Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Saturday, February 25, 2012

KISAH LELAKI TUA DAN KELDAI YANG BIJAK

Di dalam sebuah kampung terdapat seorang lelaki tua yang mempunyai seekor keldai yang sangat disayanginya. Pada suatu hari dia, lelaki tua membawa keldainya berjalan-jalan di keliling kampung.Tiba-tiba malang tidak berbau, keldai itu terjatuh ke dalam sebuah perigi yang tidak digunakan lagi.Keldai itu meneriak sekuat hati.Tuannya menurunkan tali dan menyuruh si keldai malang itu memegangnya, tapi si keldai itu sudah tentunya tidak tahu menahu untuk memegang tali tersebut.
“suara keldai”....
Mendengar jeritan keldai itu, orang-orang kampung datang untuk menolong mengeluarkan keldai tersebut, tapi tidak berjaya walaupun pelbagai cara dan ikhtiar digunakan. Masa berlalu dan waktu malam pun tiba, penduduk kampung risau kerana ramai orang tidak dapat tidur kerana jeritan keldai malang itu. Ada jugayang bimbang sekiranya penduduk yang berusia akan meninggal kerana tidak dapat tidur. Justeru,mereka mengambil keputusan bagi mendiamkan keldai dengan menimbuskan tanah ke dalam telaga. Tuan empunya keldai  menangis kerana sangat sayangkan keldainya. Dia tahu jika ditimbus dengan tanah,sudah pasti keldainya akan mati.
Pada timbusan tanah yang pertama ,keldai itu menjerit sekuat hatinya ,tap timbusan seterusnya tiada lagi kedengaran teriakan dari keldai sehinggalah penduduk kampung itu tiba-tiba menjerit dengan kuat.
Kawan-kawan!Adakah anda ingin tahu kenapa penduduk kampung menjerit? Penduduk kampung menjerit kerana terkejut melihat keldai yang disangka mati telah berlari keluar dari perigi tersebut.
Eh,pelikkan kawan-kawan! Bagaimanakah keldai tersebut dapat keluar?
Ha....ini dia jawapannya...Pada setiap longgokan tanah yang menimpa badannya, dan keldai itu menggoyangkan tanah pada badannya dan memijak tanah tersebut. Sehinggalah akhirnya keldai itu berjaya keluar dari telaga itu. Oleh itu keldai yang sepatutnya mati dalam telaga tersebut berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya.
Kawan-kawan, apa yang kita pelajari dari cerita ini bahawa, setiap kesukaran yang kita hadapi, kita wajib berusaha untuk mengatasinya. Kita...janganlah cepat berputus asa, kita mesti berusaha menggunakan akal fikiran untuk berjaya megatasi segala cabaran.
Pepatah Arab menyebut “Man Jadda Wajada” iaitu SIAPA YANG BERUSAHA AKAN BERJAYA...
Yakin Boleh!Pasti Boleh!

Oleh ieman ihsan b.alwi
Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah 2012

No comments:

Post a Comment