Adakala apabila kita seperti terawang-awang dalam menyiapkan kerja, mood yang berselang seli dengan semangat dan kebuntuan. Seringkali saya juga bertemu dengan kebuntuan apabila mahu menyelesaikan sesuatu perkara. Ini berlaku jika minda kita terlalu penat berfikir dan memerah idea-idea baru namun paling baik adalah kita tidak menghabiskan masa begitu sahaja. Maka apa yang boleh kita lakukan adalah membaca sesuatu yang bermanfaat sebagai terapi minda. Al Quran atau buku-buku motivasi boleh dijadikan pandua dan penyuntik semangat atau idea untuk meneruskan sesuatu pekerjaan.
Ambillah masa untuk beristirehat atau melegakan fikiran dengan mendengar ayat-ayat suci Al Quran atau juga lakukan sesuatu yang berfaedah yang boleh memberi kelegaan kepada minda. Idea baru atau strategi juga boleh dijana dengan membaca kisah-kisah motivasi atau pengalaman-pengalaman orang lain. Harus diingat, merehatkan minda dan menjana idea jangan kita leka dengan masa hingga kerja kita terabai kerja yang sepatutnya disiapkan dan strategi yang perlu dicapai.
No comments:
Post a Comment