Sudah dua minggu masa berlalu.. Rasanya bukan sekejap bagi orang yang merindu seperti diri ini.. Manakan tidak seperti pungguk merindu bulan, tunggu dan tunggu tapi bulan tidak juga jatuh ke riba.. Hmm ayat semacam orang bercinta. Memang bercinta pun..bercinta menunggu ke dua anakkandaku menelepon..
Itulah perasaan seorang ibu bila anak-anak berjauhan tinggal di asrama. Akan terdetik di hati..bagaimana anak aku hari ini? Makan apa mereka di asrama. Kadang terdertik di benak fikiran..adakah anak-anak juga mengingati kita dan merindui kita seperti kita merindui mereka..
Ibrahnya dari perasaan rindu kepada anak-anak adalah..kita sebenarnya berada di temapt ibu kita berada. Jika begitu rindu kita pada anak-anak, maka itulah perasaan yang tersemat dalam hati ibu kita sendiri andai mereka masih ada. Ramai kita sibuk dengan tugasan harian hingga kita lupa bahawa ada yang merindu kita, biarpun tidak diungkap.Insan itu adalah ibu kita...
Saya merasa diri cukup bertuah, baru minggu lepas ibu saya sekembali bercuti dari rumah cucu-cucunya di Malaysia Timur beliau singgah di teratak saya. Hari demi hari dia meminta saya mengambil tiket untuk di pulang ke kampung. Namun saya merasa belum puas setakat dua tiga hari bersama ibu... Namun masa untuk beliau pulang tiba jua..Khamuis yang kalu saya menghantarnya ke stesen bas. Sudah lama dia tidak pulang dengan bas, ini kerana kebiasaannya saya akan mengambil tiket flight sebab lebih cepat dan tidak meletihkan. Tetapi kali ini entah mengapa puas dia meminta, ingin pulang dengan bas.. katanya lebih selesa sebab dia terus sampai di rumah..tidajk perlu jauh ke lepangan terbang.
Sekembali ibu ke kampung hati saya semakin membuak rindunya pada anak-anak. Anak yang sulong tidak kedengaran ceritanya. Kebiasaannya setiap hari dia menelefon. Anak yang ke-dua pula mendapat peraturan baru untuk pengguanan telefon. Gara-gara ada pelajar yang menyalah gunakan telefon public untuk bercinta, maka EXCO asrama telah menetapkan penggunaan telefon hanya satu hari seminggu untuk setiap tingakatan. Mula-mula saya mendengar peraturan itu, memang geram..mana mungkin satu kali seminggu menelefon ke rumah..Anak saya boleh dikatakan setiap hari menelefon untuk bercerita perkembangan diri. Akhirnya saya menajadi begitu resah menunggu perkhabaran si anak. Jika begini peraturan, ia tidak membantu mencegah disiplin pelajar..mungkin ada cara lain yang boleh diguna pakai.. Saya mengeluh sendirian..orang lain yang membuat onar..maka orang lain juga yang menjadi mangsa.
Hari ini saya mendapat panggilan dari anak yang sulong...rupanya ada perkemahan.Sibuknya yang amat hingga tidak sempat menelefon..Merayu dia minta saya menjengoknya di asarama...Terubat rindu saya bila mendengar suara si anak...Ternyata rindu itu seperti mempunyai aura tersendiri...Rindu itu adalah satu hal yang menghubungkan dua insan.Anatara anak dan ibu..menajkdi pemangkin kasih.. saat kesempatan masih ada..PADA YANG BERGELAR ANAK...hubungilah ibu kita.. tanyakan khabar mereka...biar mereka rasa diri masih dihargai..disayangi... saat ibu masih bernyawa rebutlah kesempatan itu...jika ibu kita sudah tiada..isa tidak lagi bermakna.
Titipan buat anakku Anis Najwa & Ain Syafia
No comments:
Post a Comment