Basah lenjun baju Fendi saat dia sampai di depan pintu kelas. Kasutnya di penuhi air, beg sandang kusamnya senget di bahu. Semua mata memandang Fendi. “ Hai Fendi, awak tak tahu dah pukul berapa ni, ni baju,seluar awak basah ni apa hal? Kolam mana awak pergi terjun?” Leter Cikgu Murni. “ Maaf Cikgu, saya lewat?” Jawab Fendi dengan suara terketar-ketar. “ Alasan apa pulak awak nak bagi Cikgu kali ni, kucing awak beranak? Adik awak sakit perut? Nenek awak balik negeri?, Tak ada maaf. Kali ni Cikgu tak nak dengar alasan awak, lepas rehat nanti awak pergi bilik kaunselor. Sekarang pergi ambik tempat duduk awak”. Nada suara Cikgu Murni yang tinggi menyebabkan-kan kelas Lima Kejora terdiam. Ada yang tersengih-sengih memandang ke arah Fendi, ada yang mengenyit-genyit mata tanda faham. Fendi beransur kemejanya yang berada di hujung tingkap. Begnya di sangkut pada kerusi. Baju dan kasut yang basah menyebabkan rasa tidak selesa pada Fendi. Cikgu Murni sudah menyambung pengajaran matematiknya, Fendi masih terkial-kial dengan bukunya yang basah.
Alangkah malang hari ini gerutu hati Fendi, kenapa la dia boleh lalu depan rumah si Tomoi, yang tak sudah-sudah menganggu hidupnya. Tak pasal pagi-pagi lagi dia kena sembur dengan air pili depan rumah Tomoi. Dah la semalam dia dah lambat dating ke sekolah di sebabkan maknya balik lambat dari kerja shift. Malangnya menjadi-jadi bila masa dan kebetulan peristiwa masa kelas Cikgu Murni. Kelas berganti tanpa sedar, baju Fendi semakin mengering. Jam dinding kelas sudah hampir menunjukkan pukul sepuluh, lima minit lagi loceng rehat akan berbunyi. Perut Fendi sudah berbunyi. Tiba-tiba terpacul Cikgu Supian di depan kelas. “Maaf ye Cikgu Alia, ambik masa sekejap, siapa pelajar bernama Affendi Bakri? Kamu perlu ada di bilik kaunseling ye selepas waktu rehat, saya dah aturkan pertemuan dengan guru kaunselor”. Cikgu Sufian meminta, tanpa menuggu Cikgu Alia menjawab. Terus Fendi bingkas bangun dari tempat duduk dengan hati berdebar-debar. Cikgu Sufian adalah guru disiplin yang memang terkanal dengan garangnya, misainya yang tebal itu sahaja sudah mampu menakutkan mana-mana pelajar yang di panggilnya. “ Saya, Cikgu,”. Jawab Fendi sambil mengangguk.
Loceng rehat berbunyi, Fendi berjalan longai ke bilik kaunseling. Bilik yang berada di tingkat satu sama aras dengan pejabat itu adalah di label sebagai tempat yang mana pelajar bermasalah dirujuk. Dia pasti Cikgu Murni yang melaporkan kelewatannya ke sekolah. Alasan yang diberi tak pernah ada orang yang cuba memahmai kedaan dirinya. Tiap kali sebelum datang ke sekolah dia perlu menunggu maknya balik kerja. Jika tidak siapa akan menjaga adik tirinya yang berusia tiga tahun. Bapa tirinya jika di suruh menejaga adiknya dengan alsan dia perlu ke sekolah, sudah pasti dia akan di tengkingnya. Dia sendiri tidak faham kenapa ibunya perlu berkahwin dengan orang yang bukan menjaga makan minum mereka, tapi ibunya yang perlu menamggung makan pakai mereka sekeluarga dengan bekerja kilang.
Mengelamun masalahnya dia sampai di depan pintu bilik kaunselor. Ada beberapa sofa yang tersusun kemas, meja tamunya di alas warna biru baldu. Fendi melabuhkan punggung menunggu ketibaan guru kaunselor. Bunyi derap kaki semakin dekat kedengaran, menuju ke bilik Fendi sedang menunggu. “ Hmm awak Affendi Bakri ye, pelajar yang di rujuk Cikgu Sufian kerpada saya?” Tanya Cikgu Habibah. “ Ya Cikgu”. Sebenarya Fendi kurang mengenali semua guru.
Ramai guru yang mengajar di sekolah itu dengan dua sesi pembelajaran tidak mampu untuk Fendi kenal semua guru. Tetapi Cikgu Habibah di kenalinya kerana sering bertugas memberikan motivasi atau mengendalikan program di sekolah,. Biarpunm itu kali pertama Fendi bersemuka scara terus dengan Cikgu Habibah, tapi Fendi tidak merasa gentar atau takut dengan Cikgu Habibah. Cikgu Habiabh memang terkenal dengan kebaikannya. Suaranya tidak pernah garang atau terjerit-jerit seperti segelintir guru.
Ramai guru yang mengajar di sekolah itu dengan dua sesi pembelajaran tidak mampu untuk Fendi kenal semua guru. Tetapi Cikgu Habibah di kenalinya kerana sering bertugas memberikan motivasi atau mengendalikan program di sekolah,. Biarpunm itu kali pertama Fendi bersemuka scara terus dengan Cikgu Habibah, tapi Fendi tidak merasa gentar atau takut dengan Cikgu Habibah. Cikgu Habiabh memang terkenal dengan kebaikannya. Suaranya tidak pernah garang atau terjerit-jerit seperti segelintir guru.
“ Baik Fendi, jom ikut Cikgu ke bilik sana” Ajak Cikgu Habibah.
nantikan sambungannya dalam koleksi cerpen Islamik....
No comments:
Post a Comment