Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Friday, August 31, 2012

Hayati Erti Kemerdekaan


Penjajah yang paling besar dalam diri kita ialah Nafsu. Musuh utama kita ialah kejahilan. Bagi menghayati apa ertinya kemerdekaan yang sebenar ia adalah kemerdekaan dari api neraka Allah. Oleh itu beramallah demi Hari Akhirat yang pasti, jadikan dunia ini sebagai tempat untuk kita berkebun bagi mendapat hasil buahnya di akhirat nanti. Bebaskan diri dari belenggu nafsu yang merajai diri. Bebaskan diri dari kemaksiatan. Jadikan diri kita merdeka dari pemikiran yang bersifat duniawi semata-mata. Mari sama-sama berusaha meraih janji-janji Akhirat, kerana janji-janji 'di sana' adalah janji yang PASTI ditepati.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2012

Wednesday, August 29, 2012

Puasa 6 Syawal



Bila berakhirnya Ramadhan maka ramai yang seronok meraikan hari raya hingga perkara sunat yang amat disarankan oleh Rasulullah iaitu puasa sunat selama 6 hari di bulan Syawal terlepas begitu sahaja. Manakan tidak sepanjang Syawal banyak rumah terbuka serta kenduri kendara diadakan maka tergugatlah nafsu untuk makan juadah yang dihidangkan.

Mengingat kisah semalam saya terasa ada kebenarannya. Sewaktu berada di ofis mahu memasukkan markah peperiksaan pelajar, seorang Prof masuk sambil berkata: "Hari ini saya tidak berpuasa, menyesal pula rasanya sebab berbuka. Tengookan mee hoon yang di hidang tu terasa air liur meleleh, perut pula berkeroncong, dah makanan ada di depan mata, apa lagi terus tersuap. Tapi bila suapan pertama masuk ke kerongkong terus rasa menyesal berbuka puasa" Gaya dan suaranya yang lawak memeang geli hati mendengar apabila dia bercerita kisah dirinya yang berpuasa namun tergoda akhirnya. Menurut beliau itu hari ke-dua beliau berpuasa. Seorang staf lalu menjawab kepada beliau " Itulah sebabnya Prof, puasa Syawal ni tak ramai yang mahu buat kerana banyak sangat dugaan".Saya sekadar mendengar dan tersenyum sendiri.

Itulah hakikat kehidupan kita. Memang mahu berbuat perkara yang baik banyak ujian sekeliling. Tahun ini Ieman juga baru berlatih puasa Syawal. Saya tidak memaksa atau mencadangkan untuk dia berpuasa. Tetapi kerana kesedarannya dan keinginannya sendiri mahu berpuasa maka saya sekadar memberi ingatan takut beliau rasa tergoda dengan pelajar lain yang membawa makanan atau minuman. Selain itu risau jika dia penat maklumlah bukan bulan Ramadhan keadaanya tidak sama kerana diwaktu bulan puasa kantin ditutup dan tidak beroperasi. Namun Ieman bersungguh mahu berpuasa Syawal, tiap kali mahu masuk tidur berkali dia berpesan agar mengejutkannya untuk sahur. 

Saya boleh simpulkan bahawa, memang kita boleh tercabar dengan nafsu makan dibulan Syawal yang rata-rata penuh terisi dengan jemputan rumah terbuka, tetapi kita mampu mengawal diri jika kitam erasonalkan diri dna tidak melihat bahawa makanan tersebut satu perkara yang besar. Sekadar memenuhi jemputan tidak mengapa, jika tidak makan rasanya tidak ada yang terasa jika kita maklumkan yang kita berpuasa. Rata-rata sekarang ini kesedaran untuk berpuasa Syawal sudah ada dikalangan ummat Islam kita di Malaysia. Menyedari hakikat ini maka banyak juga rumah terbuka dan jamuan raya diadakan pada sebelah malam.

