Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Wednesday, March 18, 2015

Ikhlas dalam Persaudaraan

Bismillah, 
Allah berpesan dalam Al Quran agar kita menjaga dua perkara iaitu :

  1. Hubungan dengan Allah
  2. Hubungan dengan manusia

Dalam konteks حبل من الله حبل من الناس seseorang akan dapat mencapai kehidupan yang sejahtera dunia dan akhirat. 

Pentingnya menjaga tali persaudaraan Islam bilamana Seerah Rasulullah telah membuktikan bagaimana datangnya Islam menghapus segala perbezaan pangkat, harta dan darjat. Rasulullah membina tali persaudaraan Islam atau juga disebut ukhuwwah (اخوة) 
dengan menunjukkan contoh terbaik apabila yang kaya dan miskin, hamba dan tuan boleh bersatu dengan kalimah لا اله الا الله محمد رسول الله

Tali persaudaraan Islam yang dibina Rasulullah dari awal pembukaan Islam di Mekah hingga baginda berhijrah ke Madinah menjadi قدوة حسنه atau contoh yang baik untuk diteladani oleh setiap ummat.

Ukhuwwah Islamiyyah ini perlu menjadi slogan dalam menentukan semua aktiviti atau segala muamalah Islam dapat menterjemahkan konsep ukuhwwah yang dibawa. Semua perara perlu diletakkan atas paksi اخوة في الله dan bukan atas kepentingan peribadi atau ada udang disebalik batu.

Para sahabat amat terdidik dengan ukhuwwah yang dibina Rasulullah hingga mereka akan meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri. Kisah buah tamar yang akhirnya kembali kepada si empunya yang asal membuktikan bahawa tali persaudaraan yang kukuh dengan niat kerana Allah dan mencari redhanya semata-mata membuktikan ukhuwwah fillah melangkaui segala isi dunia hatta sebiji tamar. 

Inilah nilai taqwa yang ada pada parasa sahabat naib yang terdidik dan terasuh cintakan akhirat melebihi kecintaan kepada dunia. Al Quran berulangkali menyebut dan mengingatkan bahawa apa yang membezakan sesama manusia tiada lain melainkan 
"TAQWA".

الله اعلم


Thursday, March 12, 2015

Petua Panjang Umur



Bismillah,

Dalam siri TV Al Khawater yang ditayangkan di Channel Al Hijrah adalah bagaimana mendapatkan usia yang panjang. Interview bersama 3 orang yang lanjut usia mereka memberikan pelbagai input. Seorang warga emas dari Jepun berusia 96 tahun berkongsi tip panjang umur dengan menjalani cara hidup sihat. Wanita emas ini mendedikasikan masanya berkebun sejak berusia 60 tahun. Bahkan masa yang diambil adalah selama 8 jam sehari. Apabila umurnya sekarang ini berumur 96 masa yang diperuntukkan adalah 3 jam. Beliau gigih dan berdikari dalam banyak perkara. Paling mengujakan beliau masih memasak makanannya sendiri. Katanya diakhir bicara, beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dihujung usianya. Beliau mengharapkan agar jika sampai masa untuk pergi, dia akan mati dengan mudah.


Seorang warga emas dari Amerika Syarikat pula berusia 106 tahun. Dr Henry di usia emas ini masih lagi mengekalkan gaya hidup sihat dengan mewajibkan dirnya bersenam dan mengunjungi gym untuk beriadah. Beliau masih kuat memandu kereta sendiri. Tip panjang umur yang diamalkannya adalah hidup bahagia dan sentiasa meraikan bersama keluarga. Kehidupan beliau yang dikelilingi anak-anak, cucu-cucu serta orang sekeliling yang sentiasa gembira dengan kehadirannya sekaligu membawa kebahagiaan. Apabila ditanya tentang apa yang pahit dalam hidup dia tidak mampu mengingati apa yang pahit bahkah sentiasa melihat kehidupan dengan optimist. Hanya ketika isterinya meninggal dia merasakan kehidupan agak muram namun selebihnya beliau memilih untuk hidup dengan bahagia dihujung usia.

Insan ke tiga adalah warga Arab yang berusia 86 tahun. Apabila ditanya apakah yang membuatkan dirinya mampu bertahan dan sihat serta kuat. Katanya beliau bersyukur dengan apa yang ada. Paling penting menurut warga emas ini kita perlu mempunyai jiwa yang tenang. Sentiasa redha dengan ujian maka hidup akan sentiasa ada matlamat dan boleh menerima segala ujian dengan pasrah. Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah adalah perkara yang penting selain menggunakan masa dengan berhemah.

Kesimpulannya, panjang umur, murah rezeki adalah semuanya dari Allah. Kita sebagai insan perlu berdoa dan berusaha. Umur yang panjang adalah satu rahmat apabila kita mampu memanfaatkan untuk agama dan ummah. Selain memastikan umur yang panjang itu diserikan dengan ibadah yang terbaik dari hari ke hari. Murah rezeki adalah menjadi barakah dan menjadi jambatan ke negeri abadi bila ia digunakan untuk fi-sabilillah.

Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki agar kita dapat beribadat denan berjuang di jalan Allah. Ameen.



Friday, March 6, 2015

JOB SATISFACTION


Hari ini saya berpeluang menemuduga seorang ibu muda tiga anak. Beliau sangat mahu menukar kerjaya sekarang kepada kerjaya guru atas alasan;
+ mahukan tempat kerja yang lebih dekat
+ tidak mahu out station
+ masa yang flexible untuk anak-anak
+ mahu pulang awal (kerja sekarang ada ketika terpaksa pulang lewat)
+ mahukan suasana kerja yang baru
Saya tanyakan beliau gaji kecil dibanding gaji sekarang tidak kisahkah? Kata beliau tidak kisah asal boleh tumpukan pada keluarga. Dia sanggup belajar sesuatu yang baru.
*Ada ketika kita mencari sesuatu yang lebih memberikan kegembiraan lebih memuaskan diri.

Cerpen Selendang Bawal


SELENDANG BAWAL
Saya bermula dalam trading sewaktu saya di tingkatan 4. Saya bersekolah di SMA Maahad Muhammadi Perempuan Jln Merbau, Kota Bharu.
Satu ketika bersembang dengan seorang rakan sekelas, tentang cita cita untuk ke Mekah. Kata sahabat itu bapanya sudah menyediakan duit 5 ribu dalam setiap akaun dia dan adik beradiknya. Saya katakan beruntung jadi anak orang kaya.
Saya tahu sahabat saya ini bapanya seorang ahli bisnes, maka tidak pelik beliau sekarang ini menjadi konsultan dalam bidang finance, mengajar di universiti berprestij.
Pulang ke asrama saya terfikir bagaimana mendapatkan 5ribu seperti beliau ada. Mustahil pelajar yatim penerima biasiswa seperti saya boleh mengumpulkan duit sebanyak itu.
======
Ternyata Allah mendengar bisikan hati. Sahabat seasrama saya, ibu dan ayahnya baru pulang dari bermastautin di Mekah sejak sekian lama. Ayahnya menjadi guru di pondok Moden dan ibunya merupakan tukang jahit.
Ibunya menjahit pelbagai jenis jahitan, ada selendang bawal, telekung, cadar dan pelbagai lagi. Jahitannya sangat cantik dan halus. Pekerja yang mereka upah adalah dari Siam jadi kosnya waktu itu amat murah.
Mereka perlukan orang yang boleh membuat marketing. Maka saya menawarkan diri untuk cuba pasarkan. Bagusnya saya diberi consignment. Jika tidak mana mungkin pelajar miskin seperti saya mampu untuk bermodal.
Strategi pertama saya adalah memasang agen. Agen itu adalah kakak-kakak saya sendiri, juga saudara mara yang juga kaki bisnes.Konsepnya dua /tiga kali bayar. Harganya digandakan lebih sedikit dari harga jual yang biasa. Mahu bayar cash pun harga sama juga.
Produk berkualiti, design terkini menjadikan selendang bawal menjadi jualan yang hit. Tunjuk sahaja tak perlu cakap banyak kerana produk tersebut yang berbicara.
Tak sampai setahun saya mampu mengumpulkan duit mencecah 5ribu dal bank. Melihat angka 5k tertera pada buku bank ia sangat mengujakan. Ia titik peluh yang amat berbaloi bagi saya yang baru berjinak-jinak dal perniagaan.
Benarlah berniaga itu membuka sembilan pintu rezeki.
Dah ada duit 5 ribu, agak apa saya buat? itu dibelanjakan?

Erti rindu


RINDU
Iman : Ummi nanti bawa Iman outing yea.
Ummi: Esok dah balik pun nak outing jugak? Nak beli apa?
Iman: Iman takde nak beli apa-apa cuma Iman nak outing dengan ummi je.
Ummi: Nak pergi outing ke mana?
Iman: Tak kisah mana-mana, janji outing dengan ummi.
Ummi:Baiklah. (dalam
hati, cakap la rindu kat ummi)
Moral:
Ada ketika kita bukan mahu apa-apa, tidak juga barangan berharga. Cukup sekadar melihat raut wajah bagi memadamkan rasa rindu.
Mungkin juga itulah perasaan ibu ayah kita menanti anak-anak pulang ke sisi mereka.

Pilih kasih



PILIH KASIH
Kakak : Untung la Iman, tiap minggu Baba Ummi datang melawat.
K Ngah: Betul tu, K Ngah pun ummi dan baba tak datang tiap minggu.
Kakak : Eh bukan adik balik dua minggu sekalikan.
Iman: Rezeki masing-masingkan kita ni. Nanti mana tahu Iman belajar oversea, 2.3 tahun baru dapat jumpa Ummi.
Ummi : Betul tu rezeki masing-masing dah tertulis. Dulu Ummi jarang pergi lawat kakak, tapi sekarang kakak bukan setakat tiap minggu balik, tapi hari ni pergi esok dah balik rumah lagi. K Ngah pun sama,
Kakak: ; (Senyum)
----------
Moral:
Kita seringkali membuat tafsiran yang silap tentang kasih sayang. Realitinya ia bukan seperti sekeping kek yang boleh dibahagi samarata. Kasih sayang setiap orang tidak boleh diukur baik terhadap anak-anak, adik beradik hatta bagi suami yang mempunyai isteri 2,3 dan 4. Ia sangat subjektif.

MOTIVASI KERJA GAYA NABI


Bismillah,
Perilaku dan akhlak Rasulullah yang sangat mulia terhadap sesama manusia serta selalu berbuat baik kepada siapa saja menjadikan baginda sebagai contoh teladan yang baik (uswah hasanah). Rasulullah sebagai Rahmatan lil-Aalamin mempunyai empat sifat yang wajib ada pada Baginda.
Sifat ini boleh menjadi guideline bagi setiap individu yang tahu dan bermatlamat menuju hidup yang hakiki. Apa dan bagaimanakah individu boleh menerapkan sifat ini dalam kehidupan seharian?
-----------------------------
Contoh:
+Siddiq/Benar : Benar pada setiap perkataan atau perbuatan biarpun yang tahu kejujuran hanya Dia. Yakin Allah mencatat setiap gerak-geri maka tidak perlu diawasi.
+Amanah : Bila diberi amanah melakukan tugas maka perlu diselesaikan dan dijayakan. Maka tidak perlu ada supervisor atau CCTV yang meneropong dimana, apa kita buat kerana ada Mata yang tidak dilihat tapi melihat sentiasa memantau dan memerhatikan.
+Tabligh/Menyampaikan : Tidak lokek dengan ilmu pengetahuan dan sentiasa mahu menyebarkan apa yang baik dan manfaat kerana yakin setiap perkara ada ganjarannya. Sentiasa MAHU dan ingin memperkayakan diri dengan ilmu serta tidak jemu dan malu bertanya bila tidak tahu.
+Fatonah/Bijaksana : Bijak membuat timbang tara atau membuat keputusan berdasarkan baik dan buruk serta mampu mengambil risiko yang terbilang.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)

Business Model Canvas

GET KEEP GROW
Seorang pengilang roti berkongsi tip bsines. Menurut beliau, menjaga pelanggan secara tidak langsung menjaga perniagaan sendiri. Walaupun sudah mendapat tender untuk membekalkan roti kepada banyak sektor kerajaan, namun pelanggan yang mula-mula membuat tempahan roti dengan beliau seperti kedai-kedai, kantin sekolah atau orang perseorang tidak pernah dilupakan. Mereka inlah pelanggan pertama yang mempromosi produk beliau.
-----*******-------
Walaupun tempahan mereka tidak banyak tetapi beliau tetap membuat penghantaran. Pada beliau mereka ini sangat penting dan berperanan serta menyumbang kepada perniagaan beliau.
Dengan kata lain, sudah dapat jerung jangan lupa ikan bilis. Masa lautan mengganas tidak boleh menangkap ikan dilaut dalam kena makan ikan bilis yang ada di tepian ombak.

Tadika ABS Saujana Utama




Mencari ilmu dan menimba pengalaman adalah asas kejayaan.

