Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Tuesday, August 16, 2011

Ujian dan Cabaran Menambah Pengalaman Mematangkan Diri

Ujian dan cabaran sering datang dalam kehidupan tanpa mengira siapa. Datangnya ujian dan cabaran dalam bentuk pelbagai, ada yang diuji dengan kesihatan, ada yang berhadapan masalah hutang piutang, ada yang diuji dengan kegagalan, ada juga yang diberi ujian kematian insan yang disyangi, ada yang tidak semena-mena mendapat musibah kehilangan harta benda, ada yang diuji masalah hubungan dengan insan sekeliling. Memang pelbagai ujian dan cabaran dihadapi oleh setiap lapisan individu baik yang tua mahu pun yang muda. Biar apa jua bentuk ujian dan cabaran itu, ia sebenarnya memberi pengalaman yang amat bermakna buat kita. Pengalaman ini mampu mengajar kita untuk belajar dari kesilapan, bangkit dari kejatuhan. Apa yang lebih utama dengan ujian ini kita akan matang dengan corak kehidupan yang sentiasa ada hujan dan panas, ada masa berada di atas, ada masa berada di bawah. Oleh itu bila kita diuji, belajarlah mensyukuri apa saja pemberian Allah, kerana hikmah yang kita dapat apabila diuji ialah melalui jalan redha dan berlapang dada. Jika kita putus asa maka rugilah kita kerana tidak mengambil iktibar dari ujian dan cabaran itu dengan positif.

Monday, August 15, 2011

Tips Kejayaan

Ramai yang mengungkap ingin berjaya.. melihat kejayaan orang lain, kita juga ingin memilik kejayaan tersebut seperti mana insan lain mencapainya. Persoalannya sejauh mana kita INGINkan kejayaan itu. Sekuat mana kita MAHU berjaya.. resepi KEJAYAAN terletak pada sebesar/sejauh mana keinginan dan kemahuan kita untuk berjaya. Perumpamaan menyebut " di situ ada kemahuan, di situ ada jalan". Apabila kita MAHU dan INGIN maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan itu. Usaha itu sudah pasti akan disemai secara BERTERUSAN/ISTIQAMAH. Akhirnya serahlah segala usaha dan ikhtiar kita kepada Allah atau dengan kata lainnya TAWAKKAL DAN DUA'. Tiada yang boleh mengagalkan kita setelah kita BERILTIZAM,BERUSAHA, ISTIQAMAH, BERTAWAKKAL DAN BERDUA melainkan kuasa Allah Subahanahu wa-Taala. Oleh itu untuk mencapai apa sahaja kejayaan, letakkanlah harapan kepada Allah.Ingatlah..kejayaan tidak datang bergolek..setiap kejayaan pasti ada cabarannya. Oleh itu jika betul-betul ingin berjaya, pastikan kita TAHAN DIUJI dan sanggup mengambil RISIKO yang terbilang. Pastikan untuk memudahkan kejayaan itu kita capai, kejayaan itu boleh memberi MANFAAT kepada orang lain. Inilah yang dikatakan KEJAYAAN MEMBELI KEJAYAAN... Anda bukan berjaya SEKALI..tetapi anda BERJAYA BERKALI-KALI..kerana manfaat yang dikecapi oleh orang lain hasil dari kejayaan itu bukan semata mendapat kejayaan dunia tetapi kejayaan di akhirat. Selamat Mendaki ke Mercu Jaya.

