
" when we learn how to die then we learn how to live" Dr Richard Teo

Sebagai ibu bapa kita perlu menjadi pendengar yang bai kepada anak-anak, bukan sahaja kita mahu anak-anak mendengar kita. Masalahnya kita suka menggunakan oneway communication, sebab itu anak-anak tidak mahu mendengar, bahkan suka melawan cakap. Selain itu telek juga cara kita bercakap, adakah kita ibu bapa yang bersikap authoritarian? Jika kita bersikap begini memenag confirm anak-anak akan menjauh dan lebih suka menyimpan perasaan dari berkongsi....
Sempena tibanya hari raya Edil Adha yang bakal disambut esok oleh seluruh warga Malaysia, saya mengucapkan selamat menyabut hari raya korban. Harapanya agar hari raya yang bakal tiba ini memberi lebih kesedaran kepada kita dalam konteks memahami apa itu pengorbanan. Sesungguhnya apabila memperkatakan tentang pengorban ia amatlah luas. Kita bukan membuat pengorbanan dalam erti kata menyembelih haiwan ternakan sebagai niat unutk berkorban namun disebalik falsafah korban itu sendiri banyak perkata yang perlu kita lihat. 





Jawapan kepada persoalan apabila seseorang melayan kita dengan layanan yang buruk ,bersabar dan senyumlah...percayalah mereka adalah golongan yang tidak mengerti... mereka belum mengenal diri hingga mereka menjadi orang yang "bodoh sombonh". yang penting kita jangan bersikap seperti itu. Berdoa agar merekay ang begini akan berubah menjadi lebih baik...

Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis.‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).


Kehilangan dalam hidup ini buan suatu perkara pelik, ia ujian biasa yang raat-rata kita alami. Namun dalam banyak-banyak hal berkait kehilangan, jangan kita hilang rasa cinta untuk beribadat. Jangan Allah bolak balikkan hati kita dan menghilangkan iman yang ada dalam diri. Kehilangan itu satu peringatan bahawa dalam hidup pasti kita akan mengalaminya, namun jangan hilang kasih sayang dan rahmat Allah. Jika hilang rahmat dan kasih sayang Allah maka kitalah orang yang paling malang. Moga kita sentiasa berada dalam restu IIahi. Hilangpasti ada gantinya asal kita tahu dan belajar darinya bahawa sesungguhnya SEMUA DAN SETIAP SESUATU ITU ADALAH MILIK ALLAH... INNALILLAH WAINNA ILAHI RAAJIUUN...