Welcome ........and May Allah bless us all....

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

Blog ini adalah nukilan, cetusan pandangan dan pengalaman sepanjang hidup saya yang saya gambarkan dalam bentuk butiran hikmah yang amat besar ertinya buat diri saya.....saya kongsikan agar ia memberi faedah dan manfaat samada langsung atau tidak langsung buat semua yang mengunjungi blog saya....

Jika ada secebis kebaikan daripadanya, maka ambillah kerana sesungguhnya ia datang dari Yang Maha Kuasa dan bukan dari saya...dan jika ada kekurangan dan kesilapan darinya maka ia adalah kerana daifnya diri dek kerana tidak sempurnanya diri saya..... saya hanya cuba menyampaikan kerana menyahut seruan Ballighu Anni Walau Aayah....sampaikan dari ku (saw) walau sepotong ayat sekalipun.....

Sunday, April 28, 2013

Saat diri dirantai masalah

Seringkali terdengar rungutan menyatakan bahawa hidup sering sahaja ditimpa masalah yang tidak berpenghujung. Persoalannya kenapa seperti diri yang sama, kenapa tidak orang lain. Ada ketika terasa tuhan tidak berlaku adil.... saat diri dirantai masalah fikirkan dan muhasabah...

Thursday, April 25, 2013

Janji yang ditagih


Janji itu amanah
ia bukan sekdar lontaran kata
atau jua luahan bahasa
saat dipertutur
hadir bersama tanggungjawab
munafik bagi yang engkar
lalu janji itu
jangan dipermain sesuka hati
kelak termakan diri
janji bukan sebarang janji
menjadi bukti di hari kemudian
janji yang tertunai 
pasti tersedia ganjaran

Nukilan; ummu ieman ihsan

Monday, April 22, 2013

Kejayaan perlukan skrip kehidupan


Setiap kejayaan tidak datang dengan mudah baik dalam apa bentuk kejayaan yang kita mahukan. Kita mahu berjaya dalam pelajaran, perniagaan, pekerjaan, keluarga atau apa sahaja maka tips terbaik adalah melakarkan skrip kehidupan. Apakah yang dikatakan skrip kehidupan? Skrip kehidupan adalah perancangan yang kita tulis dan kita sering nyatakan secara lisan apa yang kita mahukan. 

Saturday, April 20, 2013

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya



Bunyi ayam  tanda subuh akan tiba mengejutkan Nek Peah, dia bingkas bangun dari baringan sambil mencapai penutup kepala lusuhnya yang sudah terbiasa di letakkan di kepala. Dia melihat suaminya Pak Bakir masih berdengkur dalam mimpinya. Kakinya terasa pijat-pijat saat kaki menyentuh lantai. Terasa tulang belikatnya tidak seperti dulu lagi. Dia menghayun kaki menuju ke bilik air untuk menyiram tubuh dan mengambil wuduk.
Selesai gilirannya baru dia akan kejutkan Pak Bakir untuk bangun sama-sama mengerjakan solat sunat tahjjud. Amalan bangun ssebelun sunuh dan beribadat di waktu dinihari sewaktu orang lain enak di buai mimpi sudah menjadi kebiasaan kepada Nek Peah. Sewaktu selesai berwuduhk sewaktu dia melintas di pintu bilik sarah, dilihat lampu bilik Sarah terpasang, mengintai di balik celahan rekahan dinding, dia dapat melihat Sarah sedang tekun mengulangkaji.
Cucunya itu memang rajin belajar. Tidak perlu disuruh unutk belajar, dia tahu keinginan dan tanggugjawabnya. Saat memakaikan telekung solat Nek Peah mendekati Pak Bakir sambil mengejutkan suaminya itu dengan suara perlahan. ”Tok Wan, bangunlah, dah nak hampir subuh ni, takut nanti terlepas pula untuk tahajjud”. Tok Wan Bakir yang mata terkebil-kebil melihat isterinya yang tersenyum manis sambil tangan Mak Peah diletakkan di atas lengannya berlapikkan telekung. ”Dah pukul berapa ni? Macam mana saya tidak tersedar, penat sungguh rasa badan sampai ayam berkokok pun tak kedengaran”Jawab Tok Wan sambil mengensut kepayahan untuk bangun.
Saat Tok Wan berdiri di atas sejadah untuk menunaikan solat tahajud Nek Peah sudah selesai solat tahajjud dua rakaat terus dia mengikut Tok Wan berjemaah bersama. Sempurna solat Tok W melafazkan doa kepada Allah sambil air matanya bercucuran membasahi janggutnya yang meliar tumbuh di bawah dagu.
  Ya, Allah! Bagi-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau yang mengurusi langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji dan bagi-Mu kerajaan langit dan bumi serta seisi-nya. Bagi-Mu segala puji, Engkau benar, janji-Mu benar, firman-Mu benar, bertemu dengan-Mu benar, Surga adalah benar (ada), Neraka adalah benar (ada), (terutusnya) para nabi adalah benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar (dari- Mu), peristiwa hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepada-Mu aku pasrah, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku kembali (bertaubat), dengan pertolongan-Mu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepada-Mu (dan dengan ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum. Oleh karena itu, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang. Engkaulah yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau”.