Saturday, August 13, 2011

Jadilah Insan yang Rendah Diri

Hari ini telah masuk Ramadhan yang ke 14. Bicara kali ini adalah berkenaan sifat rendah diri.  Sifat rendah diri @ humble nampak seperti mudah dilaksana, tapi tidak semua ornag memiliki sifat sebegini. Rendah diri, sederhana, low profile, humble adalah antara perkataan yang sering kita gunakan untuk menggambarkan  sifat tersebut. Sifat inilah adalah salah satu ciri untuk melaksanakan tuntutan ihsan. Secara psikologi manusia suka dipuji, dan bersikap kurang senang bila dikritik. Orang yang mempunyai sifat rendah diri tidak kisah pada apa pandagan negatif orang lain terhadap mereka, apa yang penting adalah bagaimana Allah melihat mereka. Jika kita hebat di sisi manusia sekalipun tapi di sisi Allah kita gagal maka kita boleh dikatakan sebagai manusia angkuh. Insan yang rendah diri sentiasa mersakan diri kerdil dan hina disisi Allah (biarpun dikurnia kehebatan di dunia baik dalam bentuk material sprt harta benda, ilmu dll) dek kerana insan sifatnya bergantung dan mengharap kepadaNya yang Maha Kuasa. Manusia yang tinggi diri, sombong dan merasa diri hebat, tidak pernah berpijak di bumi nyata bahawa manusia biar bagaimana hebat sekalipun dia tetap bernama makhluk, kejadian yang diciptakan Allah. Maka belajarlah menjadi rendah diri, tidak perlu ditonjol dan riak dengan segala yang dimiliki. Ingatlah.. kita tidak kekal di sini..dunia akhir kita adalah akhirat. Selagi nyawa yang ada ini biarlah kita mampu memberi contoh dan teladan kepada insan lain. Oleh itu belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa merendah diri. Tidak ada ruginya kita. Tidak perlu mendabik dada menyatakan kita hebat kerana insan yang sebenarnya hebat pasti akan dikenang dan disebut-sebut namanya bukan kerana apa material/kejayaan yang dimiliki tetapi kerana kualiti sifat yang dimiliki.

Penulisan sebagai Medan Dakwah

Ramai dikalangan sahabat-sahabat saya apabila menyuakan buku tulisan saya maka mereka akan mengatak.."hmm rajinnya awak menulis" atau "oh..bagus la..sememangnya awak ada banyak masa..." dan pelbagai lagi jawapan yang diberikan. Pada saya, untuk menulis memang diakui kita perlu rajin. Tidak sekadar itu, kita perlu mempunyai masa, mempunyai idea, pengalaman dan sudah pasti yang paling penting adalah minat dan juga keinginan. Untuk menjayakan sesuatu perkara jika ketiadaan masa seklaipun tapi jika kita ada minat dan keinginan yang kuat maka sudah pasti apa yang kita citakan akan berhasil. Jika ingin dikatakan tidak punya masa, rasanya saya ornag yang mula-mula mengangkat tangan mengatakan saya manusia yang paling sibuk. Namun bolehkah sekadar membarikan alasan begitu?Ternayata bagi kita yang bergelar Muslim tidak boleh sekadar mengatakan kita tiada masa, tidak minat kerana menyebut tentang dakwah, ia adalah tanggungjawab setiap Muslim. Maka bagi ibu yang berkerjaya seperti saya, cara yang paling mudah adalah melalui penulisan. Jika kita tidak pandai itu boleh dipelajari. Rasa tanggungjwab yang menebal dalam diri telah menolak diri saya untuk terus menulis, mencuri sedikit waktu yang ada, membuat pengorbanan saat orang lain seronok melayan hiburan, masa itulah saya ambil unutk menulis. Saya bukanlah banyak ilmu, makin saya gali ilmu, makin saya rasa ceteknya ilmu pengetahuan saya, kedirlnya saya.. Namun saya percaya sedikit yang saya ada ditambah dengan pengalaman maka saya paksa diri saya untuk menulis dan menulis demi mejadikan ia sebagai wadah untuk kesinambungan DAKWAH.Hadis Rasulullah menyebut " aalimu walau bil-aayah." Saya bersykur, ada seorang wanita yang saya kenali telah menyahut seruan menutup aurat kerana terkesan dengan tulisan saya. Maha suci Allah yang menpunyai segala kelebihan dan saya yang mempunyai pelbagai kekurangan, saya panjatkan doa kepada Allah, jika ini menjadi salah satu cara untuk saya meneruskan usaha dakwah maka permudahkanlah bagi saya untuk terus berjuang berdakwah melalui PENULISAN.

