Bismillah,
Memetik tulisan saya di mukabuku setelah menonton kejayaan Dato Lee Chong Wei pada Kejohanan Badminton Terbuka China.
"Gagal bukan bermakna tidak boleh bangkit, ia hanya perlukan sedikit KEPERCAYAN bahawa kita mampu mencipta kejayaan berkali-kali".
#beliefinyourself
Realitinya kehidupan kita ini akan sentiasa berselirat dengan ujian dan cabaran. Bahkan kejayaan kecil atau besar akan hadir berselang-seli kegagalan. Semua ini bergantung kepada interpretasi atau terjemahan, pemahaman diri kita sendiri pada makna kejayaan dan kegagalan bagi diri.
Pada setengah individu satu kejayaan kecil adalah satu kejayaan besar bagi mereka. Contoh ada anak yang berjaya masuk persembahan mewakili sekolah pada hari anugerah sudah satu kejayaan buat anak mereka. Namun ada juga ibu bapa yang melihat anak yang menerima anugerah nombor wahid dalam kelas dilihat berjaya.
Samalah juga dengan kegagalan. Ada orang melihat gagal, namun sebaliknya ada orang melihat pada sisi kejayaan. Bagaimana kegagalan boleh diistilahkan sebagai berjaya?
Umpama seorang peniaga yang rugi dan terpaksa membeli cukai kebodohan apabila ditipu dan sebagainya, namun beliau melihat itu sebagai satu pelajaran. 'Lesson learn' ini membantu beliau meraih kejayaan yang lebih besar dan sekaligus membantu untuk TIDAK ditipu kali ke-dua maka dia mula berwasapada dan belajar dari kesilapan. Lalu rugi itu tidak dilihat sebagai, tetapi kejayaan BELAJAR SATU PERKARA BARU.
Maka untuk berjaya perlu ada mindset MAHU berjaya dan berdepan apa jua kesukaran. Gagal bukan bermakna gagal, namun ia satu latihan untuk diri. Latihan bagi mental agar boleh menerima apa juga cabaran, dan mencari strategi kejayaan baru.
Kejayaan juga memberi makna tersendiri bahkan ia boleh mengheret diri untuk gagal jika kita hanya berbangga dengan kejayaan tersebut tanpa cuba membuat penilaian bahawa apa makna kejayaan tersebut buat diri dan orang sekeliling. Jangan hanyut dengan kejayaan sedia ada, kerana ada banyak lagi kejayaan perlu dicipta, pada setiap masa.
Wallahuaalam.

No comments:
Post a Comment