Sahabat..rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan salam Mualidur Rasul buat semua. Merindui junjungan besar Nabi Muhammad sudah pasti kita akan berusaha sedaya upaya mencontohi kehebatan akhlak baginda. Titipan saya hari ini adalah refleksi dari bacaan satu articel tentang perasaan bongkak atau biasa kita katakan sombong. Inilah yang dikatakan penyakit hati. Sering juga kita senaraikan sikap sombong atau bongkak ini dalam sifat-sifat mazmumah, iaitu sifat yang keji dan buruk.
Apakah yang dikatakan sifat orang yang sombong dan bongkak ini? Sebenarnya, orang yang sombong dan bongkak ialah orang yang memandang dirinya sangat sempurna dari segala segi. Disebabkan merasa diri begitu sempurna maka mereka ini hanya memandang sebelah mata kepada orang lain. Mereka juga memandang renadah segala keistimewaan yang dimiliki orang lain dan menganggap orang lain tidak layak untuk mengerjakan sesuatu urusan, tidak layak untuk berdampingan. Mereka yang bersifat sebegini juga sukar untuk menerima kebenaran atau nasihat.
Kita dipesan oleha Rasulullah supaya tidak bersifat dengan sifat bongkak ini. Memetik Sabda Rasulullah: " "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya sedikit sombong". MasyaAllah, kita begitu takut dengan pesanan ini, kerana jika sedikit perasaan sombong yang ada dalam diri, maka kita tidak berpelung untuk masuk ke dalam syurga. Ini menguatkan lagi kepada kita akan bahawa perlunya kita menjauhi sifat ini sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Imran : 18 yang bermaksud : " Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang sombong, takbur lagi bangga diri"
Sungguh hina orang yang memiliki sifat sebegini.. Nyatanya jika direnung kepada diri..kita merasa sungguh insaf bahawa tiada satu pun yang menjadi milik kita..semuanya adalah milik Allah. Hebat mana sekalipun kita merasakan diri kita ini, ingatlah ..dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.
Oleh itu mari kita sama-sama beristihgfar dan berdoa moga dijauhkan diri kita dari sifat bongkak dan sombong. Mari kita asuh dan didik diri kita dengan sifat tawaduk dan rendah diri dengan sesiapa sahaja biar apa pangkat kita, biar setinggi mana ilmu kita, biar sekaya mana harta kita..kerana Allah tidak melihat semua itu kerana yang dinilai hanyalah KEIMANAN DAN TAQWA kepadaNya.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment