SELENDANG BAWAL
Saya bermula dalam trading sewaktu saya di tingkatan 4. Saya bersekolah di SMA Maahad Muhammadi Perempuan Jln Merbau, Kota Bharu.
Satu ketika bersembang dengan seorang rakan sekelas, tentang cita cita untuk ke Mekah. Kata sahabat itu bapanya sudah menyediakan duit 5 ribu dalam setiap akaun dia dan adik beradiknya. Saya katakan beruntung jadi anak orang kaya.
Saya tahu sahabat saya ini bapanya seorang ahli bisnes, maka tidak pelik beliau sekarang ini menjadi konsultan dalam bidang finance, mengajar di universiti berprestij.
Pulang ke asrama saya terfikir bagaimana mendapatkan 5ribu seperti beliau ada. Mustahil pelajar yatim penerima biasiswa seperti saya boleh mengumpulkan duit sebanyak itu.
======
Ternyata Allah mendengar bisikan hati. Sahabat seasrama saya, ibu dan ayahnya baru pulang dari bermastautin di Mekah sejak sekian lama. Ayahnya menjadi guru di pondok Moden dan ibunya merupakan tukang jahit.
Ibunya menjahit pelbagai jenis jahitan, ada selendang bawal, telekung, cadar dan pelbagai lagi. Jahitannya sangat cantik dan halus. Pekerja yang mereka upah adalah dari Siam jadi kosnya waktu itu amat murah.
Mereka perlukan orang yang boleh membuat marketing. Maka saya menawarkan diri untuk cuba pasarkan. Bagusnya saya diberi consignment. Jika tidak mana mungkin pelajar miskin seperti saya mampu untuk bermodal.
Strategi pertama saya adalah memasang agen. Agen itu adalah kakak-kakak saya sendiri, juga saudara mara yang juga kaki bisnes.Konsepnya dua /tiga kali bayar. Harganya digandakan lebih sedikit dari harga jual yang biasa. Mahu bayar cash pun harga sama juga.
Produk berkualiti, design terkini menjadikan selendang bawal menjadi jualan yang hit. Tunjuk sahaja tak perlu cakap banyak kerana produk tersebut yang berbicara.
Tak sampai setahun saya mampu mengumpulkan duit mencecah 5ribu dal bank. Melihat angka 5k tertera pada buku bank ia sangat mengujakan. Ia titik peluh yang amat berbaloi bagi saya yang baru berjinak-jinak dal perniagaan.
Benarlah berniaga itu membuka sembilan pintu rezeki.
Dah ada duit 5 ribu, agak apa saya buat? itu dibelanjakan?
Dah ada duit 5 ribu, agak apa saya buat? itu dibelanjakan?
No comments:
Post a Comment