Bismillah,
Menonton movie Boyhood yang ditayangkan di Astro Boxoffice semalam adalah antara movie yang begitu sarat dengan mesej. Movie yang mendapat anugerah Grammy Award ini sememangnya layak dinobatkan sebagai pemenang.
Jangkamasa 12 tahun membuat pergambaran mengikut perjalanan kehidupan seorang budak lelaki bernama Mason Junior tidak mudah. Namun ternyata ia amat berbaloi.
Cerita yang ini pada saya bukan hanya melihat dari sisi kehidupan seorang anak yang sedang membesar, mempunyai pelbagai ragam, dilemma dan cabaran remaja masa kini. Sisi lain yang dapat difahami adalah bagaimana cabaran seorang ibu tunggal yang berdepan cabaran hidup. Membesarkan anak-anak, mempunyai suami yang kurang bertanggungjawab, berkahwin pula dengan suami yang berpendidikan tetapi ketagih arak. Malang buat yang kesekian kalinya bila suami yang ketiga tidak bekerja dan terpaksa ditanggung.
Kisah ini banyak memaparkan dialog yang cukup terkesan antara ibu dan anak, ayah dan anak, serta guru dan murid. Cerita ini amat bagus untuk ditonton terutama dalam memahami kehidupan remaja, bagaimana cara mereka berfikir. Ia juga secara tidak langsung memaparkan realiti kehidupan dan cabaran kehidupan yang perlu ditempuh oleh anak mangsa perceraian, juga isteri dan ibu yang menggalas peranan dan tanggungjawab di rumah juga sebagai pencari rezeki.
Pengaruh rakan sebaya juga boleh diperlihatkan dalam filem ini. Betapa dalam menuju kedewasaan anak-anak yang belum matang akan terdedah dengan dadah, alkohol dan sebagainya. Bahkan dalam cerita ini juga diselit sedikit pendidikan seks bagi remaja, terutama mengelakkan dari mengandung di usia remaja.
Cara hidup Barat dapat dilihat bila remaja bebas bergaul, namun hakikat ia juga ada dalam masyarakt kita. Paparan cerita ini setidaknya membuka mata kita untuk lebih faham kehidupan anak-anak.
Belum terlambat untuk mendidik anak-anak kita dengan cara hidup Islam, termasuk diri kita.
Wallahuaalam.

No comments:
Post a Comment