Tips Mendidik Anak Solat

Adalah menjadi kewajipan kedua ibu bapa untuk mendidik anak solat. Anak yang mencapai usia tujuh tahunsudaj perlu disuruh dan disiplinkan untuk bersolat. Tips yang mudah sebenarnya apabila ibu bapa menjadikan solat berjemaah sebagai satu budaya dalam keluarga. Secara tidak langsung anak akan mengikuti dan belajar menunaikan solat. Apabila solat berjemaah sudah terbudaya  maka anak-anak akan berjaya mendisipilinkan solat. ini terbukti kerana mereka banyak belajar dari pemerhatian tentang cara solat. Sebenarnya jika ibu bapa sendiri menjaga displin solat mereka maka anak-anak juga akan mengikut. Ibu dan bapa perlu salimg berperanan, jika bapa bersolat jemaah di masjid maka ibu lah yang perlu memainkan peranan mengajak anak untuk solat bersama. Menitik beratkan anak-anak untuk solat awal waktu adalah lebih mudah dengan mengamalkan solat berjemaah. Anak-anak juga tidak akan leka dengan tv/internet sekiranya ibu bapa sering mengingatkan waktu solat. Namun jika ibu bapa juga leka maka apalagi anak-anak kita. Benarlah pepatah Melayu yang sering menggunakan "bapa borek anak rintik". Itulah juga yang sering saya tekankan dalam setiap perkongsian lisan atau penulisan saya bahawa untuk kita mendidika anak-anak ia perlu bermula dengan "DIRI KITA SENDIRI".

Tuesday, August 9, 2011

Hobi dan Minat Mampu Menghilangkan stress


Mempunyai hobi atau minat tertentu boleh membantu menyalurkan stress pada diri. Apabila kita melakukan hobi dan minat tersebut maka kita secara tidak langsung dapat menghilangkan segala masalah atau stress yang dihadapi. Dalam ralit kita melakukan maka pemikirang dengan sendiri terarah pada perkara lain. Fokus kita tidak lagi pada masalah tetapi kepada apa yang kita suka lakukan. Banyak hobi boleh kita manfaatkan sewaktu strees seperti berkebun, memelihara binatang, membaca buku, dan pelabagai perkara manfaat yang boleh membantu menghilangkan stress. Saya sendiri amat suka berkebun, terutama menanam pokok bunga, serta memeilhara binatang. Secara tidak langsung ia membantu mentihatkan badan kita kerana berkebun dapat mengeluarkan peluh. bagi anda yang dalam keadaan stress, atau mempunyai masalah yang snetiada di fikiran maka cari lah sesuatu minat untuk anda lakukan sebagai penghilang stress.

Monday, August 8, 2011

Assalam semua...

Dengarkan bicara saya di radio PTS Portal.....

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpts.com.my%2Findex.php%2FS%3Dd7ea9a1558a4f85f0c3681c1f355168d4f6cc1bf%2Fpodcast%2Fpuasa-ganti-ustazah-sakinah-salleh1%2F&h=VAQApsUloAQA2mRUZsZEsMetolDhQZ3ZSP2-VqHFaQ7JBcQ

Kenali Diri Bina Identiti: Nilai Pengajaran dan Pembelajaran Insaniah (Siri 3)



Nilai menentukan cara hidup, cara membuat keputusan, cara menimbang kearah keputusan yang diambil dan cara menghadapi kesan dari keputusan yang diambil
Ruangan Kenali Diri Bina Identiti kali ini masih membicarakan soal nilai sepertimana 2 siri yang terdahulu kerana ia dirasakan amat penting dan kritikal sekali dalam usaha tarbiah dan pendidikan kepada generasi pewaris bangsa, iaitu para pelajar semua. Sebenarnya, perjalanan kehidupan ditentukan oleh latarbelakang nilai yang dimiliki dan tertanam dalam diri seseorang pelajar. Jika para pelajar ditanam, didedahkan, ditarbiah dengan konsep nilai yang betul dan baik, maka hasilnya tentu baik dan begitulah sebaliknya. Kedua nilai positif dan negatif ini sentiasa saling bercanggahan dan justeru itu terjadilah konflik pemikiran. Polemik percanggahan sistem nilai ini akan membentuk aliran pemikiran masyarakat dan bangsa. Akhirnya, ia membentuk suatu aliran pemikiran nasional yang cuma bezanya ialah mana satu yang dominan.
Membentuk dan mentarbiah nilai adalah suatu proses yang panjang dan penting bagi seorang guru. Sedari atau tidak, ia komponen penting samada tercapainya objektif pendidikan itu sendiri. Bukanlah pencapaian yang harus dibanggakan dan dilaung laungkan jika anak didik mencapai 10A tapi sahsiah dan akhlaknya runtuh. Malah kadang kadang adalah lebih baik pencapaian sederhana tapi individu pelajar itu mempunyai nilai sahsiah dan akhlak yang terpuji. Namun adalah sangat cemerlang pencapaian jika pelajar itu hebat akademik dan hebat sahsiah dan akademiknya. Itulah hakikat. Jika sukatan kita berbentuk nilai kebendaan maka kita akan mengagungkan pencapaian yang bersifat material tanpa mengendahkan aspek pembentukan jiwa dan rohani, akhlak dan sahsiah. Sebenarnya, kemuncak kecemerlangan pendidikan dan tarbiah ialah bagaimana para guru berjaya menggarap pembentukan nilai yang menggabungkan aspek akademik, fizikal, jiwa, rohani, akhlak dan sahsiah kepada semua anak didiknya samada yang karektornya ‘ready made’ atau ‘non ready made’. Ini kerana ada dikalangan para murid mungkin telah tersedia ada terbentuk sistem nilai yang utuh ‘ready made’ dek kerana latar belakang keluarga, manakala ada yang tidak ‘non ready made’. Justeru, cabaran utama para guru ialah untuk membentuk nilai utuh kepada para pelajar yang ‘non ready made’ ini dan menggabungkan mereka dengan para pelajar yang sedia ada utuh sistem nilainya.