Dari Novel Embun Minits...

PRU 2013: Rasional dalam tingkah laku, jaga akhlak dan adab

Hari ini sekali lagi detik bersejarah terukir bila pengumuman untuk pencalonan calon-calon PRU 2013. Dan ia juga menjadi detik bersejarah kerana hari ini saya menempah tiket untuk pulang mengundi.. Setelah layak mengundi sebanyak 4 kali bari ini kali pertama saya in sya Allah akan menjalankan kewajipan mengundi. Ramai yang bertanya bahkan menyalahkan saya kerana tidak mengundi. Sekali fikir saya tidak mahu mengundi kerana saya tidak minat berpolitik, walaupun tahu politk adalah sebahagian dari agama. Pun begitu saya tetap menyokong dalam senyap mana-mana pemimpin yang layak pada mata saya. 

Thursday, April 18, 2013

Wanita Srikandi


Sheikh Mustafa Sibai’i seorang ulama’ dan tokoh di dalam Ikhwanul Muslimin pernah menulis,
Wanita adalah penyakit dan juga penawar. Perempuan yang cerdik, berakhlak mulia dan mempunyai perasaan yang halus adalah ubat serta penawar kepada suami dari segala keletihan maknawi dan fizikal.

Manakala wanita yang jahil dan bodoh menjadi penyakit kepada keluarga dan beliau mencemarkan setiap ahli keluarga dengan kuman-kuman keluh kesah serta pergaduhan.

Wanita solehah dan istiqamah pula menjadi penyembuh kepada seluruh penyakit yang menimpa masyarakat.


Bila bapa kencing berdiri anak kencing berlari

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak dalam menjadi role model. Ibu bapa adalah guru pertama di rumah dalam mendidik anak-anak. Lalu bila berlaku sesuatu hal yang tidak baik yang dilakukan anak-anak maka itu adalah tempias dari cermin yang dilihat oleh anak-anak,Mereka meniru apa yang dilakukan dan apa yang diperbuat oleh ibu bapa. Memang ada segelintir kes di mana ibu bapa sudah memberi contoh terbaik tetapi anak-anak masih tidak seperti ajaran mereka. Namun kes sebegini tidak banyak berlaku, jika ada ia merupakan ujian kepada ibu bapa dalam mencari redha Allah. 

Tuesday, April 16, 2013

Ribut


lenaku yang panjang
melepas lelah semalam
lalu hadir bersamanya mimpi
tersentak dari tiduran 
dihembus angin deras
lalu berterbangan mimpi indah
berganti dengan gusar
melihat ribut mendatang bagai kilat
tersilau mata terpana pancaindera
musibah apakah ini Tuhan
lalu nafas seakan berhenti
gerak bibir mengatur doa
la haw la wala quwwata illa billah
moga terhindar segala bencana
agar pergi segala musibah
ya Allah 
amankan kami dari ketakutan ini

ummuiemanihsan

Thursday, April 11, 2013

Bijak membuat pilihan


Seronoknya perasaan mahu balik kampung, itu bagi yang tiada komitmen. tapi bagi yang ada komitmen pastinya akan ada sambungan ayat yang seterusnya iaitu... seronok balik kampung jika tak perlu pergi tuisyen, bahagia balik kampung jika tidak memikirkan kerja-kerja ofis yang menimbun..serta pelbagai lagi sebab-sebab yang memusnahkan perasaan ingin pulang ke kampung. Tetapi untuk kali ini, bila diumumkan pilihanraya 2013 maka ia seperti satu tolakan bagi yang mengatakan tiada masa dan ruang unutk bercuti ke kampung kerana terpaksa pulang demi menunaikan keawajipan. Itu bagi yang nama mereka tersenarai untuk mengundi di kampung halaman. Bagi yang mengundi di kawasan kediaman maka sudah pasti ia satu kemudahan. Berbalik kepada terpaksa balik kampung kerana mengundi ia juga satu keseronokan kerana adanya peluang unutk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Semalam saya berkenalan dengan seorang hamba Allah yang mahu menempah tiket bas untuk pulang ke kampung. Katanya tiket nanti kehabisan, jadi beliau perlu cepat-cepat beli. Lalu sempat saya bertanya.. "bukan main semangat lagi mahu balik mengundi, agak-agak mahu undi parti mana la gamaknya yea.." saya sekadar bersoloroh sahaja tetapi, beliau menjawab.. "saya sepuluh tahun berada dlm parti x.. saya pernah menghina dan memaki serta mencaci seseorang ..... sekarang saya sangat-sangat insaf, rasa sangat2 bersalah, saya mahu pulang ke kampung kerana mahu memastikan parti y ini menang"..terkedu saya mendengar.. Lalu panjang lebar diceritakan pada saya kisahnya..

Moral ceritanya.. kita tidak boleh terlalu taksub dengan sesuatu hal hingga sanggup mencaci dan memaki orang lain. Insan yang beliau sebut itu pernah saya ketemu beberapa kali. setiap kali beliau akan berpesan satu perkara ini yang tidak saya lupa..beliau tidak banyak mercerita soal parti..tetapi lebih banyak menasihati soal ibadat dan prinsip.. sementelah bercakap dengan kami yang sememangnya dari sekolah aliran agama..kata beliau" walau sesibuk mana pun kita jangan tinggal solat tahajjud..amanah Allah perlu dijaga..".

Lalu siapapun pilihan parti yang kita pilih dan percaya untuk memegan tampuk negara pastikanlah ia boleh membawa kita kepada insan yang lebih baik yang tiada lain matlamatnya melainkan untuk mencari redha Allah agar hidup di negeri hakiki akan selamat...
Wallahuaalam.   

Tuesday, April 9, 2013

Ucapkan Terima Kasih


Pernahkan anda mengira, berapa kali mengucapkan terima kasih kepada suami? Atau hakikatnya lebih banyak anda merungut dan mengkritik dari mengucapkan penghargaan. Maka sudah pasti berpuluh alasan diberi untuk menyatakan suami tidah berhak mendapat penghargaan. Bahkan suami yang perlu berterima kasih kepada isteri yang banyak berkorban. Bila ditanya pula pada suami, berapa kali menyatakan penghargaan pada isteri. Lalu jawapannya sama.Sifat manusia seringkali mencari kekurangan dibanding kelebihan. Maka kerana itu rumahtangga tidak menjadi aman. Ada sahaja yang tidak cukup dan tidak kena pada pasangan. Bagi mewujudkan rumahtangga yang aman dan sejahtera maka kita perlu sentiasa menerima dan memberi. bersabar atas kekurangan dan bersyukur atas kelebihan. Wallahuaalam.

Sifat sifat personaliti yang berjaya


 KEPERIBADIAN YANG BERJAYA


  1. Membimbing sifat sifat yang dikehendaki
  2. Ketrampilan diri/imej positif (learned optimism) dalam konteks kerjaya & kehidupan.
  3. Imej diri dalam pergaulan professional.
  4. Membina sikap daya tahan (resilience) apabila menghadapi rintangan
  5. Membina sifat asertifness untuk memupuk daya juang dan daya saing.
  6. Membina matlamat dan halatuju kerjaya cemerlang.
  7. Membina sikap ketelitian untuk mempastikan pelaksanaan tugas dengan bermutu tinggi

Friday, April 5, 2013

TIPS PENGURUSAN STRES



  1. Kenali punca-punca stress
  2. Terima perubahan di dalam kehidupan
  3. Menangani perubahan & adaptasi skil-skil baru
  4. Psikologi Positif - Paradigma Baru
  5. Pandangan Optimistik
  6. Mengembangkan skil-skil yang berkuasa dan semulajadi di dalam menangani tekanan
  7. Mengubah stres menjadi kekuatan dan ketahanan diri sendiri




Konsep Belajar ; Adakan Jurnal Peribadi untuk Inspirasi


Belajar adalah topik yang sama ada disukai atau sebaliknya. Biar apapun konsep belajar adalah :
  1. Niat kerana Allah
  2. Jihad mencari ilmu
  3. Mendapatakna ilmu pengetahuan
Seseorang yang berjaya kerana mendapat pengetahuan bukan semata keputusan yang bagus. bagi mendapat kepuasan belajar dunia dalaman menentukan dunia luaran. Jika kita belajar kerana Allah, kerana ia satu jihad maka ia bukan satu perkara yang susan dan bukan juga satu keterpaksaan untuk kita laksanakan. Bahkan belajar adalah satu perkara yang amat menyeronokkan. Untuk mengubah diri supaya seronok dan gembira menjadi pelajar, maka inidividu boleh mengadakan jurnal peribadi. Jurnal peribadi ini mampi mengubah diri masa 40 hari untuk menjadikan ia satu tabiat yang baik. Apabila memilik jurnal maka  ia  perlu ditulis setiap hari, dalam seminggu apa yang ditulis pasti diingat. Jurnal adalah satu yang boleh memberi motivasi untuk melakukan dan ia juga boleh memberi inspirasi untuk membangkitkan jiwa dan semangat terhadap belajar. Dengan adanya jurnal peribadi ia mengingatkan kita apa yang perlu dilakukan sebagai pelajar. 

Selamat Mencuba

Wednesday, April 3, 2013

Tunaikan Kewajipan Mengundi (PRU2013)


Hari ini telah diumumkan pembubaran Parlimen untuk PRU 2013. Sikit punya lama menunggu untuk dibubarkan. Sebenarnya saya selama hidup tidak pernah mengundi, tetapi kali ini saya akan pastikan saya mengundi demi hak untuk menentukan pemimpin yang layak. Selama 3 penggal tempat saya mengundi calonnya adalah sepupu arwah ayah, yang saya panggil Pak Muda. namun untuk kali ini sudah pasti laluan kepada calon yang baru. Alasan untuk saya tidak balik mengundi kerana saya penuh yaki beliau akan menang pilihan raya. Karakternya dan cara hidup beliau sudah pasti menyebabkan beliau menjadi pilihan. 

Untuk penggal ini saya belum pasti siapa calonnya, tetapi saya akan pastikan saya memilih berdasarkan kriteria pemimpin tersebut. Bagi anda yang layak menggundi pastikan anda menjalankan tanggungjawab masing-masing. Hebatnya kali ini saya mendengar statistik di ruangan Bicara TV Hijrah pertambahan anak muda mendaftar untuk mengundi adalah 20%. Kesedaran anak muda untuk mengundi pasti bersebab.. apapun TENTUKAN PILIHAN ANDA DENGAN BIJAK. 

Monday, April 1, 2013

Berhalus dalam Bicara Berhikmah bila Berbahas



Berbahas dengan berhemah, jangan diguna perkataan yang tidak elok apabila membalas sesuatu perkara yang tidak sukai. Biar orang menyakiti jangan kita menyakiti. Ia telah diberi contoh dan teladan oleh Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam. Bila memberi komen fikirlan terlebih dahulu buruk baik kata-kata kita terhadap orang yang membaca, mendengar dan menjadi pemerhati. Mungkin kita merasakan kita ada alasan dan sebab yang kukuh untuk membalas segala hinaan dan cacian kepada kita, tetapi persoallah kepada diri. Perlukah kita berbuat demikian dan mengikut cara dan jejak yang sama.