Itu kisah tentang puasa Syawal, InsyaAllah nanti kita sambung dengan cerita puasa Qadha pula... Moga kita berjaya mengharung puasa Syawal dan amalan kita diterima olehNya. 
Wallahuaalam.




Menjana Idea dan Strategi



Adakala apabila kita seperti terawang-awang dalam menyiapkan kerja, mood yang berselang seli dengan semangat dan kebuntuan. Seringkali saya juga bertemu dengan kebuntuan apabila mahu menyelesaikan sesuatu perkara. Ini berlaku jika minda kita terlalu penat berfikir dan memerah idea-idea baru namun paling baik adalah kita tidak menghabiskan masa begitu sahaja. Maka apa yang boleh kita lakukan adalah membaca sesuatu yang bermanfaat sebagai terapi minda. Al Quran atau buku-buku motivasi boleh dijadikan pandua dan penyuntik semangat atau idea untuk meneruskan sesuatu pekerjaan.
Ambillah masa untuk beristirehat atau melegakan fikiran dengan mendengar ayat-ayat suci Al Quran atau juga lakukan sesuatu yang berfaedah yang boleh memberi kelegaan kepada minda. Idea baru atau strategi juga boleh dijana dengan membaca kisah-kisah motivasi atau pengalaman-pengalaman orang lain. Harus diingat, merehatkan minda dan menjana idea jangan kita leka dengan masa hingga kerja kita terabai kerja yang sepatutnya disiapkan dan strategi yang perlu dicapai.

Tuesday, August 28, 2012

Hasad Dengki Penyakit Hati


Manusia ini ada banyak penyakit yang dihidapi baik yang disedari atau yang tidak disedari. Ada yang nampak secara nyata dan yang tidak nyata. Penyakit yang nampak secara nyata biasanya apabila ia boleh dikesan dan memberi impak kepada diri hingga ada yang membawa kepada lumuh terpaksa mengambil ubatan secara berpanjangan. Penyakit ini lebih berkait dengan rawatan moden. Ia lebih mudah di kesan berbanding penyakit yang bersifat dalaman. Apa yang saya maksudkan adalah penyakit yang berkait dengan hati atau perasaan yang ada dalam diri manusia. Salah satu penyakit ini adalah hasad dengki. Rasulluah bersabda menerangkan tentang penyakit hasadPenyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Mungkin kita merasakan ia bukan satu penyakit tetapi inilah realtinya. penyakit hasad ini merupakan satu penyakit yang paling bahaya dan memberi kesan yang amat besar kepada individu. Kenapa demikian? Ini kerana  penyakit ini memberi impak dunia dan akhirat. Penyakit ini tidak mampu dirawat oleh rawatan moden. Ia juga tidak mampu dikesan dengan peralatan canggih dan terkini. Ia adalah penyakit yang adakala tersembunyi dan hanya Allah yang boleh mengetahui. Namun begitu ada kalanya penyakit hati ini juga boleh dikenal pasti secara tidak langsung dari perkataan, perbuatan seseorang inidividu kepada inidividu yang lain.

Antara keburukan sifat hasad dengki adalah mengakibatkan terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.Perasaan dengki mendorong diri seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah seperti bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia itu adalah baik selama mana mereka tidak saling dengki-mendengki.”

 Sifat dengki akan menyebabkan seseorang itu kehilangan syarat untuk menerima syafa’at pada hari kiamat.Rasulullah bersabda: “Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan akupun tidak dari golongannya.”. Oleh sebab dengki merupakan sifat yang menempah dosa, maka tentulah ia akan menyebabkan pengamalnya akan humbankan ke dalam neraka sekiranya dia tidak bertaubat. Kerana hasad dengki manusia sanggup berbuat apa sahaja. Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”