Sunday, August 7, 2011

Kenali Diri Bina Identiti: Nilai Pengajaran dan Pembelajaran Insaniah (Siri 2)



Manusia mengambil keputusan dan bertindak sesuatu dalam kehidupan berdasarkan sistem nilai yang mendasari dirinya
Kenyataan di atas adalah kesimpulan yang diambil berdasarkan teori teori yang dipaparkan oleh para pakar psikologi Barat. Perspektif psikologi Islam juga mengambil pendekatan yang hampir serupa. Apapun intipatinya ialah nilai yang wujud dalam diri seseorang individu itulah yang akan menentukan sikap, pandangan, perlakuan dan cara hidupnya. Contoh yang paling mudah ialah, seseorang individu itu boleh memilih untuk berlaku sopan dan menghormati orang yang lebih tua, tanpa mengira siapa pun dia atau bersikap kurang ajar dengan mereka. Itu semua bergantung kepada nilai yang tertanam dalam diri seorang individu itu. Nilai pegangan seseorang itu akan menentukan samada perlu atau tidak menghormati seseorang yang lebih tua atau tidak mengambil endah akan keperluan untuk menghormati orang tua tersebut. Apakah kaitannya perkara ini dengan pendidikan?
Sebenarnya, kaitan utama perkara ini ialah segala nilai tersebut perlu dijana melalui proses proses pendidikan, melalui pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu. Objektifnya ialah sepertimana yang telah dinyatakan terdahulu (Siri 1) iaitu pembentukan modal insan yang berketrampilan tinggi, moral, sahsiah dan akhlaknya selaras dengan kecemerlangan akademik, seperti mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Para guru perlu memainkan peranan yang besar dalam memastikan bahawa nilai nilai yang murni ini dapat dijana sepenuhnya dalam jiwa dan nurani para pelajar. Ia tidak mudah dan kenyataan ini tidak menafikan peranan yang telah dimainkan oleh para guru selama ini dalam melahirkan insan insan yang cemerlang dan seimbang antara akademik dan sahsiahnya.
Para pelajar harus diberi pendedahan yang jelas tentang nilai kehidupan. Sebagai contoh, apakah makna dan ertinya kejayaan dan kecemerlangan yang sebenarnya? Kebanyakan senario yang berlaku hari ini ialah, individu pelajar gagal menanggapi dengan sempurna makna dan erti kejayaan dan kecemerlangan sebenar dalam kehidupan. Adakah kejayaan itu hanya sekadar 10A yang dikecapi semata mata atau ada perkara lain. Masalah kebanyakan dari kita sebagai individu dan pelajar ialah bukan tidak boleh untuk berjaya tetapi masalah sebenar ialah kebanyakan dari kita tidak tahu apa itu erti kejayaan sebenarnya. Ramai juga yang tahu apa itu kejayaan dan apa yang mereka inginkan dalam hidup tetapi tidak mempunyai semangat, motivasi, perancangan, usaha dan strategi untuk mencapainya. Ini berlaku kadang kadang hanya kerana pertamanya; tiada keinginan yang berkobar kobar untuk mencapainya, keduanya; tidak sanggup untuk membayar, tidak tahu langsung ‘harga’ pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai segala keinginan itu.

