Berbicara tentang individu dalam membuat satu-satu pertimbangan atau memberi kata putus ada pelbagai versi. Ada orang dalam satu-satu hal tidak ada langsung flexibility hingga dia dikatakan sebagai orang yang mengikut buku atau skema... Ada juga yang penuh timbang tara dan juga boleh bertolak ansur dalam banyak perkara.
Alasan yang suka mengikut buku atau 100% bergantung kepada skema alasannya untuk menjaga kualiti sesuatu perkara... manakala bagi yang lebih cenderung mengamalkan flexibility pula melihat kepada perlu adanya sifat kasihan belas...
Menilai dua kontkes yang berbeza ini, ia sebenarnya terletak kepada karakter individu itu sendiri. Ada pendapat mengatakan seseorang yang penuh skema atau ikut buku itu terjadi kerana itulah cara dia dibentuk, mana jadilah dia sebegitu, manakala ada orang yang flexible tetapi bukan kerana dia dibentuk dengan cara berlainan, dia pernah diperlakukan begitu tetapi dia memilih untuk lebih bertolak ansur.
Umpamanya dalam memberi permarkahan, menilai sesuatu perkara atau apa sahaja yang berkait dengan kehidupan. Contoh paling mudah ada orang yang dipanggil "particular" atau teliti yang akan meneliti setiap satu dengan terperinci hingga menyebabkan perkara mudah menjadi amat susah, yang senang menjadi rumit. Orang sebegini pastinya akan banyak memberikan kritikan, sebaliknya pula orang yang dikata terlalu bertolak ansur dilihat sebagai teramat mudah dan adakala boleh dieksploitasi.
Sudah pasti setiap sesuatu ada PRO and CONS.. tanya diri anda bagaimana anda bertingkahlaku, adakah anda tergolong dalam orang yang mengikut buku atau penuh toleransi.. Apapun keputusan dan tindak tanduk.. tepuk dada, tanyalah Iman.. Jika ditanya pada saya...satu perkara yang saya amat percaya.. MEMPERMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN..ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA...
renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment