Bismillah,
Perilaku dan akhlak Rasulullah yang sangat mulia terhadap sesama manusia serta selalu berbuat baik kepada siapa saja menjadikan baginda sebagai contoh teladan yang baik (uswah hasanah). Rasulullah sebagai Rahmatan lil-Aalamin mempunyai empat sifat yang wajib ada pada Baginda.
Sifat ini boleh menjadi guideline bagi setiap individu yang tahu dan bermatlamat menuju hidup yang hakiki. Apa dan bagaimanakah individu boleh menerapkan sifat ini dalam kehidupan seharian?
-----------------------------
Contoh:
Contoh:
+Siddiq/Benar : Benar pada setiap perkataan atau perbuatan biarpun yang tahu kejujuran hanya Dia. Yakin Allah mencatat setiap gerak-geri maka tidak perlu diawasi.
+Amanah : Bila diberi amanah melakukan tugas maka perlu diselesaikan dan dijayakan. Maka tidak perlu ada supervisor atau CCTV yang meneropong dimana, apa kita buat kerana ada Mata yang tidak dilihat tapi melihat sentiasa memantau dan memerhatikan.
+Tabligh/Menyampaikan : Tidak lokek dengan ilmu pengetahuan dan sentiasa mahu menyebarkan apa yang baik dan manfaat kerana yakin setiap perkara ada ganjarannya. Sentiasa MAHU dan ingin memperkayakan diri dengan ilmu serta tidak jemu dan malu bertanya bila tidak tahu.
+Fatonah/Bijaksana : Bijak membuat timbang tara atau membuat keputusan berdasarkan baik dan buruk serta mampu mengambil risiko yang terbilang.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)
No comments:
Post a Comment