Bismillah,
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perawai Hadith
Hadis ini bila kita beramal dengannya maka kita akan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hamzah, iaitu Anas bin Malik. Beliau berkhidmat dengan Nabi Muhammad s.a.w sejak usia 10 tahun.
Beliau dibawa ibunya Ummu Sulaim dan meminta Nabi agar Anas r.a berkhidmat untuk baginda. Ummu Sulaim meminta agar Rasulullah mendoakan Anas. Nabi mendoakan perbanyakkan hartanya, ramaikan anaknya, panjangkan umurnya, berkatilah dia, dan masukkannya ke syurga.
Beliau meninggal di usia seratus tahun, kebun kurmanya berbuah dua kali setahun, dan boleh mengeluarkan haruman kasturi. Manakala ada riwayat mengatakan anak dan cucunya hampir 80 orang.
Anas r.a berhijrah ke Basrah dan meninggal 93 Hijrah. Beliau antara sahabat nabi yang terakhir meninggal. Bahkan beliau sempat mengalami dua kiblat. Iaitu mengadap ke Baitul Maqdis dan Kaabah. Anas r.a telah meriwayatkan 2200 hadith, beliau paling banyak mendengarkan hadith Rasulullah.
Keterangan
Hadis ini sangat istimewa, mempunyai kesan yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat. Adanya sifat kasih sayang sesama insan akan membawa kemakmuran. Secara simboliknya jika kita tidak suka perkara buruk berlaku pada diri maka, kita tidak suka juga jika ia berlaku pada orang lain.
Apabila kita memperoleh sesuatu kita juga mendoakan agar saudara kita memperolehinya. Muslim yang baik itu dia tidak suka berlaku pada dirinya, maka dia juga tidak suka berlaku pada saudaranya.
Imam Sudi beristighfar kerana perkataan Alhamdulillah hasil dari makluman tempat tinggalnya terbakar. Ia mengambarkan keprihatinan beliau terhadap orang lain. Maka bila beramal dengan hadis ini semua insan saling merasa kesusahan dan kesenangan.
Apa yang mahu dijelaskan bahawa, menyukai kebaikan yang berlaku pada orang lain itu wajib. Ia dituntut, terutama saudara seIslam. Namun sebaliknya ramai yang tidak suka dan berhasad dengki. Maka tidak sempurna iman bila kita suka berlaku kebaikan pada orang lain dan mendoakan keburukan.
Ia tanda ukuran iman kita. Begitulah agama mengajar agar menolong dan membantu. Maka benarlah bahawa Mukmin itu bersaudara. Apabila terucap kalimah syahadah maka orang itu adalah saudara seakidah.
Ikatan akidah itu lebih kukuh berbanding ikatan suami isteri, saudara mara atau apa jua hubungan. Saudara seagama tidak akan berpisah selama-lamanya. Insan punyai latar belakang berbeza, namun saat mengucap kalimah syahadah semuanya sama. Biarpun berkulit putih atau gelap, berlain keturunan dan kaum.
Maka seorang Muslmim itu sempurna apabila dia mengasihi saudaranya. Ini telah ditonjolkan oleh golongan Ansar yang membantu Muhajirin apabila berpindah ke Madinah. Pembelaan golongan Ansar ini termaktub dalam al Quran. Mengutamakan orang lain dalam kehidupan.
Kisah yang boleh diambil iktibar sewaktu berlaku Perang Yarmouk. Sahabat yang terlibat antaranya Ikrimah bin Abu Jahal, Suhail bin Amru dan Al Harith bin Sham. Mereka cedera lalu ada yang membawa air untuk disuap. Lalu diberi pada Ikrimah, Ikrimah ditunjuk pada Suhail, maka Suhail tunjuk pada al Harith. Al Harith mengatakan bawalah pada Ikrimah, namun bila dibawa pada Ikrimah namun beliau telah syahid, dan begitu juga Suhail dan begitulah juga Al Harith.
Mereka gugur syahid dalam keadaan sanggup berkorban untuk orang lain.Hidup dalam harmoni dan tolong menolong ini akan membawa kepada kesempurnaan iman.
Iman akan terjelma bila kita mengasihi perkara yang baik. Imam Syafie adalah tokoh yang besar. Katanya "aku mengharapkan agar manusia faham ilmu fekah tanpa menyandarkan pada diriku"
Kadang-kadang orang yang menolong tidak seberapa, tapi membuat gempak seolah dia terlalu hebat. Mahukan pengiktirafan dan pujian. Maka hakikatnya di sini ikhlas itu sangat bermakna buat insan.
Iman itu terdiri dari tiga elemen iaitu ikrar di hati, pengakuan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan. Oleh itu Iman menurut Rasulullah iaitu 70 cabang, mengucap La Ilah a illah, maknanya termasuk muamalah, akhlak, dan lain-lain lagi sehingga malu itu sendiri adalah iman.
Mukmin itu bersaudara, maka bila mengaku beriman kita perlu menyerap dan menghayati pernyataan ini dengan perbuatan. Ia ibarat bilah-bilah sikat rambut. Bila ia 'rongak' atau patah maka ia akan menyakitkan kulit kepala.
Keberadaan yang dikongsi bersama akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan. Sebab itu kita diseru untuk membantu.Nabi bersabda; Aku nanti siapa yang membela anak yatim akan bersamaku seperti (lalu menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya). Pahalanya seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka, dan qiam tanpa henti.
Oleh itu, orang miskin perlu diraikan, orang yang susah perlu diberi bantuan. Jika hadis ini dipraktikan maka tiada yang miskin, tiada perlu dana dikutip bahkan akan berlebihan. Abdul Rahman adalah contoh terbaik dalam hal menyumbang. Inilah kaya yang bermanfaat. Contoh teladan juga telah diberikan oleh Uthman bin Affan yang membeli telaga bagi masyarakat Islam waktu itu.
Penderitaan yang dikongsi akan membawa bahagia. Seorang Mukmin tidak akan tidur bila tahu jirannya dalam kesusahan. Islam itu sangat mementingkan konsep berkasih sayang tanpa membezakan warna kulit, keturunan dan sebagainya.
Rasulullah berkata tiada dengki melainkan dalam dua perkara iaitu kaya yang memberi manfata pada orang lain, ilmuan yang memandu orang lain dengan ilmunya.
Semoga kita menjadi mukmin yang sempurna imannya.
Wallahuaalam.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ . .
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari keburukan fitnah Al Masih Ad Dajjal” (HR. Muslim no. 588)
No comments:
Post a Comment