Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Monday, April 28, 2014

Dilemma wanita dan kerjaya



Bismillah,

Wanita yang bekerjaya seringkali berada dalam dilemma. Kisah yang saya lontarkan dalam travelog empayar jiwa sudah pasti perlu jadi panduan buat wanita. Ada ketika kita ada pilihan namun kita susah mahu memilih lalu ia menjadi satu dilemma buat wanita.

Wanita yang punya kerjaya namun kerjaya itu memaksa dia berjauhan dengan suami. Ia bergantung kepada kefahaman kerana pengorbanan suami isteri dituntut. Jika isteri perlu bertugas jauh dan suami pula ada komitmen kerja di tempat sedia ada memaksa mereka berjauhan. Lalu wajarkah si isteri berada jauh? Jika ada anak-anak yang perlu diurus, balik atau bertemu sekali sekala. Namun dek kerana ia punca pendapatan bersama maka si isteri harus meneruskan tugas dan kerjaya.

Ia satu perngorbanan bersama, Benar sekali. Namun ada risikonya. Bila berjauhan ada banyak kes berlaku. Ada suami atau isteir yang curang. Tidak memegang janji dan amanah bersama. Contoh bila jarak masa lima tahu berjauhan pasti ada hati yang tidak sabar dengan ujian. Maka ada kes suami kahwin lain tanpa pengetahuan isteri. Ada isteri yang punya kekasih gelap diluar.

Bila hal ini berlaku maka wanita bekerjaya masih relevankah. Ada yang menyesal kerana bertugas jauh kerana dari situ suami ambil kesempatan kahwin baru. Rasa diri teraniaya kerana mereka keluar mencari kerja untuk keluarga.

Maka jawapan saya mudah, ia bergantung pada sikap dan prinsip yang dipegang oleh individu. Ramai yang berjuahan tapi boleh setia. Namun jika tidak mampu atay tidak mahu menanggung risiko buat pilihan untuk tinggalkan kerjaya dan duduk sahaja di samping suami. Jika duduk setia bersama pun suami tetap ada cinta yang lain maka, berlapang dada dengan takdir. Jodoh itu ditangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang.

Wallahuaalam.

Saturday, April 26, 2014

Kasih Sayang siri 11


Bismillah,

Kisah bersama usahawan tentang ibunya lama saya simpan, namun ternyata Allah itu mahu saya belajar dari pengalaman. Beliau sering bercerita tentang adiknya di kala pertemuan. Namun tiada yang buruk semuanya baik-baik sahaja. Cuma dia pernah memaklumkan yang adiknya juga minat berniaga. Bertahun masa berlalu saya pula ada beberapa kali bertemu beliau, itu pun adakala secara kebetulan.

Dua tahun masa berlalu, saya akhirnya tanpa disangka dipertemukan dengan seorang hamba Allah. Apabila mendengar kisah rupa-rupanya dia merupakan adik kepada pemilik kedai runcit yang telah lama saya kenal. Saling berkongsi maklumat, ternyata beliau yang ramah orangnya mudah didekati dan disenangi. Bila melihat wajah yang amat berbeza maka baru saya maklum mereka berdua adik beradik dari ayah yang berlainan. Bertemu dan mengenali dua insan yang sya tahu kisahnya, maka ia membuat saya teringat kata-kata si kakak bahawa ibunya lebih kasih kepada adiknya. Hati saya lalu berkata... patut lah... walau realti mungkin ia bukan apa yang saya fikirkan.

Si adik rupanya juga berniaga nasi di tepi jalan. Allah menggerakkan hati saya dalam perjalanan untuk ke pejabat, saya singgah di gerai beliau. Maka dari situ saya bertanya adakah suaminya bekerja makan gaji. Beliau menyatakan bahawa suaminya mengusahakan kedai makan. Beliau pula menjual nasi sekadar mengisi masa menunggu dua anaknya balik dari sekolah. Katanya beliau tidak cmapur hal kedai suaminya kerana sudah ada pekerja. Ibunya tinggal bersama dengannya, jadi dia lebih betah untuk berada di rumah. Saya membayangkan bagusnya beliau berniaga untuk manffatkan masa yang ada. Dia ternyata ada kerajinan. Mungkin tidak semua seperti dia.

