Tiada rakan tiada teman
Menjadi penawar segala kesengsaraan
berkongsi segala duka lara
Sepi itu meragut rasa
Tiada siapa untuk berseloka
Mana keceriaan mana kedamaian
Saat sendirian
Hati menjadi suram
Lidah menjadi bungkam
Perasaan lemas dan tenggelam
Sarat membawa beribu persoalan
Wahai insan
Apa ada pada sunyi
Apa ada pada sepi
Saat sunyi tiba
Masa sepi menjelma
Itu petanda untuk mengisi segala duka
Ia seruan buat mencurah segala nestapa
Mengadap DIA yang Maha Esa
Bercerita tentang duka
Berkongsi segala lara
Nyatanya yang bergelar insan
Sering leka saat bahagia
Selalu terlupa waktu gembira
Untuk sentiasa mengingatkan Dia
Biar sunyi dan sepi
Biar tawa dan gembira
Sentiasalah melafazkan zikrullah
Ingatilah dia saat suka dan duka
sunyi menjelmakan ketenangan
sepi menjanjikan keindahan
Abadikan DIA
Setiap ketika sepanjang masa
Kerana DIA
Dua rasa bersatu
No comments:
Post a Comment