Kisah ini memberi ikitbar tentang tangisan Nabi Muhammad keatas Anaknya Ibrahim. Dalam keadaan hening yang menekan itu, air mata Nabi Muhammad s.a.w. berderai bercucuran. Sementara anak kecil itu sedang menarik-narik nafas terakhirnya. Setelah tubuh Ibrahim terkejang lama, sudah tidak bergerak-gerak lagi, nafas juga sudah terputus, anaknya terbujur kaku di atas ribanya sendiri. Semakin deras pula air mata Rasulullah s.a.w seraya bersabda yang bermaksud "Oh Ibrahim, kalau bukan kerana soal kenyataan, dan janji yang tidak dapat dibantah,dan bahawa kami yang kemudian akan menyusul orang pergi dahulu daripada kami, tentu akan lebih lagi kesedihan kami."
Muslimin yang melihat Rasulullah s.a.w yang begitu berduka cuba mengingatkan akan larangan Baginda s.a.w. berbuat demikian rupa tetapi Nabi s.a.w membalas "Aku tidak melarang orang berdukacita, tapi aku larang menangis dengan suara keras. Apa yang kamu lihat padaku sekarang ialah pengaruh cinta dan kasih di dalam hati. Orang yang tiada menunjukkan kasih sayangnya, orang lain pun tiada akan menunjukkan kasih sayang kepadanya." Kebetulan pula ketika Ibrahim meninggal dunia itu tejadinya gerhana matahari. Kaum Muslimin menganggap peristiwa ini suatu mukjizat tapi disangkal oleh Rasulullah s.a.w.
Dipetik dari tulisan Abii Nabilah
No comments:
Post a Comment