Kenali Diri Bina Identiti: Nilai Pengajaran dan Pembelajaran Insaniah (Siri 1)



Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan ‘modal insan’ yang berketrampilan sebagai pewaris generasi akan datang. Ini ditentukan melalui sistem nilai tertentu yang perlu dikuasai dan difahami oleh para guru dan pembimbing pelajar. Sistem nilai ini perlu dicerna dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas. Justeru, adalah penting bahawa sistem nilai ini dibincangkan dan diperincikan sebagai proses pembugaran semula agar kita sentiasa jelas dalam tujuan pendidikan di sekolah.
Ruangan Kenali Diri, Bina Identiti kali ini mengambil kesempatan untuk membicarakan aspek pembentukan sahsiah, moral dan akhlak pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan aspek dan elemen utama pencapaian objektif Falsafah Pendidikan Negara. Terkadang kita agak menyimpang kerana kurang jelas tentang peri pentingnya aspek sahsiah yang perlu dijana dan dilahirkan dalam diri individu. Kita mudah untuk kehilangan kompas sebenar dek kerana pesatnya pembaharuan dan perubahan dalam pendekatan dan cara pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan melahirkan individu cemerlang. Beberapa persoalan timbul? Adakah pengukuhan sahsiah sentiasa diberi perhatian? Bagaimana ia dilaksanakan? Adakah ia selaras? Atau masih wujudkah konflik pendekatan berbeza diantara sesama pendidik? Apakah asas dan sistem nilai yang mendasari pembentukan sahsiah, moral dan akhlak? Apakah pendekatan yang dilakukan itu selaras dengan objektif pendidikan? Ini antara beberapa persoalan diantara banyak lagi isu yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah, moral dan akhlak pelajar.
Para guru perlu menghayati bahawa pembinaan sahsiah bermula dari pembinaan jiwa dan rohani yang utuh. Harus diingat bahawa para pelajar ini merupakan asset masa depan negara. Proses ‘mencanai’ mereka menjadi insan kamil yang berketrampilan tinggi merupakan proses yang berterusan dan berpanjangan. Ini disokong oleh segala macam faktor luaran dan dalaman di rumah dan di sekolah. Segala faktor luaran dan dalaman ini saling berkaitan, lengkap melengkapi dan perlu ditangani secara seimbang. Kita semua boleh bersetuju bahawa ia bermula darri pembinaan jiwa dan rohani, akan tetapi apakah nilai yang mendasari pembentukan itu?
Secara psikologi, nilai yang perlu ditanam dalam diri seorang pelajar ialah nilai moral, akhlak yang mulia dan positif yang perlu dijana sejak mula lagi seseorang itu menjadi pelajar. Ia bermula dari dalam jiwa seseorang individu. Ia selaras dengan pendekatan yang dibawa oleh Islam dimana pembinaan jatidiri merupakan elemen terpenting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran seorang insan untuk menjadi seorang individu yang seimbang jiwa dan rohani, akal dan sahsiah, ilmu dan kemahiran. Gagalnya sistem pendidikan untuk melahirkan insan yang berketrampilan ialah apabila fokus pembelajaran dan pengajaran tidak mementingkan aspek sahsiah, akhlak dan pembentukan jiwa dalam diri seorang pelajar. 
Karakter Guru Meneladani Insan
Karakter guru meneladani insan. Guru menjadi pemangkin kepada pelajar dan orang-orang sekeliling yang signifikan dengannya. Ada dua karakter berbeza yang boleh kita umpamakan iaitu antara karekter yang disegani namun dihormati serta dihoramti tapi ditakuti.
Proses pembelajarnan bukan semata-mata mendengar dan berkomunikasi, tetapi melalui pemerhatian.  Oleh itu belajarlah menggunakan dan mengambil peluang untuk menambah ilmu dengan menggunakan deria pemerhatian kita.
 “Intelectual arrogance”.. Ada pandangan yang baik namun sukar diterima kerana memilih bulu, atau merasakan pandangan individu lain yang lebih bagus. Ada juga yg tidak diiktiraf segala sumbangannya kerana dasar pilih kasih. Hati ini untuk kita muncul terbaik dan cemerlang apa yang perlu kita laksana adalah melihat apa yang hebat yang dimiliki orang lain dan bukan melihat pada kekurangannya, Kesilapan dari segelintir kita adalah lebih banyak focus kepadamencari kesalahan dari pada melihat kelebihan yang ada pada insan tersebut. 

