Memperkatakan tentang makanan, antara SUCI dan CUCI saya pasti kita semua sudah memahami maksud tersebut. Suci berkait dengan halal manakala cuci berkait dengan kebersihan. Seminggu yang lalu saya meminta suami belikan kuetiaw kerang. Dia menjawab ' tidak payah lagi makan kuetiwa kerang sebab mereka (penjual) ramai yang tidak membasuh telur dan mee yang diguanakan". Memikirkan itu saya merasa geli juga. Bukan apa sebab biasanya kita memang prihatin apabila mahu memakan makaanan berupa mee, kuetiaw yang diberi dari kedai, jika membasuh berkali-kali, lemak dan minyaknya susah unutk hilang. Bayangkan jika kita makan tanpa membasuhnya.
Saya pernah ke sebuah gerai unutk makan, namun saya bertanya adakah telur itu sudah di basuh. Bagusnya adik yang menjual itu menjawab dengan jujur bahawa telur yang dibasuh sudah habis. Lalu saya meminta beliau membasuh telur tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Itu belum lagi makanan panas yang pesan menggunakan serbuk perasa. Suami saya jika ada ketikanya kami makan di restoran, beliau akan berpesan kepada tukang masak supaya bahan-bahan perasa tidak digunakan dalam makanan. Jika kerap mengambilnya akan menyebabkan sakit kepala. Di rumah kami sudah semestinya bahan-bahan ini tidak akan digunakan kerana pada kami sedap itu bukan kerana bahan perasa, tetapi sedap itu kerana kasih sayang yang ada serta keseronokan kita memasak untuk keluarga.
Begitu juga bahan-bahan makanan yang berkait dengan halal. Contohnya kek, memang sekrang ada banyak kedai-kedai Islam yang menjual kek, tetapi malangnya mereka tiada logo halal. Ada segelintir mereka menggunakan bahan yang diragui bahan-bahannya. Pada saya, memilih kedai kek amat penting. Bukan semata yang menjual itu Islam tetapi perlu ada logo halal sah yang tertera dari Jakim. (Saya pernah menulis juga tentang aiskrim buatan Thailand di post sebelum ini).
Sedap itu pada rasa, bahagia itu pada hati. Tepuk dada tanya iman. Prihatinlah dalam memilih makanan dan menyediakan makanan. Makanan mempengaruhi jiwa dan rohani kita. Jika suci dan bersih apa yang kita makan, maka ia memberi kekuatan kepada kita untuk beribadat kepadaNya.
No comments:
Post a Comment