Hasad dengki juga akan menyebabkan seseorang itu boleh melakukan perkara yang boleh memudaratkan orang lain. Mereka yang memiliki perasaan hasad dengki akan hanya menyebabkan kesusahan dan kesulitan kepada inidividu tersebut kerana tidak ada ketenangan dalam dirinya kerana hanya memikirkan kelebihan dan kebaikan orang-orang yang berada di sekelilingnya dan merasakan dirinya juga wajar untuk memiliki kelebihan tersebut. Allah menerangkan sifat dengki yang terjadi antara dua adik beradik dalam SurahAl-Ma’idah: Ayat 27-30 yang bermaksud:
Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dan salah seorang dan mereka (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!” “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian ‘alam.” “Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim. Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi.”
Kesimpulannya, penyakit hasad dengki yang berada di dalam hatinya akan menghalang pintu hatinya daripada memahami secara sebenarnya tentang ilmu-ilmu agama dan perkara-perkara mengenai hukum hakam. Hatinya akan menjadi gelap dan sesungguhnya orang-orang ini akan berada dalam kerugian. Orang yang mempunyai hasad dengki akan sentiasa terhalang dari mendapat kebaikan dan keuntungan, bahkan dia menguntungkan musuh-musuhnya . Orang yang hasad ada yang secara sembunyi melakukan sesuatu perkara hasad dengan membomohkan orang yang didengki bahkan ada juga yang sanggup membunuh secara terangan. Mereka ini sebenarnya menjadi orang yang dimurkai oleh Allah.


“Katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh, dan kejahatan makhluknya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dan kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. ” (Surah Al-Falaq: Ayat 1-5)

Sunday, August 26, 2012

Muhasabah Ramadhan



Seminggu bercuti sempena hari raya pelbagai pengalaman baru dirasai. Ramadhan kali ini amat memberi makna buat diri. Alhamdulillah, dan moga-moga segalanya mampu dilakukan dengan lebih istiqamah sebagaimana melalui perjalanan sewaktu Ramadhan. Menghayati perjalanan ramadhan tidaklah susah, setelah tibanya Syawal maka mari sama-sama merenung diri apa yang kita lakukan dispeanjang Ramadhan maka yang baik itu elok dikekalkan dan sebolehnya dipertingkat. 
Ramadhan adalah proses kita mentarbiyyah diri dan membiasakanya diwaktu yang lain. Contohnya mudah, jika bulan Ramadhan kita boleh solat maghrib berjemaah ( setelah selesai berbuka) atau solat subuh di awal waktu (selepas bersahur) maka amalan itu perlu diteruskan sebagaimana sebelumnya. Sama juga dengan puasa, solat Sunat Syawal iaitu puasa enam sebolehnya dijadikan rutin sepanjang tahun. ia tidak susah untuk dilakukan jika kita mendapat tarbiyyah rohani sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Selepas itu biasa-biasakanlah untuk berpuasa suant Isnin dan Khamis. Percayalah, alah bisa tegal biasa. 
Jika di bulan Ramadhan kita berlumba-lumba untuk bersedekah dan berzakat, sebenarnya di bulan lain boleh juga meneruskan amalan sedekah. Mungkin kita kata wang rimggit itu sudah habis dibelanjakan.Sebenarnya ada banyak cara boleh bersedekah, ia bukan semata wang ringgit, tetapi SENYUMAN, IDEA, TENAGA, dll. Moga Allah membantu kitau untuk sentiasa ISTIQAMAH DAN IKHLAS dalam mencari keredhaanNya, Ameen.

Saturday, August 25, 2012

Menyambut 1 Syawal


1 Syawal  meriah disambut muslimin dan muslimat
Kemaafan dipohon baik yang tersurat dan tersirat
Moga semua pembaca mendapat manfaat 
Sesama kita saling ingat mengingat....

Thursday, August 16, 2012

Meniti Ramadhan


Betapa
bilah-bilah hari ramadhan ini
semakin pergi
membawa gunungan rahmat
lautan maghfirah
alam semakin sepi
hati semakin kelu
baki-baki hidup
yang masih misteri
lalu
suara lubuk nubari
lirih merayu
Oh Allah..
Adakah ramadhan Mu ini yang meninggalkan kami
atau
kami yang meninggalkan ramadhan Mu ini?
Oh Allah..
rindu hati
pada
salaman malaikat Mu
pada bayu Arasy yang membelai
pada desir alun Quran
pada sujud dan rukuk
kering bibir yang merekah
dahaga haus tenggorok
kering kulit
namun roh menjadi bugar
ibadah
sujud amat manis
segar
penuh cinta
rindu dan kasih
Oh Allah..
adakah sisa-sisa hidup ini
bisa merangkul lagi
dingin rahmat ramamadhani
moga
di hujung cerita ramadhan ini
kami
bisa meraih ampunan Mu
kasih Mu
hati Mu
biar
kerdil hina diri ini
bersimpuh di hadapan
rahmat Mu
membilang luruh airmata
sang pendosa
mencari titis-titis cinta
Sang Maha Pencinta!


sangFaqir
Putrajaya
27 Ramadhan 1433

ramadhan



Aku lihat Ramadhan dari kejauhan....lalu ku sapa ia,
"Hendak kemana?"

Dengan lembut ia berkata, "Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin.
Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA.
Itupun Syawal..ia sudah tiba. ".

Ku lihat Ramadan pergi...jauh..
Ya ALLAH, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya.

Dipetik dr FB

Cinta Yang Mana?



Seringkali kita berimpian untuk dipertemukan jodoh dengan insan yang menjadi idaman hati. Bahkan kita akan sentiasa meletak harapan mengunung tinggi agar pasangan kita itu akan diterima oleh ibu bapa atau keluarga. Realiti dan fantasi seringkali tidak datang seiring. Apa yang diharap tidak semestinya menjadi kenyataan. Maka bila berlaku keadaan dimana jejaka/dara idaman tidak diterima oleh yang berkenaan maka kita akan merasa jiwa remuk redam menahan rasa dan kecewa. Dari situ kita akan mula berkira-kira untuk berbuat apa sahaja asal boleh bersama si dia pujaan kita...

Persoalannya? Adakah kita sanggup melakukan sesuatu yang melampaui batasan semata-mata demi insan yang baru kita kenal? Adakah kerana si dia kita sanggup memutuskan perhubungan kasih sayang dengan orang yang membesarkan kita? Adakah kerana cinta sanggup kita bebruat apa sahaja?
Bagi yang sedang dalam hangat percintaan, hingga menjadi buta hati dek keranan nafsu cinta yang tidak lagi mampu mengawal minda.. Saya mengajak anda untuk berfikir menggunakan iman, merenung menggunakan akal yang waras.. Ada banyak cara menyelesaikan masalah, jangan terburu dalam mengambil keputusan.. Ada banyak lagi onak dan duri dihadapan. Hidup ini bukan semata berfikir saat dan ketika ini, ada perlunya kita melihat satu masa nanti apa akibatnya jika terlalu meburu cinta manusia...

Ingatlah.. ada banyak cinta, namun cinta mana yang jadi kepentingan? Ada pelbagai cinta, tetapi cinta mana yang boleh diambil menjadi pedoman... TEPUK DADA TANYALAH IMAN.

Tuesday, August 14, 2012

Janji itu Amanah


Janji mudah dilafaz
Tapi sukar untuk dipenuhi
Ibarat laju air mengalir
selaju itu juga bibir menyebut
berjanji segala perkara
seperti semuanya boleh terlaksana
Insan yang menabur janji
Omongan kosong dan pembohongan
menjadi ratib harian mereka
seperti tidak takut dengan dosa
serta balasan dari Dia
Wahai si munfaik
benarlah dalam berkata
Ingatlah pada seksaan Allah
Ingat pada pesanan Rasulullah
Wahai diri, berubahlah,
Tunaikan janji,
Jalankan amanahmu