GURU PERLU ADA MOTIVASI


Walaupun istilah glamour dan berprestij selalu dikaitkan kerjaya dalam bidang seperti korporat, kedoktoran dan guaman, kehebatan yang sebenarnya terletak pada warga pendidik. Warga pendidiklah yang sebenarnya hebat kerana berjaya mendidik manusia yang berasal dari kampung mahupun bandar menjadi peguam,doktor,saintis dan pelbagai penjawat yang hebat dalam bidang masing-masing.
 Itulah kehebatan yang sebenarnya. Itulah prestij yang sebenarnya . Betapa hebatnya menjadi warga pendidik kerana berupaya membimbing anak didiknya hingga mencapai kejayaan. Lihatlah bagaimana guru dihargai-diraikan dengan sambutan Hari Guru. Bahkan guru yang teruja lebih menunggu saat keputusan peperiksaan diumumkan. Tatkala pelajar mencapai keputusan yang baik dan cemerlang,ketika itu,mengalir dalam diri guru perasaan terubat segala penat lelah menabur bakti, terbayar segala ilmu yang dicurahkan.
 Bagaimanapun, sebagai manusia ,guru jug TIDAK sunyi daripada ujian.Ujian sebenarnya bertujuan mengangkat mertabat diri. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada ujian bersifat peribadi.Ada ujian yang membabitkan diri dan keluarga. Tidak kurang juga ujian yang membabitkan orang lain. Semua ini mungkin memyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa, kurang bermotivasi,lemah semangat, dihimpit bebanan sehingga menyebabkan tekanan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya.
 Namun, sedarilah hakikat bahawa kehidupan punya aturannya sendiri. Semua sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Life has ups and down.Oleh itu bagi menyuntik semangat pada diri penting setiap guru perlu mempunyai motivasi diri - dari dalam mahupun luar diri. Kedua-duanya mampu membangkitkan semangat kepada diri untuk meneruskan karier dengan jayanya bagi menabur khidmat dan bakti secara berterusan.
Cabaran sentiasa ada dan perlu dihadapi. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, pendayung tidak dikayuh,masakan perahu akan sampai ke seberang. Ibarat itu amat sinonim untuk kita menyelesaikan segala permasalahan, baik di sekolah mahupun di rumah.
 Sebenarnya kitalah sendiri yang perlu mencari jalan penyelesaiannya.Contohnya apabila kita berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, tiada upaya dan semangat untuk menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka pada saat ini adalah penting untuk diri kita mempunyai semangat dalaman yang kuat. Semangat dalaman yang tinggi mampu menaikkan semangat diri. Contohnya keputusan pepriksaan pelajar tidak seperti yang diharapkan sehingga kita dipersoalkan puncanya, walhal kita sudah mencuba sedaya upaya.
 Dalam keadaan begini, kita perlu kembali kepada motivasi diri dan berpegang kepada matlamat untuk mendidik dengan penuh  ikhlas. Ketika itu, akan bangkit semangat untuk mencuba dan terus mencuba. Pada tahap ini , apabila kesedaran diri dapat dicapai, maka adalah amat membantu jika kita mendapat motivasi luaran iaitu dorongan,kata semagat dan tips yang berguna daripada rakan yang positif. Melanjutkan pelajaran adalah salah satu cara motivasi luaran kerana apabila kita menambahkan ilmu pengetahuan, secara tidak langsung kita boleh mendapat motivasi.
 Kepada guru yang memandang remeh soal motivasi diri atau merasakannya sebagai tidak penting, maka PERLU ingat bahawa tanpa motivasi diri, kita akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti ketiadaan matlamat yang jelas, hilang fokus, hilang minat dan luntur komitmen.Guru yang mengajar tanpa matlamat yang jelas boleh menjeaskan pelajarnya kerana ia akan mengajar tanpa meletakkan sebarang sasaran yang hendak dicapai.Kesedaran untuk menjadi insan yang cemerlang tidak ada pada semua pelajar, tetapi jika guru bermotivasi dan mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan pelajarnya mencapai kejayaan , maka sudah pasti ia mampu membimbing pelajarnya supaya fokus mereka terarah untuk mencapai cita-cita atau bermatlamat tertentu.
 Selain itu, kehilangan motivasi diri juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal untuk mengekploitasi potensi dirinya sebenar. Natijahnya akan menimbulkan pemikiran negatif terhadap diri sendiri., orang lain mahupun persekitaran. Apabila ini berlaku, kesannya akan terpercik kepada orang yang sama-sama bekerja dengan kita serta anak didik kita.
Guru yang berfikiran negatif gagal melihat peluang yang ada. Bahkan lebih cenderung melihat sesuatu perkara sebagai masalah, bukannya cabaran yang harus ditangani.Misalnya, kita mungkin diberi peluang mengajar subjek baru atau berlaku pertukaran silibus. Guru yang berfikiran negatif akan melihatnya sebagai perkara yang menyusahkan diri. Tetapi bagi yang positif ini adlah peluang menambag kemahiran diri, membuktikan potensi serta menambah nilai kepada pengetahuan yang sedia ada. Sikap cukup dan berpada dengan ilmu an kemahiran yang ada perlu dibuang kerana guru perlu mempunyai sikap yang sentiasa ingin meningkatkan diri dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Oleh itu motivasi diri  amat penting kepada setiap individu.Kaedah yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan sentiasa menghampiri orang yang positif serta menampakkan kemahuan yang jelas.Kenali diri, bina indentiti!!
(Sumber: Majalah Pendidik .Bil 76/Septemeber 2010)