#kongresABS
#murabbi
#tadikaabsalihsan


KASIH IBU



KASIH IBU
Innalillah dan Al Fatihah. Takziah pada keluarga arwah Aiman Danial bin Amin Remy yang lemas di kolam SU4.
Kemalangan atau kecelakaan yang menimpa pastinya tidak diundang. Saat ini saya juga bersedih dengan apa yang menimpa keluarga ini. Ia mengingatkan saya pada Iman Ihsan.
-----^***^
Bila keluar bekerja dia keseorangan. Ada tikanya lupa kunci rumah, lupa bawa duit, tertinggal alatan. Semua itu tidak jadi gundah yang besar, namun isu keselamatan yang bersarang di hati.
Menghabiskan masa 6 tahun di sekolah rendah memberi banyak pengalaman buat saya sebagai ibu dan Iman sendiri. Iman dilatih berdikari dan perlu pandai membawa diri.
Pernah satu ketika dia ke rumah kawan tanpa memberitahu, ma sya Allah saya risau tidak terkata. Bila disoal katanya menyiapkan kerja rumah. Tahu hati seorang ibu dan mata hati yang sentiasa memantau sejak dari itu Iman tahu dan faham, walau jauh walau dekat, perlu maklumkan hatta mahu bermain bola di surau depan rumah.
Setiap kali dia jauh dimata, saya titipkan doa dengan iringan kata " Ya Allah jagalah anakku, dia dipinjamkan sementara untukku memberi kasih".
Ingatan buat anak-anakku walau di mana dirimu berada..
احفظ الله يحفظك....

Redha

Redha


  ربي  اني لما انزلت الي من خير فقي

Ada ketikanya kita terpaksa melepaskan sesuatu itu pergi dengan harapan agar Allah gantikan yang lebih baik dari seluruh isi dunia di akhirat nanti.
Jika rasa diri dizalimi atau menzalimi orang lain Allah ampunkan dosa dan jadikan segala perbuatan kebaikan yang menjadi asbab untuk meringankan timbangan dosa.
حسبنا الله وتعم الوكيل
‪#‎travelogempayarjiwa‬
‪#‎murabbi‬
‪#‎kejarakhiratduniadatangsendiri‬

Amanah



Meneladani Rasulullah
صلي الله عليه وسلم
Amanah adalah salah satu sifat yang wajib bagi Rasul.
Nabi Muhammad merupakan seorang yang amanah. Sifat ini terserlah sejak dari awal sebelum baginda menjadi Rasul. Oleh kerana sifat amanah ini maka Nabi Muhammad sangat dipercayai hingga diberi gelaran AL AMIN.
Dikongsikan oleh seorang sahabat saya hebatnya sifat Al Amin baginda Rasul
bilamana dia di bawa tinggal bersama Abi Talib setelah menjadi yatim piatu dan datuknya juga meninggal dunia, baginda tidak akan MAKAN melainkan setelah anak-anak Abi Talib selesai makan.
Jika diperhatikan kisah ini betapa Nabi Muhammad seorang yang sangat amanah dan berhati-hati serta waspada diri takut mengambil HAK orang lain
*******^^^^^
Moralnya jangan kerana mahu mengenyangkan perut kita sendiri kita sanggup mengambil hak orang lain.
Dalam konteks kehidupan kita seharian sifat amanah ini perlu diaplikasikan dalam menjalankan apa juga perkara, baik sebagai ibu bapa, pekerja, sahabat, rakan niaga dan lainnya.

JURNAL

Bismillah
JURNAL
Menulis jurnal adalah satu perkara yang rutin dilakukan dalam menulis kajian kualitatif. Bahkan sebagai Kaunselor saya adakala akan mencadangkan klien saya juga menulis jurnal mereka.
Jurnal dapat membantu individu untuk membuat refleksi perlaksanaan atau kegiatan seharian. Ia sekaligus dapat memberi manfaat bagi meningkatkan dan menambah baik serta membimbing individu dalam menjalankan apa sahaja aktiviti mereka. Bahkan ia juga sangat membantu dalam merencanakan masa depan.
Apabila saya selaku partner yang diamanahkan mengurus Tadika ABS Al Ihsan, Saujana Utama maka selain dari menyediakan validasi dari sudut lokasi, memastikan penubuhan dan operasinya berjalan lancar, saya juga perlu memastikan setiap satu perkara mesti mempunyai dokumen sokongan yang lengkap.
Oleh itu seawal menerima tugasan yang diberi, saya mulakan dengan menulis JURNAL Tadika ABS. Alhamdulillah jurnal ini sangat membantu saya membuat refleksi diri dan perjalanan kehidupan sebelum in

Amanat TGNA


KEMUNCUP
Sewaktu perjumpaan bersama Ustaz Ahmad Dusuki semalam, beliau banyak berkongsi tip penyelesaian masalah yang dipelajari dari TGNA.
Satu mutiara kata yang amat berharga adalah anologi 'perbandingan permasalahan' dengan 'kemuncup'.
----*****
TGNA ilmu منطق sangat tinggi. Pemikiran yang berbeza aras akan cenderung membuat tafsiran yang silap.
Bagi yang mendalami Ulum Al Quran pastinya akan amat faham betapa nas-nas yang terkandung dalam Al Quran banyak berbentuk متشابهات.
Apakah kita sudah bersedia memahami apa yang tersirat disebalik yang tersurat, dengan menghayati kalam Illahi.

