Bismillah..
Isu yang mahu diketengah adalah tentang kerjaya, bercerita tentang kerjaya ramai yang mengatakan kita perlu FOKUS.. saya 100% bersetuju. Namun ada dua pendapat satu yang mengatakan kita perlu fokus pada satu kerjaya satu lagi mengatakan kita boleh mempunyai pelbagai kerjaya jika boleh membahagikan masanya dengan baik. Maka sudah pasti saya memilih pendapat yang ke dua. Itulah perjalanan yang saya lalui sudah berbelas tahun. Mungkin saya tidak hebat sebagaimana orang lain dalam kerjaya yang diceburi tetapi apa yang pasti saya puas dengan setakat yang termampu saya raih.

Hakikatnya kesemua kerjaya ini membantu setiap satu darinya. Sebagai pemdidik itu adalah minat saya sejak kecil. Pernah hampir setahun saya bercuti dari dunia pendidikan namun hati saya tidak bahagia.. saya kembali duduk dalam arus pendidikan.. selama dua tahun saya juga memperlahankan lajak dalam perniagaan namun ia tidak juga menggembirakan saya.. Lalu saya membuat keputusan kepada diri bahawa setiap kita boleh untuk ada pelbagai kerjaya asalkan kita mampu, berkemahiran, ada minat dan yang paling penting adalah NIAT DAN MATLAMAT.
Saya masih menggalas tugas itu kerana saya ada niat dan matlamat yang jelas apa yang saya mahu dalam kehidupan ini. Sebagai pendidik saya dapat mempraktikkan apa yang saya pelajari kepada anak didik saya, melahirkan mereka menjadi guru, kaunselor yang cemerlang, sebagai motivator/kaunselor ia membseri ruang untuk saya berkhidmat kepada mereka sekaligus bila mereka berjaya ia satu kepuasan.. manakala sebagai ahli bisnes saya mampu menggunakan sumber yang ada untuk memberi kepada masyarakat.. dan sebagai penulis saya mampu menjadi daie dengan approach tersendiri, menyampaikan idea dan saranan...
Maka untuk berjaya saya perlu fokus setiap satunya dengan cara tersendiri. Tip pertama untuk berjaya sebagai seorang wanita bekerjaya yang juga ibu maka PRIORITI UTAMA adalah keluarga. Ada juga yang hanya ada satu kerjaya, tetapi mereka masih tercari-cari hala tuju.. Maka pandangan saya yang masih juga belum sempurna ini ia tidak lain iaitu meletakkan sesuatu itu untuk mencari redha Allah maka DIA akan mempermudahkan kita banyak perkara.... Cabaran akan ada namun Allah yang akan memberi kita kemudahan dan rahmatnya. Apa yang penting segala hasrat itu perlu tulus ikhlas KERANA ALLAH. Kita tidak mengharap pujian dari manusia namun kita mengharap KEAMPUNAN dariNya dalam setiap apa yang kita lakukan..
Ya Allah terimalah segala amalan kami.. masukkan kami ke dalam Jannatul Firdaus..Ameen
Ibtighaa mardhatillah...
ummu eiman ihsan
No comments:
Post a Comment