Saturday, August 11, 2012

Surah Al-Dhuhaa



"DAN KELAK TUHAN MU PASTI MEMBERIKAN KURNIAANNYA KEPADAMU, LALU HATI MU MENJADI PUAS

Surah Al_Qadr

Andai Kita Berdosa Pohonlah Keampuanan dariNya



Sebagai insan sudah pasti kita tidak maksum, pasti ada sahaja kesilapan yang kita lakukan baik secara sengaja atau tidak sengaja. Jika diri menyedari telah tersilap maka jangan diulangi kesilapan tersebut.  Jika kesilapan kita dengan manusia maka pintalah kemaafan dari mereka. Sempena Ramadhan ini mari kita sama panjatkan keampuanan kepada Allah dan kita diberi peluang untuk masuk ke syurganya. Ameen

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya

Friday, August 10, 2012

Antara Kita Berdua sebagai Suami Isteri



Renungan kenali diri mengajak pembaca yang bergelar suami atau juga isteri untuk sama-sama menilai dan muhasabah diri tentang peranan baik sebagai suami mahupun sebagai isteri. Seringkali kita dengar berlakunya pergaduhan antara suami isteri kerana masing-masing tidak menjalankan kewajipan yang sepatutnya. Walhal sebelum termeterai ijab kabul, masing-masing berjanji untuk menunaikan segala tanggungjawab. Berjanji mahu menjadi yang terbaik. Namun ada ketikanya ia tidak berlaku.

Maka untuk mengelakkan terjadinya perkara sebegini, elok jika kita sesama suami isteri saling ingat mengingti, saling berpesan ke arah kebaikan. Tekad ini sering ada dikalangan pasangan, tetapi tidak semua pasangan boleh menerima teguran atau pesanan, ingatan atau kata-kata perangsang dari pasangan mereka. Hingga adakalanya pesanan atau ingatan yang diberi dilihat sebagai satu kritikan. Ia adakala akan menjadikan suasana lebih keruh dan membawa kepada persengketaan dan perbalahan. Maka disalah datu pihak yang mahukan kesempurnaan dan mel;ihat perubahan akan merasa "helpless". Contoh si suami mahu menegur kesilapan isteri yang suka membuka aurat atau si isteri mahu menegur suami yang merokok kerana tahu keduanya haram. Namun ia tidak dapat dilakukan kerana pasangan masing-masing tidak boleh menerima dan ada hujjah tersendiri.
Jika ini berlaku bagaimana tindakan yang perlu di ambil, ibarat kita menegur salah tidak menegur juga salah. Bila perkara sebegini apa cara yang boleh kita lakukan? Pada hemat saya, kita boleh menegur dan memberi nasihat ,jika kita tidak berdaya maka berusahalah menjadikan diri kita terlebih dauhulu terbaik disisi Allah dan manusia. Hebat bagaimana mahukan kebaikan berlaku dalam rumah tangga kita perlu ingat, kita tidak mampu mengubah orang lain melainkan mereka mahu mengubahnya. Jalan yang selamat adalah panjatkan doa, moga suatu masa pasangan kita boleh menerima apa kebaikan yang mahu kita terapkan. 

Ada juga yang memujuk hati akan berkata "tidak mengapa, masuk kubur lain-lain... " apapun kita perlu ingat bahawa doa untuk kita kepada pasangan atau keluarga untuk bersama-sama di Jannah. Oleh itu bagi pasangan yang susah untuk dinasihati.. tepuk dada, tanyalah IMAN.

Wallahuaalam.

PETUA SENGUGUT


Tuesday, August 7, 2012

Bersyukur dengan Anugerah Allah




Hari ini dan semalam sungguh bertuah buat saya kerana bertemu dengan insan hebat yang begitu kental dan bersemangat walau dugaan yang menimpa amat hebat. Berkongsi kisah suka duka mereka menyebabkan saya berasa diri begitu bertuah. bersyukurnya saya walau saya merasa apa yang saya lalui dalam kehidupan amat mencabar. Terasa kecil ujian yang Allah beri buat kita bila mendengar orang lain lebih teruk ujian yang menimpa mereka.

