https://www.facebook.com/photo.php?v=1396119690602428&set=vb.217038473158&type=2&theater
Bismillah.
Hari ini mahu berbicara tentang realiti kehidupan. Ramai dikalangan kita yang tidak dapat menerima realiti kehidupan yang berlaku. Ada yang bersedih hingga membawa mudarat pada diri. Ada yang tidak boleh menerima hakikat kepada realiti yang berlaku itu hingga menjadi pendendam. Dan pelbagai lagi kesan yang berlaku bila realiti kehiduan yang terjadi tidak sebagaimana diimpi. Ramai yang kecewa dengan apa yang berlaku, ada yang berniaga mengharap menjadi kaya namun akhirnya menempuh kegagalan, ada yang mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati mengharap bahagia namun terkecewa, ada yang bersahabat setulus hati namun tidak sebagaimana disangka. Ada yang sihat walafiat tiba-tiba mendapat sakit kronik. Lalu siapa yang perlu dipersalah?
Inilah realiti hidup.. ada banyak perkara yang tidak dijangka melewati hidup kita. Maka jika kita seorang yang positif semua itu akan kita lihat sebagai satu pengalaman hidup yang boleh memtangkan kehidupan. Allah mengajar dan memberi ilmu pada hambaNYa dengan cara tersendiri. Tetapi tidak ramai yang mahu belajar dari UNIVERSITI KEHIDUPAN. Ramai yang menyalahkan orang lain, diri sendiri, bahkan menyalahkan takdir atas segala yang menimpa.. Maka mereka tidak belajar dari peristiwa. Peristiwa dan perjalanan rutin kehidupan yang tidak dapat mendidik insan akan menjadikan mereka orang biasa-biasa. Kejayaan hidup yang sebenar tidak akan dapat diperoleh kerana realiti kehidupan tidak dapat diterima oleh diri dengan positif.
Orang yang bahagia adalah mereka yang boleh menjalani kehidupan dengan sentiasa menghayati peristiwa sebagai proses belajar. Maka mari sama-sama kita pelajari dan hayati realiti kehidupan agar ia dapat membantu diri memahami konsep hidup dan menerima bahawa hidup ini PASTI DIUJI.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment