Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, July 20, 2013

Tazkirah Ramadhan: kelebihan Membaca Al Quran


Bismillah..

Hari ini sudah malam ke 12 kita menjalani ibadat puasa. Moga segala amalan kita diterima. Sebagaimana yang kita semua maklum membaca Al Quran adalah aktiviti  atau amalan yang perlu diisis disepanjang Ramadhan. Mungkin ada yang mahu khatam satu, 2, 3 dan sebagai. Ia amat bagus kerana kita ada target tertentu untuk membaca Al Quran, tetapi perlu diingat kita bukan sekadar membacanya sahaja tetapi perlu mendalami isi-isinya. Maka dengan membaca tafsir Al Quran ia akan membantu meningkatkan kefahaman kita tentang apa yang mahu diperingatkan kepada kita oleh Allah.



Banyak kelebihannya apabila kita bukan setakat membaca tetapi mentadabbur kandungan Al Quran kerana ia akan lagi mendekatkan diri kita dengan Allah. Perhatikan kenapa ada orang yang bila diperdengarkan ayat suci maka bergetar hatinya, ada yang bila dia mengalunkan ayat suci maka airmatanya berguguran dan ada yang bila diperdengarkan ayat suci Al Quran datang rasa takut dengan azab Allah kepada yang mengingkari.

Lalu inilah yang membezakan tahap iman orang yang membaca al Quran. Sekadar ingatan untuk diri sendiri.. ditahap manakah diri ini? Jika belum sampai tahap bergetar hati dan jiwa maka iman kita masih ampuh.. kita masih jauh dari Allah dibanding mereka yang dekat kepadaNya. Biar apapun, kita masih ada peluang untuk mendidik jiwa dengan mengamalkan Al Quran. Moga hidup kita, akhlak kita sebagaimana akhlak baginda Rasul... "kana khulukuhu al Quran".. Ameen
Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment