Pernahkah anda mengalami dimana makanan yang anda makan tiba-toba terkeluar semula? Baik kerana tersedak atau termuntah. Ini menunjukkan bahawa makanan itu bukan rezeki kita walaupun dah masuk ke mulut, dah berada di dalam perut. itulah hakikat rezeki dimana Rezeki itu Milik Allah. Dia berhak memberi dan mengambilnya kembali.
Saya sendiri ada pelbagai kisah perihal rezeki. Seperti ia sudah milik kita, berada disepan mata.. tetapi kerana ia bukan milik kita maka... ia tidak kita miliki dan pergi kepada orang lain. Kenapa saya memperkatakan ini? Ada segelintir merungut dan tidak berpuas hati kerana setelah berhempas pulas berusaha namun rezeki yang septaut menjadi miliknya jatuh ke tangan orang lain. Ini banyak berlaku kepada orang yang berniaga.
Jika kita boleh berlapang dada dengan rezeki maka kita akan merasa tenang dengan keadaan yang menimpa. Lebih-lebih lagi jika kita snetiasa berdoa agar Allah memberikan kita rezeki yang halal dan berkat. Itu sebabnya Allah menarik reseki kita lebih awal. Atau mungkin juga jika diberi kita boleh jadi lupa diri, bangga dengan rezeki yang diperoleh...
Ada orang begitu obses dengan rezeki.. Hingga merasa harta dan rezeki itu tidak pernah mencukupi, mengejar harta sampai banyak perkara tidak dapat dilakukan terutama ibadat.. Mahukah kita menjadi begitu? Kita sudah pasti tidak mahu Allah menguji kita begitu.. Maka berpada-padalah dalam usaha memilik harta dunia..Jika banyak dan disedekahkan Alhamdulillah, jangan kita diuji dengan ketamakan.. jangan pula riak dengan rezeki tersebut.
Biar apapun hakikat rezeki, jangan kita menjadi penutup pintu rezeki orang lain seperti menabur pasir ke periuk nasi kawan kita... Ingatlah..biar orang memperlakukan kita..jangan kita memperlakukan orang lain..
Berdoa moga setiap rezeki yang kita peroleh mendekatkan kita kepada Allah bukan menjauhkan.. Moga rezeki itu membawa kita ke syurga.. Ameen
No comments:
Post a Comment