat
Kebenarannya, setiap aspek kehidupan ini adalah suatu landasan dan ruang untuk kita beribadah kepadanya. Walau apa jua yang kita kerjakan samada ibadah yang khusus yag dilaksanakan secara seharian seperti solat, mahupun ibadah yang dilaksanakan pada waktu dan ketika yang tertentu seperti zakat, puasa dan haji. Termasuk jua ibadah umum dalam bentuk pekerjaan mencari rezeki, sedekah dan amal jariah, aktiviti aktiviti kemasyarakatan atau lain lain lagi, semuanya merupakan ruang lingkup kehidupan yang terkandung didalamnya ibadah kepada Allah swt. Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT? Kenapakah Allah mewajibkan kita beribadah dan mentaatiNya? Adakah sebarang faedah diperolehiNya daripada perasaan khusyuk dan ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan laranganNya? Kiranya ada manfaat maka apakah hakikatnya manfaat itu? Adakah sasaranya semata-mata perintah Allah yang kita mesti melaksanakannya? Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa. Ibadah yang khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah untuk mempersiapkan individu menghadapi ibadah yang umum yang mesti dilakukan di sepanjang kehidupan. Solat mengingatkan kita lima kali sehari bahawa sesungguhnya kita adalah hamba Allah dan hanya kepadaNya tempat pengabdian kita untuk mengeratkan hubungan kita dengan Allah. Manakala puasa menimbulkan perasaan taqwa kepada Allah sehinggakan kita tidak membatalkannya walaupun bersendirian. Zakat mengingatkan kita bahawa harta yang kita perolehi adalah amanah dari Allah. Di dalam harta kita ada hak-hak orang lain yang mesti ditunaikan. Haji menimbulkan perasaan cinta dan kasih kepada Allah di dalam hati dan kesediaan untuk berkorban keranaNya.

Penutup

Pembinaan sahsiah bermula dari pembinaan jiwa dan rohani yang utuh, akan tetapi apakah nilai yang mendasari pembentukan itu? Secara psikologi, nilai yang perlu ditanam dalam diri seorang ialah nilai moral, akhlak yang mulia dan positif yang perlu dijana sejak mula lagi seseorang itu masih kecil. Ia bermula dari dalam jiwa seseorang individu. Ia selaras dengan pendekatan yang dibawa oleh Islam dimana pembinaan Khaifah Jiwa merupakan elemen terpenting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran seorang insan untuk menjadi seorang individu yang seimbang jiwa dan rohani, akal dan sahsiah, ilmu dan kemahiran.