Lazy Eye

Bismillah

Lazy eye masalah yang boleh dirawat jika dapat diketahui dari awal. Ia masalah saraf mata yang mana biasanya mata yang lebih kuat digunakan dan menyebabkan mata yang lemah menjadi malas. Inilah biasanya yang berlaku pada anak-anak.Ia boleh dirawat dan mampu sembuh jika dapat dikesan lebih awal..
Anak-anak yang lahir dalam keadaan begini biasanya tidak tahu dan menyedari bahawa mereka sebenarnya rabun. Mengambil contoh anak saya sendiri, disebabkan biasa melihat warna/benda yang kabur sejak kecil jadi beliau tidak tahu apa ertinya melihat sesuatu dengan jarak yang normal dan jelas.
Kebiasaannya kanak-kanak di tadika aliran biasa susah untuk diketahui kerana abjad rumi atau jawi menggunakan huruf yang banyak, berbanding tadika yang mengajar Bahasa Cina, ini kerana tulisan cina yang mana satu huruf sudah satu perkataan. Maka bila kanak-kanak silap guru atau ibu bapa mudah mengenal pasti simpton lazy eye.
Anak saya sewaktu darjah tiga tidak dapat membaca kamus tanpa berkaca mata. Bahkan menurut doktor pakar beliau diusia yang lanjut jika tidak dirawat ia mampu membawa kepada hilang daya penglihatan. Ssehingga hari ini jika tanpa kaca mata beliau tidak mampu membaca jarak dekat.
Bagi merawat lazy eye, kanak-kanak memerlukan terapi khas bagi melatih mata yang lemah menjadi kuat. Biasanya dengan menggunakan eye patch dan membuat latihan tertentu yang diberikan oleh pakar terapi. Selain itu anak-anak boleh diberikan pemakanan yang sihat atau supplemen yang khas untuk menambah baik penglihatan.

Wednesday, March 4, 2015

Ke mana selepas SPM?



Bismillah,

Ada rakan FB bertanyakan persoalan perlukah lepasan SPM menyambung pelajaran jika mahu berbisnes. Maka ada pelbagai jawapan yang diberi, ini antara jawapan saya:

Pengalaman adalah universiti terbaik di dunia. Ilmu juga penting dicari dan digali baik secara formal atau informal. Perlu tahu dan faham. Ada bisnes yang jika tiada sijil professional tidak boleh diadakan contoh Law Firm, Counselling Consultancy, Klinik dll. Jangan bagi alasan bisnes untuk masuk universiti dan belajar dengan disiplin. Disamping itu carilah pengalaman dengan cara mendekati orang yang sudah lalui perjalanan jatuh bangun.

Ada juga rakan FB yang memberikan pandangan :
Ada betul nya tak perlu ke universiti jika hendak berniaga dengan cara boleh attend kursus2 pendek berkaitan perniagaan untuk dapat sedikit sebnyak ilmu..tapi  jika ke universiti pastinya ilmu yang dituntut dan pengalaman sewaktu belajar boleh menjadi nilai tambah terhadap persediaan menghadapi dunia bisness, pengalaman sewaktu belajar spt membuat presentation, mengurus masa, mengurus organisasi,penglibatan dalam aktiviti seperti keushawanan, latihan industri & banyak lagi. Itu semua boleh menjadi pengalaman dan persediaan awal untuk menjadi seorang usahawan.

Rakan ini pula menyatakan bahawa beza pemikiran orang yang masuk U dengan lepasan SPM. Ilmu ni lagi dicari, lagi tak cukup. Insyallah ilmu yang baik akan membawa kebaikan dunia akhirat, univeristi merupakan salah satu tempat untuk menimba ilmu. Betul boleh berjaya tanpa ke universiti, tapi lebih cemerlang jika berjaya bersama ilmu yang tinggi.

Ada juga yang memberikan pandangan bahawa belajar kalau ada peluang. Perlu, zaman kita sekarang ni perlu ada macam-macam ilmu, dalam university bukan apa yang dalam buku tu je semata-mata yang kita akan dapat. Proses kematangan fikiran, dan proses berfikir secara professional selalunya develop pada tahap dan usia ni.

Kesimpulan, belajar selagi ada peluang.