Bismillah
Lazy eye masalah yang boleh dirawat jika dapat diketahui dari awal. Ia masalah saraf mata yang mana biasanya mata yang lebih kuat digunakan dan menyebabkan mata yang lemah menjadi malas. Inilah biasanya yang berlaku pada anak-anak.Ia boleh dirawat dan mampu sembuh jika dapat dikesan lebih awal..
Anak-anak yang lahir dalam keadaan begini biasanya tidak tahu dan menyedari bahawa mereka sebenarnya rabun. Mengambil contoh anak saya sendiri, disebabkan biasa melihat warna/benda yang kabur sejak kecil jadi beliau tidak tahu apa ertinya melihat sesuatu dengan jarak yang normal dan jelas.
Kebiasaannya kanak-kanak di tadika aliran biasa susah untuk diketahui kerana abjad rumi atau jawi menggunakan huruf yang banyak, berbanding tadika yang mengajar Bahasa Cina, ini kerana tulisan cina yang mana satu huruf sudah satu perkataan. Maka bila kanak-kanak silap guru atau ibu bapa mudah mengenal pasti simpton lazy eye.
Anak saya sewaktu darjah tiga tidak dapat membaca kamus tanpa berkaca mata. Bahkan menurut doktor pakar beliau diusia yang lanjut jika tidak dirawat ia mampu membawa kepada hilang daya penglihatan. Ssehingga hari ini jika tanpa kaca mata beliau tidak mampu membaca jarak dekat.
Bagi merawat lazy eye, kanak-kanak memerlukan terapi khas bagi melatih mata yang lemah menjadi kuat. Biasanya dengan menggunakan eye patch dan membuat latihan tertentu yang diberikan oleh pakar terapi. Selain itu anak-anak boleh diberikan pemakanan yang sihat atau supplemen yang khas untuk menambah baik penglihatan.
No comments:
Post a Comment