Mengenali watak beliau maka ia banyak membantu saya untuk mengerti kenapa seorang ibu dilihat cenderung untuk kasih kepada anak berbeza-beza. Mungkin pada mereka sama sahaja, tapi tidak pada yang melihat. Sebagai ibu sudah pasti anak yang lebih dirasakan selesa bersama akan jadi tempat mereka menumpang teduh semenatara menanti tamat usia. Bila anak prihatin dan pandai melayan maka ibu tidak akan merasa kekok untuk tinggal bersama, apalagi jika menantu juga amat memahami.
Sungguh benar, kasih sayang tidak boleh diukir dengan nilai wang namun kasih sayang mampu membeli banyak perkara. IA nilai yang tiada nilai harga.

Wallahuaalam.

Friday, April 25, 2014

Kasih Sayang siri 1



Bismillah,

Berkongsi satu kisah yang banyak menyedarkan diri bahawa masa yang ada boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara seandainya kita mahu dan rajin. Saya mengenali seorang wanita yang gigh berniaga. Beliau berasal dari Pantai Timur, berkahwin dengan orang berasal dari Kuala Lumpur membawanya menetap di Lembah Klang.

Dara berniaga membawa dirinya membuka sebuah kedari runcit. Walau bersaing dengan kedai Aceh dan sebagainya namun dia mampu untuk sentiasa maju. Kegigihan berniaga tidak di sangkal bila apa sahaja yang ada akan beliau ambil peluang. Berniaga barangan keinginan wanita juga menjadi piliihan. Dari periuk belanga cadar dan sebagainya. Bertahun-tahun mengenali beliau maka saya menjadi tempat untuk engadu masalah. Menjadi kaunselor perlukan saya menjadi pendengar setia segala persoalan dan permasalahan beliau.

Maka seperti biasa penyelesaian mudah adalah kembali pada Allah. Salah satu yang paling membuat saya tersenyum bila dia merasakan dirinya tidak menjadi pilihan ibu. Bahkan adiknya lebih disenangi dan disayangi ibu. Mengapa saya tersenyum kerana saya teringat dua anak remaja peremupan saya. Saya juga teringat kata-kata kakak sulong yang mengatakan ibu saya lebih ingat pada kakak ke tiga saya berbanding mereka yang lain. Bagi yang menjadi ibu sudah pasti jawapan 'semua anak disayangi... namun ia bukan seperti sekeping kek yang boleh di bahagi-bahagi. Kasih sayang sangat subjektif.

Banyak hal-hal berkait kasih sayang dikongsi dan dibincangkan dalam group kaunseling yang saya kendalikan bersama pelajar namun sebagaimana bicara... ia mata subjektif untuk dirungkai, bahasa badan belum tentu memberi ketepatan pada apa yang ada disanubari. Jika kita mengatakan ibu lebih sayang anak yang lain dari kita, maka tanya diri kita yang juga punya anak-anak... Bagaimana? Tepuk dada tanya sanubari, jawab dalamn hati....

Wallahuaalm.

Wednesday, April 16, 2014

Tentang Persahabatan


Erti persahabatan
Ia muncul dalam ketawa,
Ia pergi saat duka menjerat jiwa
Ada tikanya
Ramahnya hanya sandiwara
Ungkapannya sekadar sendaloka

Dia yang digelar sahabat  
ada tikanya menikam hati
membekas pedih dan menghiris rasa
Bahasanya yang tajam
rakusnya tindakan
Hakikatnya dia duri dalam persahabatan,
Kenangan  terpahat
Cerita yang tersurat
Menggamit kesedihan
Menggaris luka yang terpendam
Tercari aku sahabat sejati  
Umpama As- Siddiq dan Al Faruq
Menjadi perisai Baginda Nabi

Sahabat,
sering menyapa ketika sendu,
selalu bertanya kala berduka
Menjadi peneman segala suasana
Penghibur dan penglipur lara

Hilang ia tidak berganti


Nukilan,
Ummu Iman Ihsan

Monday, April 14, 2014

Mencari Kerja Part-time


Bismillah,

Pelajar yang sedang menanti keputusan peperiksaan atau juga menunggu jawapan perkerjaan selalunya apa yang mereka isikan masa yang ada. Mungkin ada yang mengambil lesen kereta, kerja sementara di kedai-kedai, menolong keluarga, bercuti atau pelbagai lagi aktiviti boleh dibuat. Paling kesian bila ada yang membuang masa melepak dengan rakan-rakan tanpa ada rasa kerugian.

