Bismillah...
Detik yang ditunggu semakin hampir, perasaan teruja mahu menyambut Ramadhan tidak dapat digambarkan. Ramadhan yan banyak mengamit pelbagai nostalgia. Hati tidak sabar dan harapan sarat menggunung agar Ramadhan kali ini dapat disempurnakan dengan lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu. Maka apabila menyambut Ramadhan azam sudah pasti perlu sudah tersenarai apa yang mahu dipertinngkatkan. Sebagai contoh jika sebelum ini kita mampu khatam Al Quran sekali sahaja dalam bulan Ramadhan maka adalah lebih elok jika bulan ini ditingkatkan kepada 2 atau 3 kali khatam. Jika sebelum ini kita hanya membaca tanpa menghayati maka ramadhan kali ini sebaiknya membaca dengan memahami apa isi kandungannya. lebih baik lagi jika disemak tafsir ayat-ayat al Quran itu.
Menyambut Ramadhan bukan hanya memikirkan tentang peningkatan amalan ibadat, namun yang utama juga sejauh mana mahu membuat perubahan pada diri sesuai dengan peningkatan amalan. Contoh ada yang pada bulan Ramadhan belajar untuk menutup aurat maka mereka ini perlu belajar untuk lebih istiqamah. Ramai yang kita perhatikan mereka yang tidak solat apabila tiba Ramadhan mereka berpuasa. Realtinya ramadhan seperti tidak mendidik mereka untuk menjadi lebih insaf bila puasa itu mampu mereka kerjakan tetapi bila dalam hal solat mereka tidak mengambil berat. Oleh itu mari kita sama-sama muhasabh diri agar yang baik dikekalkan mana yang buruk kita cuba jauhi..sesuai dengan Ramadhan kareem yang menjadi medan tarbiyyah rohani...
Wallahuaalam.
https://www.youtube.com/watch?v=W0kH-05H1t8&feature=youtube_gdata_player
No comments:
Post a Comment