Saturday, August 6, 2011

3i dalam kehidupan

Konsep 3i Dalam Kerangka Kehidupan.


Kehidupan seorang individu manusia itu tidak sempurna melainkan terjalin didalamnya suatu hubung kait yang unik. Hubungkait itu mendasari dan meliputi seluruh aspek kehidupan seorang insan. Jalinan ini adalah fitrah kehidupan, insan punyai hubungan dengan Penciptanya kerana insan itu dicipta dan bukan tercipta dengan sendiri. Apabila tercipta maka insan ialah makhluk dan punyai kehidupan sendiri dan memerlukan sekitaran untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini iaitu terjalinnya hubungan insan dengan alam. Inilah asas kepada seluruh kehidupan kita. Hubungan ini diterjemah dalam bentuk perlunya insan untuk patuh kepada lunas lunas, peraturan peraturan serta syarat syarat yang ditetapkan oleh Allah yang tujuannya bukanlah untuk kepentinganNYA akan tetapi untuk kebahagiaan, kesenangan bagi memperoleh yang terbaik dalam kehidupan setiap insan. Ini dinatijahkan dengan insan dan alam saling bergantungan dan memerlukan sebagai  kehidupan berpandukan kepada peraturan peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh Allah.

Rangkuman seluruh kehidupan itu terbina bila insan beriman kepada Allah yang tersirna melalui Rukun Iman yang dijadikan dasar kepada hubungan dengan Allah. Manisfestasi kepada keimanan itu terjalin melalui ibadah dan tindakan tindakan yang menjelaskan kedudukan insan sebagai hamba iaitu Rukun Islam dan apa sahaja yang terkandung didalamnya. Lantas, hubungan ini dimurnikan dengan keikhlasan si hamba iaitu insan dalam tindakan dan perlakuan seharian yang dinamakan sebagai IHSAN.

Maka jadilah apapun hamba itu, baik sebagai suami, isteri, ibu atau  bapa, anak, menjawat jawatan sebagai peguam, doktor, pentadbir, mahupun hanya seorang petani atau menjadi orang biasa-biasa sekalipun, ia tetap mendokong dan memerlukan jalinan hubungkait dengan Allah dalam apa jua bentuk sekalipun. Ia sama sekali tidak boleh menolak dan menafikan hakikat bahawa dia amat memerlukan Allah dalam kehidupan ini. Keperluan insan terhadap Allah adalah hakiki sifatnya kerana keperluan ini memenuhi ruang kosong dalam jiwa manakala ALAM bertindak memenuhi keperluan fizikal melalui pemberian rezeki dari Allah. Ini selaras dengan hakikat penciptaan insan itu yang berupa fizikal, dan rohani. Keduanya ada keperluan yang perlu dipenuhi barulah seimbang daya dan rasa. Alam ciptaan Allah juga bergantung kepada manusia yang menjadi pemulihara dan pentadbirnya.