Wednesday, April 9, 2014

Pengalaman mendidik hati nurani



Bismillah,

Ada banyak perkara yang kita buat dalam kehidupan berdasarkan pilihan sendiri. Ada yang susah ada yang mudah. Begitu juga saya. Ada perkara yang saya pilih semata-mata mahu mendidik hati dan jiwa sendiri. Mahu menyelami bagaimana rasa melakukan perkara yang susah. Apa rasanya meletakkan diri di tempat, keadaan dan situasi begitu. Ia membantu diri untuk menyelami dan menghayati apa rasanya berada dalam situasi yang sekiranya kita tiada pilihan lain melainkan terpaksa melakukan. Lalu bila kita berada di situasi itu kita akan merasa bersyukur diberi nikmat dan anugerah oleh Allah.

Perjalanan kita walau ada susah dan payah, namun kita ada banyak pilihan. Bahkan kita mungkin boleh meriba tangan sahaja, tidak perlu berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat seperti insan yang kehidupannya kais pagi makan pagi. Melakukan kerja itu sebenarnya akan mendekatkan kita kepada Rabb Yang Maha kuasa betapa hidup di dunia ini tiada beza antara kita semua melainkan taqwa.

Mendidik hati untuk bertaqwa jika tidak dapat merasai kehidupan si miskin maka kita akan menjadi bakhil. rasa segala kita yang punya. Melalui kehidupan dengan jerih payah mendidik diri agar bersyukur saat diberi dan jangan berputus asa bila diuji. Apa yang ada pada diri adalah pinjaman yang sementara. Lalu berpuasa dan bekerja di panas terik membenarkan fizikal untuk merasai betapa diri masih dapat meneguk rasa enak makanan di waktu berbuka, diri masih berpelunag bermalas-malas dan berehat bila kepenatan. Lalu bagaimana dengan mereka? Masihkan ada ruang dan peluang? Mungkin tidak di dunia namun jika taqwa mereka lebih dari kita sudah pasti ganjaran buat mereka di akhirat sana.

Maka bersyukur Ya Allah. Memberikan sekelumit ruang untuk bernafas dan mendidik diri ku ini menghayati dan merasai.... sungguh diri ini ada ketika menzalimi diri sendiri. Hadir segala nikmat pemberian dari MU masih kurang rasa bersyukur, masih tidak setimpal dengan amal yang diperbuat. Lalu jalan ini ku pilih moga dengannya aku terdidik, darinya aku belajar untuk sentiasa melihat bumi yang ku pijak dan tidak hanya mendongak laingit yang di atas.

Wallahuaalam.

Sunday, April 6, 2014

Diari Seorang Penulis


Bismillah,

Lama sungguh tidak singgah di sini. ia tiada alasan melainkan masa yang amat cemburu. Aktiviti menulis lebih terarah kepada menyiapkan buku yang masih lagi terbengkalai. Bila di buru editor maka lajulaj sedikit. Menulis perlu menjadikan ia seperti nadi, ia perlu sentiada digerakkan menjana darah ke seluruh aliran badan. Begitu juga menulis. ia perlu di catat apa sahaja yang ada di fikiran setiap hari.

Ilham akan hadir tidak kira masa, namun adakala ia tergendala dek terlalu banyak yang perlu diselenggara. Urusan kelurga, kerja dan sebagainya merupakan perkara yang menjadi cabaran bagi yang mahu menulis. Menulis juga perlu ada pertambahan ilmu. Berlomggok buku disediakan untuk tatapan minda, pun begitu ia susah untuk dihabiskan. Walauapa pun ia perlu ada untuk menjadi rujukan kerana menulis bukan hanya pada ilham tetapi pada ilmu yang digali dan dicari.

Moga untuk kali ini dipermudahkan misi menulis kembali bait-baik Membina Emapayar Diri, mencari diri menuju redha Ilahi. Ameen.

Waalhuaalam