Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Thursday, March 12, 2015

Petua Panjang Umur



Bismillah,

Dalam siri TV Al Khawater yang ditayangkan di Channel Al Hijrah adalah bagaimana mendapatkan usia yang panjang. Interview bersama 3 orang yang lanjut usia mereka memberikan pelbagai input. Seorang warga emas dari Jepun berusia 96 tahun berkongsi tip panjang umur dengan menjalani cara hidup sihat. Wanita emas ini mendedikasikan masanya berkebun sejak berusia 60 tahun. Bahkan masa yang diambil adalah selama 8 jam sehari. Apabila umurnya sekarang ini berumur 96 masa yang diperuntukkan adalah 3 jam. Beliau gigih dan berdikari dalam banyak perkara. Paling mengujakan beliau masih memasak makanannya sendiri. Katanya diakhir bicara, beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dihujung usianya. Beliau mengharapkan agar jika sampai masa untuk pergi, dia akan mati dengan mudah.


Seorang warga emas dari Amerika Syarikat pula berusia 106 tahun. Dr Henry di usia emas ini masih lagi mengekalkan gaya hidup sihat dengan mewajibkan dirnya bersenam dan mengunjungi gym untuk beriadah. Beliau masih kuat memandu kereta sendiri. Tip panjang umur yang diamalkannya adalah hidup bahagia dan sentiasa meraikan bersama keluarga. Kehidupan beliau yang dikelilingi anak-anak, cucu-cucu serta orang sekeliling yang sentiasa gembira dengan kehadirannya sekaligu membawa kebahagiaan. Apabila ditanya tentang apa yang pahit dalam hidup dia tidak mampu mengingati apa yang pahit bahkah sentiasa melihat kehidupan dengan optimist. Hanya ketika isterinya meninggal dia merasakan kehidupan agak muram namun selebihnya beliau memilih untuk hidup dengan bahagia dihujung usia.

Insan ke tiga adalah warga Arab yang berusia 86 tahun. Apabila ditanya apakah yang membuatkan dirinya mampu bertahan dan sihat serta kuat. Katanya beliau bersyukur dengan apa yang ada. Paling penting menurut warga emas ini kita perlu mempunyai jiwa yang tenang. Sentiasa redha dengan ujian maka hidup akan sentiasa ada matlamat dan boleh menerima segala ujian dengan pasrah. Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah adalah perkara yang penting selain menggunakan masa dengan berhemah.

Kesimpulannya, panjang umur, murah rezeki adalah semuanya dari Allah. Kita sebagai insan perlu berdoa dan berusaha. Umur yang panjang adalah satu rahmat apabila kita mampu memanfaatkan untuk agama dan ummah. Selain memastikan umur yang panjang itu diserikan dengan ibadah yang terbaik dari hari ke hari. Murah rezeki adalah menjadi barakah dan menjadi jambatan ke negeri abadi bila ia digunakan untuk fi-sabilillah.

Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki agar kita dapat beribadat denan berjuang di jalan Allah. Ameen.



No comments:

Post a Comment