Hari ini saya berkesempatan bertemu dan bersembang dengan seorang sahabat yang bergelar ustaz. Beliau terlibat dengan perniagaan dan juga mempunyai sekolah tahfiz sendiri. Salah satu perkara yang dikongsikan ialah tentang diusia dan masa yang singkat ini kita perlu memberi sesautu yang manfaat saat bertemu siapa sahaja. Menurut cerita sahabat saya ini, selepas tamat belajar beliau mengambil peluang menjadi jurujual. Pada waktu itu dia bertemu dengan seorang wanita bangsa cina yang bernama Norma dan sangat fasih berbahasa dialek Kelantan. Wanita ini merupakan penjual sin sei iaitu penjual ubat herba cina. Sewaktu bertemu wanita ini dia tidak berhenti berkongsi tentang kebaikan ubat-ubat tersebut. sehingga ditanya kawan saya kenapa diperlu menceritakan segala-galanya? Wanita ini menyatakan : setiap perkara baik yang bermanfaat untuk sesiapa sahaja perlu dikongsi kerana kita tidak tahu adakah kita boleh bertemu dengan dia untuk kali yang kedua, mungkin pertemuan itu adalah kali yang terakhir. Oleh itu segala benda yang baik itu jika bermnafaat dan diamalkan maka kita juga akan mendapat kebaikan darinya.
Moral dari kisah ini, biar apa yang ktia perkata atau bincangkan saat bertemu saudara mara, sahabat handai atau sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup kita.. kita perlu berkongsi perkara yang baik, bukan bercerita perkara yang sia-sia atau 'lagha'(yang melalaikan). Ini kerana kecenderungan kita apabila bertemu dengan sahabat kita ingin bercerita benda-benda yang negatif, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya. Oleh itu ada baiknya juga kita memperbaiki diri, saat bertemu sahabat, saudara serta sesiapa sahaja disekeliling kita mari kita berkongsi perkara yang baik, moga perkara yang baik itu memberi manfaat kepada kita suatu masa nanti jika ia dimanfaatkan oleh orang yang mendengar... paling tidak ... berikanlah SENYUMAN..KERANA SENYUM ITU SEDEKAH.
WALLAHUAALAM
No comments:
Post a Comment