Kita sepatutnya belajar menghargai orang-orang sekeliling kita sebelum terlamabat. Sebelum mereka hilang disisi kita. Kita kadang kala suka mengkritik, suka mencari kesilapan bahkan tidak pernah merasa apa yang dibuat oleh orang-orang yang kita sayang atau mereka yang disekeliling kita lakukan kepada kita. Bahkan kita merasa apa yang beri kepada tidak pernah cukup dan tidak penrah sempurna.

Bersyukurlah dengan segala pembarian Allah, buruk baik pasti ada. Namun jangan smapai kita tidak bersyukur dengan sedikit rahmat tersebut. Kita selalunya menyesal apabila yang kita milik telah diambil pergi. Kita biasanya mahu bersyukur bila apa yang ada hilang disisi. Belum terlambat buat kita untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang berbudi buat kita. Ucaplah terima kasih, sampaikanlah ucapan kasih sayang moga saat mereka tiada disisi kita tidak terkilan dengan perbuatan sendiri.

Doa Murah Rezeki

Monday, August 6, 2012

MENILAI KARAKTER DIRI SENDIRI

Berbicara tentang individu dalam membuat satu-satu pertimbangan atau memberi kata putus ada pelbagai versi. Ada orang dalam satu-satu hal tidak ada langsung flexibility hingga dia dikatakan sebagai orang yang mengikut buku atau skema... Ada juga yang penuh timbang tara dan juga boleh bertolak ansur dalam banyak perkara.

Alasan yang suka mengikut buku atau 100% bergantung kepada skema alasannya untuk menjaga kualiti sesuatu perkara... manakala bagi yang lebih cenderung mengamalkan flexibility pula melihat kepada perlu adanya sifat kasihan belas...

Menilai dua kontkes yang berbeza ini, ia sebenarnya terletak kepada karakter individu itu sendiri. Ada pendapat mengatakan seseorang yang penuh skema atau ikut buku itu terjadi kerana itulah cara dia dibentuk, mana jadilah dia sebegitu, manakala ada orang yang flexible tetapi bukan kerana dia dibentuk dengan cara berlainan, dia pernah diperlakukan begitu tetapi dia memilih untuk lebih bertolak ansur.

Umpamanya dalam memberi permarkahan, menilai sesuatu perkara atau apa sahaja yang berkait dengan kehidupan. Contoh paling mudah ada orang yang dipanggil "particular" atau teliti yang akan meneliti setiap satu dengan terperinci hingga menyebabkan perkara mudah menjadi amat susah, yang senang menjadi rumit. Orang sebegini pastinya akan banyak memberikan kritikan, sebaliknya pula orang yang dikata terlalu bertolak ansur dilihat sebagai teramat mudah dan adakala boleh dieksploitasi. 
Sudah pasti setiap sesuatu ada PRO and CONS.. tanya diri anda bagaimana anda bertingkahlaku, adakah anda tergolong dalam orang yang mengikut buku atau penuh toleransi.. Apapun keputusan dan tindak tanduk.. tepuk dada, tanyalah Iman.. Jika ditanya pada saya...satu perkara yang saya amat percaya.. MEMPERMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN..ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA...

renung-renungkanlah...

Friday, August 3, 2012

Madrasah Ramadhan; Lailatulqadar yang dirai..


Salam Ramadhan, 
Moga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...


Kita mencari malam yang satu..
Moga bakal bertemu dengan satu malam yang dikata...
Malam seribu bulan... 
LAILATULQADAR....


Ameen ya Allah
temukanlah kami..
rezekikan kami untuk berpeluang..
beribadat seperti seribu bulan...


أحبابي في الله، وصلنا في الثلث الثاني من رمضان. . من أحسن فاليزد ومن 
قصر فاليستدرك... اللهم بلغنا ليلة القدر. .