Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca,
Tulisan kali ini saya ingin menyentuh persoalan sikap kita di bulan Ramadhan. Sesungguhnya saat berpuasa pastinya kita akan diuji dengan pelbagai perkara. Ujian atau cabaran yang paling dekat dengan orang yang berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi bagaimana mengawal rasa marah.
Waktu tengah lapar, ramai orang amat sensitif dengan perskitaran dan apa yang berlaku di sekilingnya. Individu mudah bertindak, adakala yang bukan pemarah menjadi pemarah, panas baran serta moody gara-gara sedang menahan kelaparan. Soalnya jika kita marah atau cepat panas baran (dengan alasan orang sekeliling yang mencetuskan) di manakah tarbiyyah puasa kepada diri kita?
Puasa sepatutnya mencetuskan lebih rasa sabat di dalam diri. Puasa sepatutnya menjadikan diri kita lebih menerima seadanya. Jika kita mampu menahan kemarahan dan bukan setakat kita menahan lapar dan dahaga, sesungghunya puasa kita sudah mencapai tingkat yang ke dua...
Tahniah buat yang sudah berjaya mentarbiyyah diri.. bagi yang masih gagal mempraktikkan sifat-sifat mahmudah dan membuang sifat-sifat mazmumah.. jadikan puasa kali ini sebagai pemangkin untuk mendidik jiwa dan rohani menjadi insan yang lebih baik...
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment